Sunday, June 8, 2025

Mengopi di Bundut Coffee Manjung Point - Port Kopi Sedap dan Kebaikan Minum Kopi untuk Wanita 40an

 Pada petang Khamis lepas, saya pergi mengopi di Bundut Coffee, yang terletak di Manjung Point. Saya pergi bersama suami dan anak sulung, Amirul. 

Rasa bersyukur dan nikmat, dapat luangkan masa dengan orang tersayang. Ye la, lebih-lebih lagi suami saya kini kerap kerja lebih masa. Sesekali kita kena ambil masa untuk slow down dari rutin harian, kan? ๐ŸŒธ

Nikmat mengopi di Bundut Coffee Manjung bersama keluarga
Americano panas kosong, nachos dan sos keju, iced latte kosong dan iced chocolate.

Tentang Bundut Coffee

Bundut Coffee ni, memang port mengopi yang best di kawasan Manjung. Lokasinya mudah diakses, parking pun senang. Suasana kedai, terbuka dan sangat santai. Sesuai untuk lepak dengan kawan atau bawa keluarga. Tempat duduk banyak guna kerusi yang orang bawa berkhemah tu. Tapi ada juga kerusi besi berserta meja untuk orang lebih besar dan keluarga. 

Cara buat pesanan, pergi ke kaunter, nyatakan pesanan anda, buat bayaran, dia bagi buzzer. Bila sudah siap, ambil pesanan di kaunter. Sama untuk pesan makanan juga. Minuman dan makanan di kaunter berbeza. Ada juga menu berat, seperti nasi lemak, chilli pan mee, nasi putih ayam buttermilk, dan lain-lain lagi. Saya belum pernah cuba, setakat ni, saya cuma pesan makanan ringan saja. 

Americano panas dan roti bakar di Bundut Coffee Seri Manjung
Americano panas dan roti bakar

Menu yang kami cuba hari itu:

  • Americano panas (yang dalam paper cup tu, memang padu rasanya!)

  • Iced latte — lemak berkrim, kaw

  • Iced chocolate dengan topping coklat pekat (Amirul cakap sedap)

  • Nachos dengan cheese sauce — ringan, rangup, ngam untuk kudapan

  • Roti bakar - jangkit dari blogger SK. Kalau mengopi, harus ada roti bakar. ๐Ÿ˜

  • Nugget - diberi sos cili dan mayonis sebagai sos pencicah.


Set nugget Bundut Coffee Seri Manjung
Set nugget bersama cili sos dan mayonis


Nikmat Kopi dan Kebaikan untuk Kesihatan Wanita 47 tahun seperti saya

Saya memang suka kopi dari dulu. Sekarang, saya sudah boleh kawal jumlah cawan kopi yang diambil dalam sehari, berbanding dulu, memang gila sangat minum kopi sampai 3-4 cawan sehari. Sekarang, kalau tak minum dalam sehari pun, saya boleh je. 

Ramai kata kopi tak elok, tapi sebenarnya kalau diambil secara sederhana, banyak juga kebaikan kopi, terutamanya untuk wanita seusia saya:

Antioksidan tinggi → membantu melawan radikal bebas dalam badan.
Tingkatkan fokus & mood → kadang lepas minum secawan kopi, rasa lebih bertenaga nak uruskan rumah.
Sokongan metabolisme → boleh membantu tingkatkan metabolisme badan.
✅ Ada kajian menunjukkan pengambilan kopi yang berpatutan mungkin kurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Nota: Penting minum secara sederhana — untuk saya, 1-2 cawan sehari dah cukup. Elakkan minum lewat malam supaya tidur tak terganggu.

Momen Berharga Bersama Keluarga

Petang tu, duduk bersama suami dan Amirul sambil mengopi dan makan di Bundut Coffee memang rasa sangat nikmat. Harap dapat ulang lagi sesi macam ni. Tengok gelagat orang lalu-lalang. Sembang tentang kerja suami, tentang studies Amirul. 

Tips untuk Pembaca:

  • Kalau anda berada di Manjung atau kawasan sekitar, boleh cuba singgah Bundut Coffee.

  • Bawa sekali keluarga atau kawan — suasana mesra, menu menarik.

  • Untuk ibu-ibu macam saya, jangan takut nak minum kopi — ambil secara sederhana, banyak manfaat untuk kesihatan dan mood.

  • Jangan lupa nikmati saat-saat kecil seperti ini — sangat berharga.

Bundut Coffee Manjung Point
Bundut Coffee Manjung Point. Boleh duduk atas atau bawah.


Lain kali, boleh cuba signature coffee dia, kopi candu.

Bundut Coffee (Seri Manjung)
1, Pusat Perniagaan, PT 10858
Jalan Manjung Point 3
32040 Seri Manjung, Perak.
Masa operasi: Selasa hingga Ahad, 3 petang hingga 12 malam
Tutup setiap Isnin

Baiklah. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

#BundutCoffee #NgopiManjung #KebaikanKopi #LifestyleMom #BlogSurirumah

30 comments:

  1. Bestnya dapat mengopi sekeluarga macam ni, lagi² ada roti bakar tu, baru afdhal, hahaha. Memang kalau dapat kopi, mood rasa ceria sepanjang hari.

    ReplyDelete
  2. Sekarang tidak minum kopi tapi minum yang Uwan punya kopi kadang-kadang tidak habis atau macam minggu lepas, saya ingat teh tarik rupanya nescafe, terpaksa minum.
    Kalau orang bagi, saya minum sahaja tapi bukan tiap-tiap hari minum๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. habiskan Uwan punya minuman ya.
      Bagusla tu. Tidak memilih. Jangan jadi macam saya, hari-hari kopi.

      Delete
  3. Rupanya banyak kebaikan bagi kesehatan pada kopi ya Mbak.
    Saya peminum kopi juga. Tapi tak lebih dari 2 gelas per hari. Biasanya pagi dan petang saja saya minum kopi.

    Kopi americano panas dan roti bakar itu sangat mengundang selera Mbak.

    Salam jumpa dan salam perkenalan dari saya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Abah Asa.
      Betul, memang enak makan roti bakar cicah kopi panas.
      Salam kenal, Abah Asa.

      Delete
  4. Banyak tempat mengopi menarik dekat Manjung rupanya. Roti bakar macam menggoda. Mengopi dengan family tersayang best. Mengopi dengan kawan baik pun molek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Nikmat mengopi. Alhamdulillah.

      Delete
  5. Kalau ke Manjung nanti boleh la try mengopi kat situ. Kakak Cie duk Manjung Point.

    ReplyDelete
  6. Santai² minum kopi mmg asyik :)
    Lama tak ke Manjung, macam² ada ye skrg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, PH, banyak kedai kopi hipster. Saya pun belum cuba semua.

      Delete
  7. syok mengopi tu...kita tkleh minum kopi nanti tkleh tido

    ReplyDelete
  8. Dah 2x nie lalu Manjung dan Lumut...tapi,kita lalu jalan luar je.. Tak masuk pekan Manjung.. Udah lupa jalan shortcut shortcut.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Bundut Coffee ni, sebelah TF Manjung Point, kalau Linda nak try. Dekat Tealive.

      Delete
  9. Kalau singgah Manjung bolehlah ke sini. Sekarang sistem order cafe mostly macam tu kan. order dan bayar, diberikan buzzer macam CBTL. Saya pun macam nak berjangkit dengan kak SK, order kopi dan roti bakar. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... jangkit-menjangkit. Sebab tengok macam sedap kan, pekena roti bakar dan kopi.

      Delete
  10. Ana sejenis manusia yg jd ssh nk lelap mata bila minum kopi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Boleh geng dengan Mama Tisya ni.

      Delete
  11. Adik ipar duduk Manjung area Venice tu. Boleh singgah kalau ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa.. saya pun duduk area Venice juga. Kalau singgah, roger la. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  12. Kaaaak, kakak memang tinggal di perak yaaa. Adalah yg saya nak tanya2 nanti , sebab ada planning nak ke perak THN ini ๐Ÿ˜„. Tp kalau dah confirm barulah saya hubungi utk tanya kakak yaa.

    Saya pun kemarin2 dah bisa lepas dari kopi, eh ntah kenapa skr jadi addict lagi hahahaha. Memang susah nampaknya. Tp saya cukup 1 gelas sehari kak. Tak mau lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Boleh, dekat page Contact blog akak ni, ada alamat email. Email saja, ya, Fanny, kalau ke Perak. Akak di Lumut, Perak.
      Baguslah tu, Fanny. Satu gelas kopi sehari sudah cukup, kan.

      Delete
  13. Buat roti bakar lepas tu letak atasnya telur separuh masak 2 biji. Taburkan black peper dgn kicap sikit. Letak kaya hah jadi lah roti titap. Pekerna kopi o kaw-kaw. Yummy. erkkkk eh belum makan dah kenyang. hehehehehe

    ReplyDelete
  14. Kopi + roti bakar..memang gandingan yang serasi kalau mengopi..lagi best dengan family, spend time sama-sama..borak-borak dan gelak ketawa...kalau ada telur separuh masak dan kopok lekor goreng pun sedap ni Nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan, keropok lekor. Lain kali boleh order time mengopi. Hehe..

      Delete
  15. Sambil hirup kopi, kunyah nachos… tenang-tenang layan rasa.

    ReplyDelete