Tarikh 8 Jun 2025, bersamaan hari kedua Hari Raya Haji.
Masa tu, anak sulung saya, Amirul masih ada di rumah. Dia pun sama juga, layan kopi. Waktu entri ini ditulis, Amirul sudah balik Uitm Dungun.
Jadi, kita claim voucher lagi di aplikasi Zus. Ayoyo... hari-hari tebus voucher. Harap hujung tahun bila Zus buat recap berapa banyak cawan kita beli, dia bagi saya percutian percuma sebab hari-hari beli. Eh, takdelah hari-hari.
Kali ni, tebus voucher yang penghantaran percuma. Bagus ye, beli kopi tak perlu ke kedai. Rider foodpanda tolong hantarkan. Tiada caj penghantaran. Bayar untuk kopi sahaja.
Sekali-sekala, mama teringin juga minum Spanish Latte. Asyik americano kosong je, selalunya. Peh, nikmat rasanya. 😋 Alhamdulillah.
![]() |
Ayor Spanish latte panas |
"Coffee may not solve all your problems but it's a good start"
Bila dapat kopi panas, barulah rasa terbeliak biji mata yang layu. Langsung bersemangat untuk siapkan kerja rumah. Berusaha! 💪
Bahagia ikut cara kita sendiri. Cara saya, inilah dia, kopi. 😍 Orang lain mungkin dengan pergi bercuti, hiking, membaca, menonton KDrama, dan sebagainya.
Boring ke, baca blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita kopi. 😁
Kome buat apa tu? Udah makan ke belum?
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
Voucher free delivery kat dalam apps zus ke? Kenapa kt apps saya tk abis2 voucher 10% off utk handcraft drinks jee.
ReplyDeleteKe jadi elite member zus baru ada voucher tu?
Selain CEO Latte, SA pun suka Spanish Latte...
ReplyDeleteboleh geng ni..coffee lover..
ReplyDeletedpt kopi terus ok mood
Saya kalau beli kopi Zus memang Spanish Latte manjang. Tapi suka yang sejuk. Cuma tak boleh nak beli selalu sebab duduk tempat jauh dari bandar, tak ada Zus tak ada rider delivery makanan 😂
ReplyDeleteSy belum terjebak dgn kopi² ni...
ReplyDeletePenuh stationery atas meja tu Nur, macam meja cikgu dah ahaha
Saya pecinta kopi
ReplyDeletesehari bisa 10 gelas kopi
Mau tidur ,bahkan minum kopi dulu
Bangun tidur minum kopi lagi, dan seterusnya
Jika sakit pinggang sudah terasa, baru dah sadar, minum air putih
Seronoknya dapat mengopi hari-hari. Untung juga dapat tebus voucher selalu. Itu yang buat rasa nak membeli selalu kan. Kalau dapat percutian tu memang lagi rajinlah orang beli kopi. hihi..Saya pun begitu, dapat kopi bahagia rasa. Blogwalking je ni kak. Alhamdulillah, makan sudah.
ReplyDeleteBong suka sgt latte latte hehe
ReplyDeleteCoffee memang best.
ReplyDeleteduk cari mana la blog Kak Nur..rupanya dah bertukar wajah,maklum la saya baru timbul lama tenggelam haha
ReplyDeletespanish latte fav bff skarang..kita tk minum kopi tp pernah rasa juga spanish latte ni
ReplyDeleteTooossss kak 😍😍. Saya pun kalo dah kena kopi baru semangaaat ❤️❤️. Macam layu kalo belum minum kopi hahahaha.
ReplyDeleteZus ini fav saya. Spanish latte nya sedaap memang
Rasa hendak minum kopi semula. Tengah cari kopi pracampur yang ada khasiat supaya tidak kena angin.
ReplyDeleteHehe bagus juga penghantaran percuma. Selalu beli barang secara talian ini nak penghantaran percuma.
Masuk zuss layan CEO jer ... Selalu singgah sementara tunggu anak balik sekolah petang ...
ReplyDeleteTak reti nk order kopi apa.. Last2 bancuh sendiri je...
ReplyDelete