Selasa, 26 Mei 2026

Pertama kali beli pokok online

 Jadi, oleh kerana sudah tahu akan khasiat pokok belalai gajah yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini, saya pun usahalah mencari anak pokoknya untuk ditanam di rumah.

Dulu-dulu memang ada pokok belalai gajah di rumah, tapi mati pokoknya, tak lama lepas mama saya meninggal. 

Saya ada jumpa anak pokok belalai gajah di Pasar Minggu Bota Kanan. Saya beli, harga RM7. Sudah selamat pindahkan dari polibeg dan tanam di tepi rumah. Pokok ini boleh besar, jadi itulah yang saya tak tanam dalam pasu. Biar atas tanah saja.

Tapi saya being me, suka ada back-up plan, beli lagi satu anak pokok belalai gajah dari shopee. Harga RM6. Kos pos percuma. Pertama kali saya beli pokok online. Tapi saya baca dulu review kedai pokoknya, ramai review pokok selamat sampai dan pembungkusan terbaik. Jom tengok...

Beli anak pokok belalai gajah dari shopee
Inilah pokoknya.

Suka dan teruja, beli pokok. 😍 Tak sabar tunggu sampai. Penjual pokok lokasinya di Perak juga. Hari ini saya pesan, esoknya bungkusan pun sampai.

Pembungkusan yang bagus dan selamat
Pembungkusan yang bagus dan kemas.

Ada ditampal sticker 'Pokok Hidup' @ 'Live plant' pada kotak.

Penghantaran pantas. Alhamdulillah, selamat sampai. Jom buka kotak.

Anak pokok dalam.kotak
Elok terletak anak pokok tu.

Memang kotak khas yang betul-betul muat saiz anak pokok. Jadi pokok itu tidak bergerak-gerak. Saya keluarkan anak pokok dari kotak dengan hati-hati.

Anak pokok dalam keadaan baik
Pokok dalam keadaan baik.

Saya rasa dengan jari, tanah masih lembab. Wah... 👍

Saya sudah selamat tanam anak pokok ini di tepi rumah juga. Hingga saya tulis entri ini, Alhamdulillah, kedua pokok belalai gajah yang saya baru tanam hidup sihat.

Ok... Lepas ni nak beli pokok apa pulak? Hehe.. tak, tak, saya gurau saja. 

Bagus penjual pokok ini, pandai membalut pokok. Sekian cerita pertama kali saya beli pokok hidup dari shopee. Sebelum ini, pernah beli biji benih saja.

Baik. Selamat berpuasa kepada yang puasa sunat hari ini, Hari Arafah. Jangan lupa doa banyak-banyak. Jumpa lagi. 💗

28 ulasan:

  1. Ada biji benih tak...mahu juga tanam pokok nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada, Encik Hanafi. Cuba Encik cari di shopee. Masa saya buat carian anak pokok itu hari, ada jumpa seller dari Sabah, jadi tak adalah jauh sangat nak pos dari semenanjung ke sarawak.

      Padam
  2. Wahhhh Tot sudah ada 2 pokok belalai gajah. Kena cari juga ni nampaknya pokoknya nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Gila kuasa. Tapi saja buat backup kalau satu tak panjang umur, ada lagi satu. Sila, sila, KSarie. 😊

      Padam
  3. Saya pernah beli biji benih sahaja.. pokok ni tak pernah lagi huhu.. Cepat juga sampainya hari order esok sampai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab saya pilih penjual satu negeri kot, itu cepat sampai.

      Padam
  4. Eh agak beda dengan yg kakak rendam di gelas yaa. Yg digelas kliatan kecil, ini daunnya keliatan besar. Nak cari juga di toko online sinilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak sudah ramas² daunnya, sebelum direndam dalam cawan. Itu yang nampak sedikit kecut, Fanny.

      Padam
  5. sepertinya saya juga mulai tertarik buat pelihara tanaman.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bercucuk-tanam itu satu hobi yang menyeronokkan, Mas.

      Padam
  6. Lepas ni bolehlah beli pokok misai kucing pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok misai kucing pun ada khasiatnya juga kan, Wak.

      Padam
  7. Elok pokoknya. Best beli anak pokok terus. Tak perlu pening tunggu benih tak tumbuh-tumbuh. 😅

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Betul. Cermat penjual ni, memang nampak keikhlasan supaya pokok sampai dengan selamat.

      Padam
  9. Kami dah berkali-kali beli pokok online, walau ada tu 2 minggu je pokok dah mati, tetap beli lagi dan lagi.. 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. bagus tu, tidak berputus asa dan terus mencuba.

      Padam
  10. Zaman sekarang ni semua benda boleh beli online kan senang kerja tunggu sampai depan rumah je.

    BalasPadam
  11. Harap hidup 2 batang pokok itu.

    BalasPadam
  12. SA dah add to cart pokok Bromeliad...tapi belum check out..risau sampai hancur berkecai...hahahahah

    BalasPadam
  13. kat shopee ni apa je takde kan? tudia pokok sekali dgn tanah2 pun boleh pos hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann... Hebat orang niaga pokok sekarang ni. Pandai deme membalut.

      Padam
  14. Bestnyaaa ada minat gardening.. Faa beli pokok je tahu. Nak jaga tak tahu. Last2 mati je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air dan cahaya matahari, itu je keperluan pokok, Faa. Insya-Allah, boleh hidup kalau ada dua benda ni.

      Padam