Tengok gambar dalam telefon, ada lagi gambar makanan yang saya tak share. Jadi, hari ni, saya up gambar makanan lagi, ya. Kenangan dan rekod saya makan di mana. Juga, boleh agak-agak kalori berapa dan memang padan muka pun kenapa diri ini tidak turun-turun berat. Baik, mari kita tengok...
![]() |
Gambar pada 28 Februari 2025 |
Saya makan kuetiau goreng dan minum air lemon panas kosong di D'Venice Restaurant, Lumut. Pertama kali makan kuetiau goreng di kedai ni. Datang dengan suami, makan malam, dan bungkus makanan untuk anak di rumah.
![]() |
Tarikh 28 Februari juga |
Ini tarikh pergi Ipoh, hantar barang pada Hafizan di Politeknik. Kami pergi Aeon Kinta City, makan tengahari di food court. Saya makan nasi goreng daging bersama telur dadar. Nasi goreng dia banyak, dan ada keropok. Sup kosong diberi sekali. Saya makan tak habis. Hafizan tolong habiskan.
![]() |
Tarikh 28 Februari juga. |
Saya, suami dan Amirul pergi sarapan di Capati Kari Kambing Bota. Best in the world, wei! Tak cukup sekeping je capati kalau ambil kari kambing.
Suami sarapan dengan bihun goreng, ada ambil telur mata dan sambal. Sedap bihun dia, saya ada bertukar pinggan dengan suami, supaya dapat merasa.
![]() |
Yang ni, tarikh 27 Februari 2025 |
Beli ayam goreng seekor, buat lauk makan dengan nasi. Ayam dia digoreng garing. Isinya masih juicy. Kulit ayam ada rasa sedikit pedas. Lokasi, Ayam Goreng Mak Ani, depan kedai Eco, Jalan Padang Tembak, Lumut. Harga seekor ayam goreng ini, RM18.
![]() |
Tarikh 26 Februari 2025 |
Waktu petang, saya, suami dan Amirul pergi Restoran Biriyani Manjung, makan roti nan dan ayam tandoori. Tapi takde gambar tu. Ambil gambar vadei saja.
![]() |
Tarikh 25 Februari 2025 |
Kami satu keluarga, kecuali Hafizan seorang tak ada, pergi makan malam di Restoran D'Nur Qaseh. Amirul pesan burger.
Suami pesan bihun goreng. Membukit bihun dia, dan sedap juga!
Sulaiman pesan fried chicken chop.
Mama pesan grilled chicken chop. Sedap-sedap belaka makan kat sini. Alhamdulillah.
Hari ni sudah 6 Ramadan. Hari Jumaat, kome. Camana puasa anda setakat hari ini? Semoga pembaca sekalian sihat-sihat selalu, dan dipermudahkan segala urusan. Ada plan ke, esok Sabtu?
Jumpa lagi, ye.💗
Aduh! mencabar baca post ni Nur hahahaa
ReplyDeleteBihun tu nampak sedap.
Hihi... memang sedap pun. Nyum nyum..
DeleteMakan & kita berpisah tiada. Hihi
ReplyDeleteSetuju! ^_^
DeleteBoleh meleleh air liur tengok ni. Nasib baik dah malam. 😂
ReplyDeleteHihi.. ^_^
DeleteBeuuugh ayam gorengnya nampak sedap nih 😉😍😍😍. Capati memang best kalo dah pakai kari kambing. Saya pun bisa bertambah itu 🤭
ReplyDeleteMemang sedap, Fanny! Hihi...
DeleteMakan² sebelum puasa dia mengancam juga. Tapi skrg Nur dah kurus balik, kan.
ReplyDeleteSikit je kurus. Pastu naik balik. Huwaaa....
DeleteTak nak tengok boleh? Haha...
ReplyDeleteDah 2 3x kue tiau goreng lalu lalang, nampaknya nak kena buat juga ni. Lama dah dok teringin :)
Boleh, tiada paksaan. Hihihi...
DeleteSila, sila. Sedap, kuetiau goreng.
Syukur atas nikmat dapat makan kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah masih dapat puasa dan berbuka!
Betul. Rezeki Allah bagi. Alhamdulillah.
DeleteCapati dengan Kari Kambing tu mengancam betul. Semua nampak sedap kat atas ni.
ReplyDeleteMemang sedap, kambingnya lembut je. Capati pun lembut, kari kambing cukup pekat. Peh!
Delete