Cakap siapa yang paling tak boleh percaya?
Cakap seorang runner yang taubat tak mahu daftar masuk event lagi. Tengok-tengok seminggu kemudian, daftar event baru. Ni saya dulu. Sekarang dah pencen lari.
Lagi?
Cakap seorang coffee lover yang kata nak berhenti minum kopi. Tak minum 2 hari, ketor tangan, cari kopi balik. 😅
Semalam suami ajak mengopi. Saya apa lagi, jom...!
Ada 5 keping dalam satu pek. Design sampul semua sama. Muka depan sampul seperti gambar di atas. Turut kelihatan kopi saya, hazelnut latte panas kurang manis. Dalam bungkusan merah tu, double chocolate brownies.
Bahagian belakang sampul raya. Ada gift voucher tiga ringgit, bawahnya ada tulisan kecil. Dengan pembelian minimum 2 cawan. Wahh... 😍
Suami pesan americano ais, tanpa gula. Ada croissant juga.
Alhamdulillah. Lega dapat mengopi. Boleh tidur malam. Itu yang hairan-nya. Bulan puasa ni, penat bebenor, minum kopi pun boleh kroh kroh... depan tv.
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗
peminat kopi ...dpt kopi pasti happy....tk bole sgt minum kopi sbb nanti tk bole tido
ReplyDeleteYa Allah kopi sedapnya...
ReplyDeleteSama, minum kopi boleh lena.
ReplyDeleteCantik sampul raya tu.
ReplyDeleteSaya pun tak ada masalah, minum kopi tetap boleh tidur lena. Setakat nilah…hehe
Uncle pulak tak minum kopi tak boleh tidur...
ReplyDeleteBeli kopipun dapat sampul duit raya.
ReplyDeleteBoleh datang lagi sebab ada diskaun.
Sama la kita mengantuk betul jadi mata bagai kena gam. Lepas Maghrib tu menguap berkali2 dah.
ReplyDeleteSaya habis terawih auto mengantuk hihi...
ReplyDeleteLawa sampul raya tu. Suka ada tulisan Jawi 👍🏻
Belum taubat nasuha kot, hahahha. takpe, Nur. Selagi ada rasa nak minum, minum jer. Nikmat tu masih dapat mengopi dan tidur dengan nyenyak.
ReplyDeleteMujurlah wak tak ketagih kopi.
ReplyDeleteSesekali jumpa layankan juga
Bulan puasa boleh lahi nak cut kopi ..tapi bulan lain sehari tak minum kopi ..terketar² tangan haa.. macam tak lengkap jerr tak minum kopi . Btw cantik design sampul raya .
ReplyDeleteBtw jom lah jadi top comment blog CCL untuk bukan mac 😘
Untuk hal2 yg tak bisa ditepati, saya better pilih yg lebih fleksibel. Jangan dilarang , tp dikurangi 🤣.
ReplyDeleteKalo kopi saya memang tak bisa. Jadi instead of minum tiap hari, saya pilih seminggu 2x saja 😄. Senin Kamis. Dah macam puasa Sunnah 🤭