Awal pagi ni, boleh sakit perut pula. Sampai 4 kali pergi tandas. Sebab nak makan ubat, saya sarapan la awal.
![]() |
Buat scrambled egg |
Cerry berry la pulak. Saya seorang je. Rasanya, sebab saya makan pulut kuning dengan rendang ayam semalam. Tapi masa makan, ok je rasa.
![]() |
Buat teh o pekat dan makan pil chi kit teck aun. |
Lega sikit lepas tu. Jadi, tak berani la nak pergi ke padang untuk morning walk. Siram pokok di rumah saja.
![]() |
Bunga ros kuning |
Ini pokok ros yang saya pindahkan dari luar pagar ke dalam pasu dalam kawasan rumah. Sebab ada orang curi bunganya dulu. Alhamdulillah, tumbuh sihat dan sudah keluarkan bunga.
Siapa ada tengok drama Our Unwritten Soul?
Dalam cerita tu, dia ajar boyfriend dia crochet atau mengait span cuci pinggan.
Dulu saya pun mengait. Tapi dah lama berhenti.
Atas meja kerja saya pun ada unfinished project mengait. Saya buka balik kaitan, dan gulung semula benang.
![]() |
frogging = the act of unraveling a crocheted project and rolling back the yarn = undo the work and return the yarn to its original state |
Sepatutnya, saya nak kait projek di atas jadi beg, tapi tak jadi la. Dah lama terbengkalai. Hilang sudah mood mahu kait jadi beg.
![]() |
Tapi saya sambung semula projek selimut empat segi, atau granny square blanket. |
Mengait sekejap, lepas tu masuk dapur untuk masak.
![]() |
Ikan kembung rebus, digoreng dan tambah kicap. |
Lepas makan tengahari, saya sambung mengait.
![]() |
Progress sehingga petang |
Saya lupa kesan mengait ni pada saya. Saya berhenti mengait sebab power spek saya tiap-tiap tahun bertambah bila saya mengait setiap hari. Bila kena buat spek baru, harga RM1 ribu, kanta bifocul, rabun jauh dan dekat. Jadi, nak jimat tak mahu buat spek baru setiap tahun, saya pun berhenti mengait.
Tapi saya lupa yang suatu waktu dulu, saya suka mengait sebab satu terapi bagi saya, macam bercucuk-tanam juga. Ingat nak sambung balik projek ni. Tapi, tengok la camana. Mungkin tak boleh mengait untuk jangka masa waktu yang lama, kena rehat-rehatkan mata juga kot.
Bila kait granny square ni, ada effect therapeutic, kerana pattern dia berulang, kita boleh jadi lost bila mengait.
Ok la. Terima kasih kerana membaca.
Jumpa lagi. 💗
Cie pun pernah makan pulut kuning rendang ayam anak bawak balik dari majlis khatam. Secubit je makan boleh pulak cerry berry. 3 beranak makan kena.
ReplyDeleteAduh.. seksa kan, Cie. Cerry berry. Berjemaah pula tu, dalam kes Cie.
DeleteNama dia granny square? Hehehehe, lucu
ReplyDeleteHa ah, uncle. Macam nenek-nenek zaman dulu, duduk di kerusi goyang depan rumah, sambil mengait, dari situ la dapat nama tu kot. :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePil chi kit teck aun tu memang mujarab betul kan, saya kalau ceri beri pun makan tu je.
ReplyDeleteCantiknya granny square tu! Bukan senang nk mengait ni, memerlukan kesabaran. Boleh buat rabun juga ye kalau fokus mengait ni..
Mujarab, akak setuju.
DeleteHa ah, sebab kita fokus pada benda kecil lama-lama. Mata cepat rasa letih.
Baru² ni viral yg kait² jadi sejambak bunga tu. Kita nak tunjuk kat Nur, asyik lupa aje. Kita bayangkan Nur kait tu, bunga matahari, mesti cantik!!
ReplyDeleteOoo.. ye ke, viral? Saya ketinggalan sikit dalam bab-bab viral ni, SK. Sudah uninstall tiktok.
DeleteHaha.. saya kurang kerajinan nak kait bunga, SK. Dia complicated sikit nak buat. Silap-silap, jadi tension, bukan release tension. Hehe...
Saya masih ingat dulu kakak sering buat postingan ttg crochet nih. Dibagi jadi giveaway juga kan... Tp kegiatan begini memang berpengaruh sangat ke mata. Jadi makin besar minus atau plus nya. Saya sendiri kalo kait mengait tak bisa. Mama dan adik nomor 2 yg pandai
ReplyDeleteWah, masih ingat ya, Fanny? Dulu kan blog akak, Kait dan Lari. Jadi, cerita dua benda tu sajalah. Haha... ha ah. Ada bagi blanket, sarung bantal dan beg kait sebagai hadiah giveaway dulu. :)
DeleteBegitu... teringin nak tengok hasil kerja tangan mama dan adik Fanny.
pil chi ki teck auun tu mmg sgt berkesan kalo cerry berry tp ana tak pandai telan hehe
ReplyDeleteDia kena masukkan semua sekaligus dalam mulut, dan minum air banyak-banyak. Mesti berjaya! :)
DeleteAnak buah ada belajar mengait dan buat benda comel-comel.
ReplyDeleteTidak seronok juga aktiviti kita suka tidak boleh buat sebab makin rabun. Moga Allah gantikan dengan aktiviti lain yang menyeronokkan.
Aminn... terima kasih, NA.
DeleteBenda comel-comel yang anak buah buat tu, boleh jual. :)
Cantiknya ros kuning tu...
ReplyDeleteIngat lagi dulu² Nur suka buat blanket kan...pastu buat GA hadiahnya blanket ke beg kait.
Sy pun tak boleh duduk buat satu kerja yg perlu fokus lama² gini, sakit belakang. Faktor usia sama kot
Masih ingat ya, PH? Ya, ya, saya ada hadiahkan blanket, sarung bantal dan beg kait sebagai hadiah giveaway top pengomen blog lama dulu. Hehe...
DeleteItu la, perlu rehatkan badan kan.
jadikan mengait itu sbg pendapatan sampingan. dapat juga duit poket selain dari menghabiskan masa terluang dgn xtvt berfaedah...
ReplyDeleteBetul cakap Abe Kie tu.
DeleteKena limitkan masa mengait kot..
ReplyDeleteMoga yang baik2 je untuk kak Nur..
Ha ah, Linda. Tak boleh kait lama-lama.
DeleteAminn... terima kasih, Linda. Semoga yang baik-baik juga untuk Linda, ye.
Tot ni tangan seni sungguh. Boleh mengait, molek kejadian tanamannya. Chaiyok chaiyok semoga terus semangat untuk mengait💪💪💪💪KSarie faham sangat pasal kisah cermin mata tuh🥹Itu yang KSarie lalui saban tahun. Bingkai boleh kompromi beli yang paling murah. Tapi kanta tu tak boleh bawa bincang. Multifocal la apa la. Rabun jauh rabun dekat. Silau tinggi. Tragis sembang bab cermin mata ni🥲
ReplyDeleteSaya biasa-biasa je, KSarie. Belajar melalui praktis. Tiada bakat semulajadi. Terima kasih, naik semangat saya baca komen KSarie. Itu la. Ada juga terfikir nak buat spek asing, reading glasses saja dan tak perlu buat yang jauh. Sebab power yang dekat ni lebih tinggi. Tengok la camana, bila keadaan perlu.
DeleteKalau sakit perut cerry berry biasanya saya makan pil arang tu. Berkesan. Letih kalau cerry berry ni. Perut pedih je manjang, lepas tu tak boleh makan nanti keluar semula. Cantik ros warna kuning, warna rare untuk bunga ros. Eloklah tu letak dalam, letak luar nanti ada yang curi lagi. Sebab bunga warna rare kot kan.
ReplyDeleteKena hadkan masa untuk mengait. Jangan buat hari-hari. Besar tu hasil kaitan kak Nur. Cantik berwarna-warni. Kalau saya pun jadi pening tu dok mengait.
Pil arang? Tak pernah jumpa. Kat farmasi pun ada ye, Fizah?
DeleteHehe.. itu la. Tak boleh kait lama-lama dalam sehari.
Ada kak Nur, charcoal tablet.
DeleteOh, baiklah. Timasih atas info, Fizah. Lain kali boleh cari, buat bekal ubat kalau terjadi lagi.
DeleteGranny square tu boleh guna kalau ekon terlampau sejuk kan..boleh memanaskan ye x? Paling x suka kalau sakit perut...
ReplyDeleteHa ah, boleh, SA, jadi selimut. Ada orang kait besar-besar, buat jadi cadar. Pernah juga saya tengok, orang letak atas sofa macam omputih selalu buat tu. Alas meja makan pun boleh.
DeleteFuhh, scrambled eggs dengan roti .simple tapi sedap tak terkata! .Sesuai sangat untuk sarapan .
ReplyDeleteMengait ni macam terapi… satu-satu benang disulam, hati pun ikut tenang
Kann... Cedap, scrambled egg.
DeleteBetul tu. Asal benang, jadi kain. Puas dan tenang hati menengoknya.