Thursday, February 5, 2026

Jalan-jalan Kuala Terengganu

 Jumaat, 23 Januari 2026 - Kami berjalan kaki saja dari hotel. Buka saja Google Maps. Bila kita jalan kaki dan ikut celah-celah bangunan, ada benda rare kita boleh nampak. Kami lalu sebuah rumah lama yang kiri kanan rumahnya adalah kedai, tapi lokasi tengah bandar. Wah... cantik pula rumahnya. Kami lalu petang, tuan rumah sedang berkebun di luar. Pemandangan jarang dilihat. 

Dari jauh boleh nampak Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Drawbridge. Situlah kami tuju. Jumpa pasaraya Econsave, yang sebelahnya, ada pasar malam. Ramailah orang. Mujur kami jalan kaki. Jadi, tidak perlu fikir soal parking. Dari hotel ke lokasi kami ambil gambar di bawah, iaitu di Jalan Pesisir Payang, tidak sampai satu kilometer pun. 

Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Cantiknya Drawbridge

Selama ini, dok tengok dan baca orang sampai. Kali ni, barulah kami berpeluang lihat sendiri di depan mata. Kalau runnners, memang biasa tengok orang berlari atas jambatan itu. Boleh berjalan, sebab ada laluan untuk pejalan kaki, boleh lintas ke seberang ikut Drawbridge. Seberang Kuala Terengganu, orang panggil Seberang Takir, di mana banyak food truck dan tempat makan yang orang ramai boleh beli dan makan di padang. 
Setelah beberapa ketika tengok jambatan dari jauh, kami sambung berjalan ke Mayang Mall. Ia adalah shopping mall terbaru di Kuala Terengganu.

Replika Batu Bersurat depan Mayang Mall, Kuala Terengganu
Ambil gambar depan replika Batu Bersurat depan Mayang Mall

Ada penerangan tentang sejarah Batu Bersurat itu. Boleh baca. 

Besar sungguh Mayang Mall ini. Dan menarik sebab ada Sogo! Ha, kalau tak boleh pergi KL, boleh mai Kuala Terengganu, kalau nak shopping di Sogo. Tudung jangan cerita la, macam-macam jenis ada dalam tu, macam-macam brand ada. Pendek kata, bawak pitih je. Tempat makan pun berlambak-lambak, kedai barang berjenama pun ada. 

Kami masuk jalan-jalan dari satu tingkat ke tingkat, explore apa yang ada. Saja, makan angin tempat aircond.

Drawbridge Kuala Terengganu
Ambil gambar Drawbridge dari pintu tepi Mayang Mall.

Tidak jauh dari situ, terletaknya KTCC Mall. Ramai yang lebih prefer KTCC Mall dari Mayang Mall, berdasarkan keadaan trafik pada masa itu.

Tahukah anda, rekabentuk Drawbridge Kuala Terengganu ini mendapat ilham daripada Tower Bridge di London. Di jejantas atas jambatan itu, boleh rujuk gambar di atas, ada premis perniagaan dan tempat makan juga, orang kata. Tapi kami tak naik atas tu. Lain kali la, ye.

Depan Mayang Mall, Kuala Terengganu
Selpiaq depan Mayang Mall pula

Alhamdulillah, jalan kaki ini membantu bila kita on roadtrip, untuk bakar kalori, sebab nanti, kita nak makan benda sedap-sedap. No diet diet. Hehe..

Berjalan di Kuala Terengganu
Tiga aktiviti berjalan di Kuala Terengganu pada petang itu.

Berjalan dari hotel, dan jalan balik semula ke hotel. Bila nak sampai maghrib, kami pun balik la. Settlekan yang wajib, sebelum keluar semula sebelah malam. Makan time. Hmmm.... nak makan di mana ya? Tunggu...

Sambung entri seterusnya. Jumpa lagi. 💗

9 comments:

  1. menara tu pun boleh naik. masa awal2 dulu ramai betul orang.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya...Linda belum lagi berkesempatan ke sana.. nanti kena pergi juga..wishlist ada dah, tabung tak penuh² lagi ni.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Saya ke sini masa mula-mula Drawbridge di buka, memang cantik. Masa tu seingatnya belum ada Mayang Mall.

    ReplyDelete
  4. Sy dulu stay dekat hotel berhadapan Drawbridge ni. Malam² tengok lampu warna-warni dekat jambatan ni...

    ReplyDelete
  5. Bila ada mayang mall ni ek? sbb masa ke KT dlu kami dibawa ke pasar payang je

    ReplyDelete
  6. Bestnya JJCM Kuala Terengganu. Jealous kita😅Drawbridge tuh memang cantik kan. Harap ada rezeki hendak pergi naik Drawbridge tuh satu hari nanti

    ReplyDelete
  7. Cantiknya Drawbridge..ni la sebab utama PZ nak ke KT selain menunaikan hasrat arwah mak yang x kesampaian...nak JJCM of course...nanti SA nak refer blog Nur aje la mana tempat2 best...

    ReplyDelete
  8. ada nampak mayang mall ni jugak haritu, tak berkesempatan masuk pun. lebih prefer lepak2 tepi pantai atau shopping kt pasar2 tradisional je kan hihi

    ReplyDelete
  9. Inilah yg saya suka saat traveling. Banyak berjalan. Bisa lihat banyak hal. Walaupun banyak makan juga, tp rasa tak bersalah sangat, sebab diimbangi jalan kaki kemana2.

    Baguuus jembatannya. Mirip dengan jembatan Ampera di Sumatera Selatan , bisa diangkat juga saat ada kapal lewat

    ReplyDelete