Friday, February 27, 2026

Ros merah jambu

 9 Ramadan 1447 H.


Ada pink rosebud. Sudah dua hari hujan. Jadi, pokok-pokok di halaman rumah nampak segar. Rumput yang mula kekuningan kena cuaca panas, mulai menghijau. 

Saya dilanda sindrom malas. Jadi, suami yang tolong siram semua pokok, bila dia ada di rumah. 

Pokok ros pink di atas, saya sudah lama cantas, sebab daunnya menunjukkan ada serangga perosak. Baru dua tiga hari ini, pokok ini mula keluar bunga semula setelah sekian lama tidak berbunga.


 Ada sekuntum bunga lagi di pokok yang sama, sudah kembang mekar. Warna merah jambu terang. Saya ambil gambar saja. Saya lupa nak cium bau bunga. Boleh nampak di bahagian belakang gambar di atas, rosebud dalam gambar pertama.


Gambar dari sudut berbeza. Cantik, kan? Bunga-bunga warna terang ini memang buat suasana di halaman rumah jadi lebih ceria.

Hari ini saya kena pergi hospital, ambil ubat susulan. Juga ada kelas mengaji, kelas tambahan. Semoga urusan anda semua di hari Jumaat yang mulia ini dipermudahkan. 

Salam Jumaat. Jumpa lagi, ye.  💗

2 comments: