Rabu, 28 Januari 2026 - Kembali ke rutin masak memasak dan bercucuk-tanam. 😊 Saya pergi pasar hari sebelumnya, beli sayur dan ikan. Jom tengok saya masak apa pada hari itu.
![]() |
| Sayur campur |
Terbanyak pula masak sayur campur. Banyak jenis sayur saya guna, iaitu lobak merah, kacang buncis, brokoli, kobis bunga dan tomato. Tumis-tumis bawang putih dengan olive oil sampai naik bau, masukkan segala jenis sayur, pecah telur dua biji, kacau kacau, letak sos tiram dan lada putih, siap. Inilah resepi sayur yang saya suka makan dan selalu masak.
![]() |
| Ikan goreng |
Ikan digoreng terlebih dahulu, lepas tu letak bawang dan cili api digoreng di atas ikan yang sudah digoreng. Itu jer lauk pada hari tersebut. Sebab tidak berkuah, makan dengan kicap.
Alhamdulillah. Masak yang senang senang dan cepat siap. Entri pendek, sekadar berkongsi masak apa.
Jumpa lagi, ye. 💗


Masak macam ni pun dah sedap sangat dah.
ReplyDelete