Esok, kita sudah mula berpuasa. Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog yang saya hormati sekalian. Semoga kita dapat perbaiki amalan kita banding tahun lepas-lepas. Insya-Allah, mari kita cuba, ya.
Boleh tak saya nak update entri banyak-banyak? Tak apalah kalau tak ada yang membaca, sebab orang pun sedang bercuti. Baru masuk cerita bulan Februari ni. Saya upload juga, sebagai rekod saya.
Ahad, 1 Februari 2026 - Saya pergi jalan pagi di padang Astaka, Sitiawan.
![]() |
| Langit pagi |
Matahari baru nak naik di hujung sana. 🥰 Tenang rasa di hati. Syukur..
![]() |
| Rekod berjalan pagi |
Jalan campur slowjogging, selama 55 minit. Dapat jarak sejauh 4.52 kilometer.
Alhamdulillah. Saya tak tahu bagi orang lain. Tapi bagi saya, kalau saya berjalan semasa batuk, ia membantu clearkan paru-paru. Biasa ada banyak kahak, bila bersenam pagi, jadi kurang kahak, jadi kuranglah batuk. Apa pun, Allah juga yang menyembuhkan semua penyakit.
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗


Boleh je takde apa pun update banyak2 blog kita 😁. Selamat berpuasa juga buat Tot.
ReplyDeleteBetul juga tu.. kalau dah tak sihat sebenarnya kena buat lebih byk aktiviti dan back to nature..
ReplyDelete