Tuesday, March 4, 2025

Tershopping tudung

Perempuan dan shopping, berpisah tiada. 😁

Minggu lepas, ada satu iklan tudung ni, asyik lalu je di newsfeed mukabuku. Saya pernah tengok orang pakai tudung tu, masa pergi umrah. Tudung tu, ada tali di bahagian dalam yang boleh diikat di belakang. Bahagian dagu tudung pula, boleh bawa naik ke atas, jadi purdah. Nama tudung, Loofa Khimar, dari jenama Zihaluv Collections.

Sekarang ada offer, kalau beli 5 helai, harga RM100. Saya pun, terbeli la. 


Selamat sampai semalam, hari Isnin. Saya beli lain-lain warna, hitam, ungu gelap, kelabu gelap, baby blue dan navy blue.

Padahal tudung di rumah dah berlambak-lambak, kan. Sabar je la.

Sejak balik umrah, ada perubahan pada pakaian saya. Saya pakai jubah bila keluar. Jadi, itu yang saya ingat, nak labuhkan sikit tudung. Sudah lama saya berniat untuk pakai pakaian ready solat ke mana saya pergi. Supaya saya tak perlu bawa telekung lagi. Bila masuk waktu, boleh cari surau dan terus solat. 

Pakaian yang ikut bentuk badan, banyak yang saya sudah sedekah. Contohnya, stokin singkat yang hanya tutup paras buku lali, tudung fabrik jarang yang boleh nampak leher, pakaian lari yang ada potongan di pinggang, banyak la.

Lagi pun, sayang la, beli jubah mahal-mahal masa pergi umrah hari tu, tapi tak pakai. Saya suka berpakaian macam ni. Hati rasa lebih tenang.


Test pakai tudung baru dapat. Ada kedut sikit. Perlu gosok. Tapi kain dia memang jenis ironless dan tidak jarang. Ok la kot.

Semalam, 2 Ramadan, berbuka puasa dengan Amirul dan Sulaiman. Sahur pun sama juga. Suami ada OT. Lama betul dia kerja, sejak petang. Macam ni la, bila suami kita kerja shif. Kadang, saya ada rasa sedih sebab macam kurang je masa dengan dia. Tapi bagus juga dia kerja kumpul duit, saya boleh shopping lagi, hihi... 🙈 Tak sabar nak tunggu dia tukar shif pagi, jadi boleh la jalan-jalan pasar ramadan, eh! Macam la tak boleh pergi sendiri, kan. Alaa... kita malas bawa kereta petang-petang tu, ramai orang. (Ya Allah, mengadanya...)

Eh, saya nak share gambar bunga ros kuning luar pagar. Jarang dia keluar bunga, tak macam pokok ros merah. Jadi, haruslah share.


Lauk semalam, ayam goreng cabai, pun saya sudah panaskan tadi.


Tiba ada tambahan 2 biji telur di situ. Pagi tadi, sahur ada rebus telur 6 biji. Amirul dan Sulaiman makan sebiji je. Saya pun panaskan sekali dengan lauk ayam cabai. Ni, kes jangkit dari SK, makan telur rebus waktu sahur. Nasi pun sudah masak, bekal suami buka puasa nanti.

Ok la. Jumpa lagi. 💗

30 comments:

  1. Heheheh.. terjangkit ke tu? Tapi kan, sy pun banyak tershopping online tudung sekarang, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga sahur makan telur rebus je. Hihi...
      Bagus, bagus, mempelbagaikan koleksi yang ada, kan. ^_^

      Delete
  2. Tershopping dengan niat x apa...

    ReplyDelete
  3. Wah...Tahniah! Betul-betul labuh tudungnya tu.
    Saya dulu ada jugak beli tudung Zihaluv. Harga kombo dia murah.

    MasyaAllah cantiknya bunga ros kuning tu. Seronok tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, labuh tudung tu, tutup sampai ke bawah. Murah, kan.
      Itu ler, suka juga tengok bunga cantik.

      Delete
  4. Kalau berkenaan, mesti beli terus beberapa warna kan. Baju pun sama 😄😄 kadang beli 2/3 terus sebab selesa.

    ReplyDelete
  5. Aunty pun suka guna istilah 'ter'shopping tu...
    Orang pompuan tu ada club ke macam mana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secret club, uncle. Tak boleh cakap sini. Muhahahaha...

      Delete
  6. Tertarik hendak tengok tudung apa Nur pilih. Hehe tukar selera jenis tudung. Tidak pernah cuba jenis tutup muka lagi.

    ReplyDelete
  7. Semoga istiqomah ye Nur 🤲🏻
    Sy pun suka tengok orang pakai gini, sejuk mata hehe ...

    ReplyDelete
  8. ada tgk juga brand ni time nk p umrah aritu...adik ada beli tudung dr brand ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... ramai juga orang beli, sebab senang dan boleh bawa solat.

      Delete
  9. Cuya last shopping tudung masa konvo tahun 2023... lama kan? Kekeke
    Sebab tudung yang Cuya ada ni tak terpakai, lepastu kakak ipar sedekahkan tudung pada Cuya.

    Mungkin juga Cuya jenis yang tak beli tudung, tapi beli benda merapu lain macam jajan atau makeup XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya Cuya tak beli tudung. Bukti tudung Cuya tahan lama dan masih relevan. Alhamdulillah, kakak ipar sedekahkan tudung.
      Hihi... masing-masing ada selera lain-lain, beli barang apa, kan.

      Delete
  10. Alhamdulillah...perubahan yg bagus...menarik tudungnya, boleh jd purdah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak. Tolong doakan saya dapat istiqomah ye, dalam jaga aurat. Ye, itu yang tergoda beli sampai 5 tu. Hihi...

      Delete
  11. Kena shopping raya dari sekarang. Nanti hujung-hujung stok habis. 🤣

    ReplyDelete
  12. Walaupun saya pakai tudung masih buka tutup sesekali, tp saya pun suka pakai jubah kak. Krn praktis sbnrnya. Jubah pun dah banyaaaak yg modelnya elegan, classy dan berkelas kan. Krn itu nyaman dipakai kemanapun. Cuma memang jubah saya belum banyak. Pelan2 lah nak menambah koleksi.

    Kalo tudung sesekali saya pakai yg labuh sikit, tp msh lebih sering pakai yg square. Cuma stylenya saya usahakan selalu yg menutupi dada lah. Tak suka yg lilit di leher, macam tercekik 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, selesa sebenarnya, pakai jubah ni.
      Semoga Fanny istiqomah terus bertudung. Amin. :)

      Delete
  13. Ammi ada juga beli tudung instant online. Tgk seller pakai elok je lawa, sampai kat muka ammi dah rupa rohingya dah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... aduh, saya pun ada juga pernah jadi camtu. Dah selamat sedekah kat orang dah tudungnya. Memang model jual tu pakai apa pun lawa, kan. Sampai kat kita, haram...

      Delete
  14. Perempuan dan tudung memang tak dpaat pisahkan . Wlwpun kepala ada satu shj ..tudung yg ada tetap x cukup .

    Cantik rose kuning tue. Terang betul warnanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, betul, betul.
      Itu la, cantik kan...

      Delete