Tarikh 10 Jun 2025.
Saya ambil keputusan untuk rekodkan belanja harian keluarga. Dulu, saya pernah buat. Tahun 2017. Setahun juga saya simpan rekod, sampai 2018. Lepas tu, dah malas.
Saja, nak tahu duit tu habis dekat mana. Akaun mudah je, duit masuk dan duit keluar. Asas.
Kelebek bilik kerja, cari kalkulator lama, sudah rosak pulak. Jadi, beli kalkulator baru, kat kedai Eco. Tak syok la pakai kalkulator dalam handphone atau komputer. Nak tekan-tekan juga. Orang lama.
![]() |
Comel tak kalkulator baru saya? Warna pink, you... |
Buku pun, pakai buku yang ada di rumah. Buat garisan sendiri. Nanti habiskan buku ni, barulah beli buku lejer pula. Guna apa yang ada.
Dulu, semasa saya ada simpan rekod belanja harian keluarga ni, saya boleh keep track duit yang ada dalam tangan, perbelanjaan apa paling besar, dan rujukan harga bahan mentah.
Alhamdulillah, sehingga hari ini, saya berjaya istiqomah rekodkan setiap hari. Dari sekecil-kecil duit bagi anak sekolah, sampai belanja dapur, makan luar dan sebagainya.
Saya belek-belek la juga, rekod tahun 2017. Banding dengan tahun kini, banyak dah meningkat. Contoh, dulu saya boleh shopping barang dapur bawah RM50. Sekarang, nan ado.
Dulu, bancuh kopi di rumah. Sekarang, kerja mengopi je kat luar. Acaner tu? 😁 Itulah yang saya nak tengok, dan bolehlah ambil tindakan selanjutnya.
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗
Teringat cerita shinchan, mak di tengok expenses utk bulan lepas meningkat pastu bulan ni terus catu segala perbelanjaan keluarga hahaha.
ReplyDeleteBagus buat camni untuk track segala benda!
betul kak nak juga style lama kan,nak conteng2 nak kira2..saya pun macam akak suka tulis setiap pbelanjaan..
ReplyDeleteKakak sy macam ni, dulu la.. sekarang tak tahu masih buat lagi tak. Sy kadang teringin jugak nak buat, tapi selalunya ke laut. Hahaha.
ReplyDeleteRajennya kak nur... Kita nya.. Malas... Hahaha
ReplyDeleteSA mmg x buat la...kalau buat sure seram tgok belanja sendiri dan family
ReplyDeletebest ni buat cmni sbb blh keep track & blh adjust mana yg patut hehe
ReplyDeleterajinnyaaaa...kakmieja selalu hangat-hangat taik ayam jerk
ReplyDeleteSaya pernah buat gini - masa tahun-tahun awal kawin.
ReplyDeleteSiap buat bajet bulanan, masuk duit tu dalam sampul surat ikut jenis perbelanjaan.
Setiap sen duit pulak memang catat ikut jenis perbelanjaan. Masa tu tahap wajib buat sebab sorang je yang kerja dan gaji kecik. Tak boleh terbabas belanja 😄. Beberapa tahun lepas, saya dah buang semua buku-buku catatan belanja tu walau rasa sayang.
dlu2 pernah catit juga skit2 tp tk brp details sgt...lps tu dh lupa hehe
ReplyDeletesaya hangat-hangat taik ayam. Awal tahun je rekod lepas tu kelaut dalam
ReplyDeleteBagusnya amalan macam ni Kak Nur. Dapat kita track kemana perginya duit tu. Husband saya hanya buat yang komitmen bulanan je dalam excel. Lebih suka guna calculatar fizikal kan. Guna handphone je computer ke rasa tak syok.
ReplyDelete