Sabtu, 14 Jun 2025.
Budak Sulaiman cakap, seluar dia koyak.
Mama kurang rajin sebenarnya, sebab lampu di meja jahit, mentolnya sudah terbakar. Jadi, tak berapa terang nak suluh jarum mesin jahit.
Tapi gagahkan juga la, menjahit tanpa lampu bantuan. Masukkan benang ke lubang jarum, haruslah menggunakan needle threader. Kalau benda ni hilang, memang ambil masa la, nak masukkan benang dalam lubang jarum pada mesin jahit.
![]() |
Needle threader |
Needle threader mempunyai kawat halus yang membantu menarik benang melalui lubang jarum yang sangat halus. Nama lain bagi alat ini ialah mata nenek.
Mencantum kain yang koyak menggunakan mesin jahit ni, lebih kukuh, berbanding jahit tangan, bagi saya la.
Juga, cepat siap, berbanding jahit tangan. Alhamdulillah, masih berfungsi mesin jahit antik ni, walaupun jarang-jarang saya guna dia.
![]() |
Jahit seluar Sulaiman yang koyak. |
Budak Sulaiman ni, suka buat split gamaknya, bukan sehelai ini saja. Ada 2 helai seluar lagi, koyak di bahagian kelangkang. Tapi betul juga. Kalau duduk rapat peha, serupa perempuan ayu pula.
Mesin jahit ni memang terbaik. Saya ada satu lagi mesin jahit moden jenis portable, yang itu selalu buat benang putus, walaupun sudah betulkan setting dan hantar servis. Entah la. Buatan lama juga yang elok.
Sekian cerita saya menjahit di hari minggu.
Jumpa lagi, ye. 💗
Pertama kali tengok Needle threader. Luar bidang saya, memang tak tahu benda alah ni. Barang lama ni dia berkualiti. Saya ada beli mesin jahit portable elektrik konon nak guna kalau ada baju koyak ke apa kan. Sekali pakai je lepas tu asyiklah benang putus. Entah mana sangkut dia, penat dok betulkan. Sudahnya tersadai gitu je. Nasib baiklah beli tu murah je. Lagi syok guna mesin jahit kaki ni. Rumah kat kg mak saya punya elok lagi. Biasalah tu lelaki, suka main berlawan-lawan agaknya.
ReplyDeleteMesin jahit mini tu ye, Fizah? Cara pasang benang kena check. Lagi satu, benang pun, kena beli benang elok, kalau yang murah, mudah putus juga.
DeleteOh, sy selalu nampak benda ni, hari ni baru tahu nama. Memang sah²lah tak tahu cara nak menggunakannya, hihi. Baca kisah budak Sulaiman, kita terbayang Ajis, Ramlee dan Sudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok, hahaha.
ReplyDeleteHahaha... ha ah, betul la tu. Koyak tempat sama.
Deletesaya untuk menjahit jika robenya sidikit masih menggunakan jarum dan benang saja tanpa mesin
ReplyDeleteIya, mana-mana yang mudah, ye, dan bergantung pada koyaknya besar mana.
DeleteBenda yang istri saya juga punya, Mbak.
ReplyDeleteIstri saya suka menjahit juga. Mesin jahitnya merk Singer.
Salam,
Rasanya, tukang jahit mesti ada alat ini, Pak Asa, sekurang-kurangnya satu. 😊
DeleteTak kenal la benda alah ni Nur hihi...
ReplyDeleteSy pun kalau seluar/kain sekolah anak kotak, hantar ke tailor. Sbb jahit tangan cepat terbuka semula
Ha ah, kalau malas hantar tailor, kena double benang waktu jahit tangan, jadi kukuh sikit.
DeleteTeringat mesin jahit arwah mak dulu macam ni la. Brand Singer.
ReplyDeleteOrang dulu punya mesin jahit kan, Cie.
Deletesetiap rumah perlu ada mesin jahit terutamanya yg portable. sbb bukannya nak menjahit selalu. sekadar menjahit kembali apa yg koyak. bukan nak jahit baju raya pun! hehehe
ReplyDeleteHa ah, betul, Abe Kie.
Deleteakak kena buat tutorial guna Needle threader..saya baru tahu pasal benda alah ni haha
ReplyDeleteHehe.. ala, jolok je dawai tu dalam lubang jarum yang kecil dan kita tak nampak tu. Pada masa yang sama, masukkan benang kita dalam lubang dawai tu. Tarik perlahan-lahan, dan benang kita pun masuk la dengan mudahnya dalam lubang jarum. Ha, kan senang. Tak payah guna kanta pembesar. Hahaha..
DeleteJadi ingat tahun 80-an
ReplyDeleteSaya sempat punya mesin jahit seperti tu, mereknya kupu-kupu
Alat bantu memasukan benang, keren juga tu
Iya, sangat membantu, khusus buat orang tua yang rabun seperti saya.
DeleteNeedle threader aunty adalah... --> uncle...
ReplyDeleteWah, Alhamdulillah, terang mata uncle.
DeleteMacam mak saya jugak selalu guna needle threader tu. Tapi skrg macam dah lama tak nampak dia pakai
ReplyDeleteKat rumah kami pun ada lagi mesin jahit yg style lama tu. Cuma saya idoklah reti guna xD
Kena belajar guna tu, Mazni. 😁
DeleteOrang hebat ni sebab boleh menjahit. Lawa mesin jahit kalsik tu. KSarie memang apa berkaitan jari jemari ni ke laut dalam ceritanya😅
ReplyDeleteEh, KSarie pun hebat juga, kan boleh menanam tu.
DeleteMasih elok lagi ya mesin jahit lama Nur itu.
ReplyDeleteKitorangpunya tali di bawah untuk mengayuh itu dah putus. Uzur kiranya.
Boleh ganti baru, kat kedai. Saya punya pun dah tak guna tali. Guna pedal je, ada motor. Tekan, jalan.
Deleteidaman betul mesin jahit yang ini. lebih jimat ada mesin jahit dirumah
ReplyDeleteBetul tu. Boleh guna jahit koyak mana patut. Nanti SS dah ada anak, kena buat projek menjahit, ada gunanya.
DeleteMalas nak membuka mesin jhit nya..jadi,jahit tangan je lah...hihihi...
ReplyDeleteLinda pun baru tahu pasal "mata nenek" nie
Ha ah. Kadang sebab atas mesin jahit ada banyak barang, malas nak mengemas dulu, ye, Linda.
DeleteMesin jahit lejen mcm arwah mak punya :') https://syazwantahir.blogspot.com/
ReplyDeleteHa, mesin jahit orang dolu-dolu kan.
Deletelegend mesin jahit tu....kita keras tgn tk reti bab2 jahit menjahit ni
ReplyDeleteSaya dipaksa untuk suka. Eh, kan zaman sekolah dulu, ada projek jahit untuk Kemahiran Hidup. Ha, sejak tu la, terpaksa jadi suka jahit. Hehe..
DeleteSAx reti dan x suka menjahit...fo sure SA x kenal benda ni
ReplyDeleteOh, begitu.
DeleteNeedle threader.. pertama kali dengar dan pertama kali nampak hihii..
ReplyDeleteHehe..
DeleteMak ada lagi mesin ni kat rumah dia, masih elok boleh guna. Needle threader tu ada dalam kotak menjahit, tapi selalu tak guna.
ReplyDeleteBagusnya, mata masih terang, tak perlukan needle threader.
DeleteWahhhh mesin otai ni. Ammi ada satu mesin portable kecik, dulu rajin gak guna tp lepas tapaknya patah langsung tak reti nak buat apa dah. Yelah kita ni basic menjahit takat masa belajar KHB masa sekolah dulu je
ReplyDeleteHa ah, sama la kita. Belajar jahit masa Kemahiran Hidup time sekolah dulu, kan. Kalau nak, boleh tanya kat kedai repair mesin jahit. Deme ni, banyak spare-part boleh ganti mana rosak.
DeleteMak-mak dulu tegakkan benang guna air liur.
ReplyDeleteHa ah! Betul, betul!
DeleteSaya tak pandai guna mesin jahit ini kak 😅😅. Pernah coba punya mama, ntah kemana2 garisnya, tak rapat pula hahahaha
ReplyDeletePerlu praktis, Fanny. Akak pada mulanya, tak pandai juga. Bila ada minat, Insya-Allah, boleh.
Delete