Assalamualaikum, semua...
Ada voucher baru dapat di 7-Eleven app. Hasil rajin beli roti, onigiri dan kopi. Bagusnya 7-Eleven ini adalah ia buka 24 jam, jadi di saat kedai lain masih belum dibuka, memang kita tuju situlah kalau nak mencari roti dan sebagainya.
![]() |
| Voucher untuk claim plushies atau soft toy. |
Sempena Papa Zola the Movie, 7-Eleven ada buat promosi Percuma Pino Dino Plushies. Kumpul 15 e-stamps untuk dapat percuma. Setiap kali belanja di 7-Eleven sebanyak RM10, dapat 1 e-stamp.
Saya ingatkan, kecil saja macam saiz keychain. Tapi agak besar juga. Boleh pilih, nak plushies mana satu. Saya pilih yang warna pink. Warna paling menarik perhatian dan terang.
![]() |
| Mama Zila |
Sulaiman cakap, Mama Zila ni bini Papa Zola. Saya tak tahu, sebab tak tengok animasi boboiboy atau Papa Zola.
![]() |
| Pilihan plushies yang ada. |
Pilihan plushies yang ada ialah Mama Zila, Pipi Zola, Papa Zola, Boboiboy dan Gopal. Di rak tadi, ada semua kecuali Papa Zola, habis stok.
![]() |
| Comel pula tengok. |
Sempena Papa Zola the Movie yang sedang ditayangkan. Ramai yang pergi tengok anak-beranak, saya perhatikan, masa saya ke Aeon Mall Seri Manjung 2-3 hari lepas.
Sulaiman sudah ambil plushy ni. Saya tak buka pun dari kotak.
Selain 7-Eleven app, Zus app juga sangat berguna, sebab selalu dapat voucher percuma. Tadi pagi pun, baru saja claim americano ice percuma untuk suami di 7-Eleven.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗




Besar jugak plushie tu ye.
ReplyDeleteYa, Cie. Lebih kurang besar tapak tangan.
Deletewah..cutenya...
ReplyDeleteComel. 🥰
DeleteKalau comel....kita claim....
ReplyDeleteBetul, betul. 😊
DeleteComelnya
ReplyDeleteMemang comel.
DeleteBerbaloi lah..Linda jarang p 7-11
ReplyDeleteAkak pun masuk beli roti dan kopi je, Linda. Kopi dia murah.
DeleteRajinnya Nur kumpul setem. Hehe.
ReplyDeleteTak sengaja kumpul. Sebab banyak masuk beli roti krim, NA.
Deletecomeinya...dulu masa di bangkok.. MA memang rajin kumpul setem 7eleven kat sana..mcm2 hadiah redeem
ReplyDeleteWah... mesti best-best hadiahnya... betul juga, dulu 7-Eleven beli barang, dapat setem kan, lepas tu kena lekat dalam sticker buku kecil. Sekarang sudah ada app, dia orang pakai e-stamps saja, MA.
DeleteBoleh geng mummy ayu ni suka plushy item...
ReplyDeleteHehe.. sebab comel, SA.
DeleteMantap animasi Malaysia sekarang. Daripada Boboiboy udah ada Papazola pula. Tagline papazola yang KSarie ingat masa layan anak-anak tengok ceritanya adalah 'kebenaran tidak pernah mengalah' macam tuh la lebih kurang
ReplyDeleteHehe.. boleh ingat KSarie ya, teman anak² tengok movies. Bagus taglinenya, ada maksud dalam.
DeleteBukan setakat plushie ja comel-comel .. nama² setiap plushie pun apa kurangnya
ReplyDeleteHa ah. Cute² je.
DeleteSayangnya Sevel dah tutup semua cabang di Indonesia. Ada case dulu mereka. Jual alkohol, padahal izin usahanya tidak boleh jual alkohol. Jadi tutup langsung semuanya.
ReplyDeletePadahal saya sukaaa beli Snack di Sevel.
Anak saya tak sabar menunggu movie papa Zola. Dia sukaa memang dengan papa Zola dan Boboiboy dr kecil lagi 😄
Oh, begitu.
DeleteNanti boleh la tunggu di Netflix. Tapi mungkin seperti Boboiboy juga, akan ditayangkan di Indonesia kot.
wahhh comel! dapat free pulak tu, mmng berbaloi!
ReplyDeleteYa, comel kan. Haruslah claim.
Delete