Jumaat, 8 Mei 2026

Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti

Semalam di tempat saya, hujan lebat berserta guruh dan kilat. Waktu malam bila hujan lebat, memang sedap tidur. 

Entri kali ini, cerita pada 24 April 2026 yang lepas. Pada hari itu, saya goreng spagetti saja.

Spagetti goreng with olive oil
Masak spagetti goreng

Simple saja. Ada letak patti burger daging yang dipotong kecil, juga ketulan ayam. Guna extra virgin olive oil untuk masak. 

Pukul 3 petang, saya ada temujanji jumpa doktor di hospital. Keputusan ujian darah, not yet there, tapi menuju ke arah itu. Saya pun tak tahu nak cakap camana. Keputusan kolesterol yang tinggi, semakin membaik sebenarnya. Tapi belum cukup baik. Pada saya okay, sebab ia ambil masa, kan. Jumpa doktor lain pula. Tak pernah dapat doktor yang sama. Saya tengah mencuba la, ni. Tapi doktor tak nampak usaha saya. Doktor cuma nampak result darah saya. Tinggi, tapi tidaklah setinggi sebelum ini. Saya cakap dengan dia, doktor sebelum ini cakap macamana. Dia kata, no such thing pula. Huh.. macam tu la ya, bila lain-lain doktor. Bila saya tanya lebih lanjut, dia kata jangan tanya benda yang tiada kaitan. Saya pun senyap la. Tak berkata apa-apa lagi. Pengalaman yang tak best. Saya berharap saya dapat buat ujian kesihatan di tempat lain. Saya berharap saya dapat jumpa doktor yang boleh beri nasihat tentang pemakanan, kesihatan, dan gaya hidup, bukan saja beri ubat segera, short-cut, untuk lariskan syarikat farmaseutikal.

Lepas selesai di hospital, saya dan suami pergi mengopi di Le Bean Cafe. Kali kedua kami datang sini. Masa mengopi kali pertama, ada saya kongsikan di sini 👉 Mengopi di Le Bean Cafe.

Seperti biasa, lepas jumpa doktor hospital, mood memang akan jatuh. Jadi, saya makan apa saya nak la. Cheat meal. 

Taufufa original di Le Bean Cafe
Taufufa original seorang satu.

Sebelum ini, kami pernah cuba taufufa gula melaka. Ini, perasa original. Di sini, boleh letak topping atas taufufa. Ye la, macam-macam makanan orang zaman sekarang. Letak whipped cream la, chocolate la, tapi kami makan yang original saja.

Taufufa original di Le Bean Cafe
Gambar dekat taufufa.
Makan taufufa yang sejuk di hari yang panas terik di luar, memang nikmat ya. 😋 Alhamdulillah.

Latte ais dan americano panas.
Latte ais dan americano panas.

Dua-dua kopi tanpa gula. Sesi bercerita dan luahan hati apa dirasa, perancangan seterusnya, tindakan yang patut diambil dan sebagainya, sepasang suami isteri di kedai kopi. 

Selain kami, ada lagi seorang pelanggan lain sedang mengopi tidak jauh dari tempat kami. 

Ham and cheese bagel
Ham and cheese bagel

Yang ini, kami kongsi berdua, makan. Semua sedap. Mengopi di sini pun selesa, sebab tempat ber-aircond. Petang Jumaat itu, kurang pelanggan. Masa kami pergi kali pertama dulu, ramai juga.

Harga hidangan kami:

2 taufufa original RM9.00

1 latte ais RM11

1 americano panas RM9

1 Ham and cheese Bagel RM13

Kopi dia agak mahal, kan. Jumlah harga RM42.

Syukur Alhamdulillah, atas segala rezeki dan nikmat Allah.

Salam Jumaat kepada semua pembaca sekalian. 

Jumpa lagi, ye. 💗

38 ulasan:

  1. Begitulah jika jumpa doktor lain². Sy syak, doktor² ni tak faham report (tulisan) doktor yg sebelum ni, hehehe. Apa pun sy doakan Nur diberi kesihatan yg baik dan sejahtera selalu, Amiiinnn YRA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. mungkin juga yek. Aminn, yarabalAlamin. 🤲 Tima kasih, SK. 🤗

      Padam
  2. garangnya doktor tu... semoga yang baik2 untuk kak Nur..
    moga bapak linda, jumpa doktor yang baik2 saja..aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang camtulah Linda. Akak dah dua kali kena dengan doktor sini. Tak boleh tanya lebih. Kena dengar je. Huhu..
      Aminn... 🤲 Mekasih, Linda. Semoga yang baik² untuk orang tua Linda juga.

      Padam
  3. susahnya bila doktor bertukar-tukar.. dia tak nampak progress penurunan pun lepastu nk bebel2.. garang betul doktor tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya la, Mazni. Apa nak buat, sabor je la.

      Padam
  4. eee doktor ni cili mulut tu nnt..moga snts sihat ye kak,jangan stress tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. 🤲 mekasih, Afzan. Akak sihat je, Alhamdulillah. Hehe.. baik. Kita happy² je. 🥰

      Padam
  5. Alhamdulillah dlm tak best dgn sikap doktor ada pula manisan di hujungnya, dpt makan sedap 😍

    BalasPadam
  6. semoga allah mudahkan semuanya.

    BalasPadam
  7. Semoga baik² saja ye Nur... Sy pun tak suka kalau dapat Doc yg takde empati :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. mekasih, PH.
      Itu la, takpe la. Ujian bagi kita.

      Padam
  8. cantik dan sedapnyer ., nyum2

    BalasPadam
  9. Hospital tu tak refer akak ke dietitian ke? Biasa kalau untuk control diet mereka akan refer patient ke dietitian.

    BalasPadam
  10. Entahlah macam manalah orang begini boleh jadi doktor ke sebab banyak pesakit mereka jadi begini. Doakan sahaja yang terbaik pada Allah.
    Tengok sekali imbas taufufa itu macam panna cotta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Tak tahulah, NA. Kalau saya ada pilihan, saya pun tak mau pi hospital. Malas, tapi kena juga check berkala tiroid seumur hidup. Sabor je la yang mampu. Insya-Allah. Mekasih, NA.
      Oh ye ke.. saya pun tak tahu panna cotta tu camana. Sejenis cocktail ye.

      Padam
  11. Americano hangat dan Taufufa, mantap betul dalam mengisi waktu kala hujan turun ni mbak tot, hihihi.
    Apalagi kalau sembari duduk di balkon dan membaca buku novel. Aaah, syahdu betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Mas Fajar, memang nikmat.
      Iyaa.. kann...

      Padam
  12. Semoga Allah berikan A'afiyah utk awak. Btw, teringin nak rasa taufufaa yang dah di-upgrade tu🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. 🤲 terima kasih, Faa.
      Hehe.. nanti balik Malaysia, boleh la mai Manjung, Perak, kot nak merasa. 😊

      Padam
  13. Sini masih musim panas. Malam tadi kejap je hujan turun. Lega sekejap.

    Betul kak. Tu yang tak best bila tukar-tukar doktor. Pernah jadi. Doktor A cakap gini. Bila dapat doktor B, lain pulak ulasannya. Kalau boleh rekod suara, nak je rekod. Bagi doktor baru dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, hujan turun walau sekejap.
      Haha.. rekod diam² ye. Buat bukti. Nanti ditengoknya kita pegang handphone tak dengor dia cakap, kena sound lagi.

      Padam
  14. Kadang2 doktor ni cakap ikut suka dia je, dia jela terpaling betul kt alam semesta ni. Tak suka doktor yg tkde empati pada patient.
    Entah2 dia jadi doktor pon sebab terpaksa takk haha

    Alhamdulilah akak dapat rezeki makanan sedap. Masalah tolak tepi yg penting makan dulu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Dia letih kerja lebih masa, kot. Hospital kerajaan kan kekurangan doktor.
      Yezzaa.. Alhamdulillah. Kan.. malas nak pikio, lepas satu bala, kita happy² dulu.

      Padam
  15. Terus rasa nak makan bagel plak...hahaha...kat KL Sentrl tu ada satu kiosk jual bagel & kopi...kena pi jugak ni...asyik lalu lalng aje depan tu...tapi x singgah2 beli

    BalasPadam
  16. Semoga Tot terus semangat ye untuk menurunkan paras kolesterol. Mungkin perjalanannya panjang untuk mendapat keputusan yang menberangsangkan tetapi in sya Allah yang penting usahanya itu ye. Tiba-tiba terfikir di mana pasar malam petang ini ye hendak mencari tau fu fa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, KSarie. Saya cuba.
      Hehe.. sila, sila, KSarie. Semoga berjumpa taufufa-nya.

      Padam
  17. Saya pun tak suka kalau dokter terlalu garang macam tuh. Tegas boleh, tp bukan berarti dia seenaknya menjawab pertanyaan pasien. Walau bagaimana pun kita nih orang awam, tak paham sangat ttg medis. Semoga bisa dpt kesempatan utk check dengan dokter lain ya kak

    BalasPadam
  18. Cara doktor berfikir tak sama dengan kita...mereka guna fakta dan logik tapi kita guna gerak hati...sendiri lebih tahu dengan badan sendiri

    BalasPadam