Hari ini sudah 4 Ramadan, tapi saya baru nak cerita tentang 1 Ramadan yang lepas. 😁
Khamis, 19 Februari 2026 - Saya tak puasa. Biasalah, uzur orang perempuan. Tapi satu hari tu je. Sudah mula berpuasa semula pada 2 Ramadan. Dah tua-tua pun datang bulan, memang boring sangat, tau. Saya tak sabar nak menopause supaya dapat puasa penuh.
Ajom tengok apa saya masak semasa hari pertama puasa. Saya suka masak pagi-pagi. Petang tak boleh masuk dapur, sebab dapur luar, panas.
![]() |
| Suami goreng keropok |
Keropok Ganu baru buka, keropok ikan tamban.
![]() |
| Letak dalam tong |
Bab goreng keropok, suami saya memang rajin. Selamat simpan, dalam tong besar, dan satu tong kecil. Makan semasa berbuka, dengan nasi.
![]() |
| Ayam masak merah |
Lauk pula, masak satu jenis saja, iaitu ayam masak merah. Nampak saja merah, tapi tak pedas langsung. Sebab budak Amirul tak tahan makan pedas. Cili kering saya guna yang jenis besar tu.
Alhamdulillah. Petang hari, saya, suami dan Amirul pergi ke bazar ramadan MPM. Ramai bebenor orang, kome. Lepas tu, hujan lebat semasa di bazar. Kami berteduh bawah khemah peniaga yang tidak buka jualan. Hujan lebat, angin kuat dan kilat. Sulaiman whatsapp dari rumah, cakap kilat dekat sangat dengan rumah. Suruh dia cabut suis komputer bagai dan off wifi rumah.
Namun begitu, sebelum hujan lebat itu turun, kami sempat membeli kerabu perut, samosa dan ayam gunting di bazar. Alhamdulillah. Kesian tengok peniaga yang makanan dimasuki air. Tak sempat nak alih. Masa mula sampai, kami berjalan berpayung dalam hujan. Itu yang boleh nampak.
Lagi satu, orang ramai sebab orang luar kot. Cuti seminggu, ramai yang balik. Manjung ini, macam kampung orang tua mereka mungkin. Sebab extra ramai orang, tak seperti tahun lepas-lepas. Parking penuh, sampai ke tepi jalan jauh pun ada yang parking dan berjalan kaki ke bazar.
Lepas berbuka, suami masuk kerja. Dia kerja shif malam. Itulah cerita pada 1 Ramadan yang lepas.
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗



Sama kita makan keropok dengan nasi. Cie guna cili yidu tu memang tak pedas. Anak kedua Cie tak makan pedas.
ReplyDeleteSedap tu ayam masak merah tu.. ada pula keropok rangup makan dgn nasi panas2.. mmg layan..
ReplyDelete