Line tak ada
Saya kan, kalau ikut suami ada urusan ke mana-mana, kadang saya sempat balas komen dan blogwalking guna handphone. Satu cara tak mahu tidur. Sebab bulan puasa ni, mudah sangat tertidur dalam kereta.
Ada kawasan dalam perjalanan, bila masuk lebuhraya WCE, line akan hilang. Saya pakai hotlink prepaid (Maxis).
![]() |
| Internet E. Biasanya 4G. |
Dulu-dulu, saya pernah pakai Digi. Lepas tu, opt out masuk Maxis. Tapi line memang kurang best la, di sesetengah kawasan.
Ha ah. Telefon 4G lagi. Tak kisahlah tu. Selagi boleh pakai, kita pakai.
E itu singkatan bagi EDGE (Enhanced Data rates for GSM Evolution). Senang kata, ia adalah teknologi internet generasi lama (2.5G) yang sangat perlahan kalau nak dibandingkan dengan 4G.
Sebab itu bila simbol E muncul, kita akan rasa:
- Sangat perlahan: Nak buka WhatsApp pun sangkut, apatah lagi nak tengok video atau scroll media sosial.
- Signal lemah: Biasanya telefon akan tukar ke E secara automatik bila kita berada di kawasan yang terlindung (seperti dalam lif, basement) atau kawasan pedalaman yang tiada pencawang 4G.
Cara cepat nak cuba "pancing" balik 4G:
Cuba buka dan tutup Flight Mode sekejap. Ini akan memaksa telefon kita mencari pencawang (tower) yang paling kuat semula.
Begitulah ceritanya. Masih ada tempat line E kat sini. Saya teringat masa saya on roadtrip ke Pahang, masuk kawasan hutan pun, line laju jer. Kat daerah Manjung ni, hmmm... Ada lagi yang E.
Entah bilalah nak perbaiki servis tak tahulah.
Okay. Tu je nak share.
Jumpa lagi, ya.💗


Menyampah betul kalau line slow ni huhu...
BalasPadamKan, sabor je la, PH.
PadamCie sejak duk rumah Cie dah 3 telco Cie pakai. Mulanya maxis line slow kat rumah cie. Tukar umobile pun sama juga beberapa tahun pakai kerap takde line kadang2 kat office. Sekarang pakai celcomdigi. Banyak area ada line berbanding umobile. Bila line slow memang susah la kita nak blogging.
BalasPadamKenalah tukar-tukar, untuk cari line mana lebih stabil ya, Cie. Saya ada terfikir untuk tukar ke celcomdigi. Entahlah, tengok la dulu.
PadamBayangkan hidup kita tanpa line internet.
BalasPadamBanyak urusan terganggu ya, Wak. Bayar bil pun online je sekarang.
Padambaru saya tahu trik untuk panggil line yang hilang...guna flight mode ..selain daripada restart hp
BalasPadamRestart handphone ambil masa lama sikit kan, Encik Hanafi.
PadamUncle tak boleh pegi tempat yang takde line... Cemas semacam... Rasa macam takde udara... hahahaha
BalasPadamHaha.. kadang tak dapat nak elak, uncle.
PadamSejak2 Digi kawen ngan Celcom memang menjadi2 line siputnya. Siput lagi laju.
BalasPadamHa ah, kan, Faa.
PadamMemang kalau line dah E, kita pun jadi tak tahu nak buat apa dahhh
BalasPadamSimpan handphone, sembang dengan orang sebelah. 😁
Padamsaya dulu kak tot, pakai yang warna pink tu apa dah namanya, tak usah masuk ke kawasan dalam, masuk mall pun E. Memang menanar kalau sesat dalam mall bila guna line tu. Terus saya tukar ke yang Oren. Awalnya pakai yang hijau, tapi nak cut cost since dah pakai wifi nak ambil mur-mur saja.
BalasPadamdari hijau ke pink kendian ke oren. dulu pakai yang kuning ni, lama dah sebelum covid, lepas tu terminate sebab tak berapa mesra dah untuk diguna.
Tudia, banyaknya tukar telco. Hehe.. Kalau dalam mall pun hilang signal, camne la nak bayor tu, guna QR.
Padambila tkde line or coverage mmg xsyok..pernah pegi kampung adik ipar...mmg tkde line...nk dpt coverage kena kuar umh tu pn nasib2 je la
BalasPadamItula, ada lagi kawasan yang takde line.
Padamkalau lalu WCE tu, memang lemmah laaa... line radio dalam kereta pun hilang...stress kita.. hahaha
BalasPadamKann.. yang lalu WCE je yang tahu... 😅
Padamthank share flight mode tu. saya selalu on off henpon terus haha gigih!
BalasPadamAkak pun baru tahu, Mazni. Info dari chatGPT. 😁
PadamSy pun pernah kena mcm ni =(
BalasPadamItu la. Balik Kelantan pun sama juga, kan. Ada tempat line hilang.
PadamYang lagi geram tuh kalau kita tengah kalut hendak hantar benda-benda urgent la masa tuh sakan line dia tenggelam timbul.
BalasPadamKalau camtu lagi tension dibuatnya. Huk huk.
PadamSaya memang tiada internet di luar maksudnya saya memang bergantung pada wi-fi.
BalasPadamRumah saya inipun kadang-kadang susah dapat liputan.
Oh, gitu. Wifi pun kena beli modem yang elok, dan kena try and error juga, servis mana elok di kawasan kita, kan, NA.
PadamSama dengan sini kak. Tp rata2 yg sinyal E ini daerah pedalaman lah. Yg remote sangat. Jangan hrs bisa buka medsos kalau sinyal dah E 🤣
BalasPadamHaha.. dekat sini, di tengah highway pun boleh jadi signal E, Fanny. 😅
Padam