Sabtu, 24 Januari 2026 - Kesinambungan pencarian tempat makan kami dengan menaiki kereta pula. Suami memandu ke arah kawasan berdekatan Lotus Kota Bharu. Di situ, barulah nampak beberapa kedai makan yang buka. Pilih satu yang kurang orang sikit, berbanding satu kedai makan yang agak penuh, dan kami lihat beberapa meja belum terima makanan.
Kami harus menyeberang jalan utama sebab Restoran Sukri ini lokasi bertentangan. Masa nak menyeberang jalan tu, saya hampir kena langgar kereta, tau. Giler gangster orang yang bawa kereta tu. Kereta tu jauh lagi dari saya, itu yang saya dan suami cross jalan. Tiba-tiba kereta tu boleh pecut laju, macam nak langgar kami. Suami saya lari sambil tarik tangan saya. Sengaja je macam nak langgar orang. Geram nak ketuk cermin kereta dia, sebab tak jauh dari situ, trafik light warna tengah merah. Bawa laju-laju, berhenti trafik light juga. Urut dada, sabor sabor.
![]() |
| Restoran Sukri, Kampung Sireh, Kota Bharu. |
Bila kami duduk saja, orang kedai datang bawa menu. Pesan makanan goreng-goreng saja. Menu dia ada pelbagai jenis sup, lauk standard kedai tomyam biasa, menu western pun ada, keropok, kerabu, air minuman biasa, air buah, dan lain-lain.
![]() |
| Tempat buat air, dan bahagian lokcing dan ramen. |
Tak lama pun tunggu pesanan kami sampai.
![]() |
| Nasi goreng biasa, telur mata. |
Yang ini, pinggan saya. Sedap, Alhamdulillah. Nasi goreng cukup rasa. Bahan tambahan pun banyak, macam sotong dan ketulan ayam. Nasi goreng agak membukit juga.
![]() |
| Nasi goreng kampung |
Saya rasa sikit nasi goreng kampung suami. Nasi goreng biasa saya lebih sedap. Hehe..
![]() |
| Telur dadar |
Haruslah pesan juga, telur dadar.
![]() |
| Ayam masak merah |
Alhamdulillah. Sedap. Perut kenyang. Boleh balik hotel, titon. 😁
Rasa macam ada yang kurang. Sebab biasanya, bila balik Kelantan, mesti terus balik rumah, tengok Mek (mak mentua saya). Tapi ini, sampai Kelantan, tidur hotel. Tak biasa lagi.
Baiklah, sambung lain entri, ya. Jumpa lagi. 💗






Nasib baik tak de apa-apa. Biasa perangai orang ialah pecut sebelum lampu merah. Sebab itu elak melintas jalan yang tidak jauh daripada lampu isyarat..Kalau mereka langgar pun secara undang-undang tidak salah kerana kita lintas jalan bukan pada tempat yang betul kecuali garis melintang atau depan trafik light yang ada fungsi orang melintas jalan.
ReplyDeletenasi goreng ada telur dadar lps tu kalo ada sup kosong pn sodap
ReplyDelete