3 petang
Suami baru balik ofis. Patutnya, shif dia habis pukul 4 petang. Nak pergi Kati, tengok Pak Anjang meninggal.
Pak Itam, Mak Uda, Mak Lang dan Mak Ngah tolak pagi tadi dari Johor. Saya pula ada bincang dengan suami bila dia habis kerja petang ni, nak pi Taiping, melawat Pak Anjang di hospital.
Semalam hospital Kuala Kangsar dah release Pak Anjang balik. Malam semalam, Pak Anjang macam penat, Mak Anjang panggil ambulans. Pi Hospital Taiping, kata ada jangkitan kuman.
Tapi kita hanya merancang. Allah yang menentukan. Pukul 12 dapat whatsapp, Pak Anjang dah takde.
4.16 petang
Saya dah suami berada di lebuhraya WCE, nak pi Kati. Jenazah sudah sampai di masjid.
![]() |
Foto kredit Pakcik |
Lepas solat Asar, solat jenazah.
Sementara tunggu green light dari pihak kubur, saya sempat jumpa adik beradik papa, iaitu Mak Lang, Mak Uda, Mak Ngah, Pakcik, Pak Itam. Lama gila, tau, tak jumpa mak dan bapa saudara belah bapa ni. Majoriti tinggal di Johor.
Pak Anjang adalah adik papa saya. Ada beberapa kali Pak Anjang bagi saya baja tahi ayam, dikirim melalui papa yang selalu melawat rumah Pak Anjang di Kati.
![]() |
Menanti di dalam masjid, sebelum dibawa ke kubur. |
Dalam pukul 6 petang, baru lah jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Suami saya salah seorang tolong angkat jenazah ke van. Takde orang laki pi mana, oh depa pi tenguk orang gali kubur.
![]() |
Bacaan talkin dan tahlil sekali. |
Dalam sedih Pak Anjang pergi, rasa gembira dapat jumpa bapak dan mak saudara saya yang sudah lama tak jumpa. ♥️
Selesai pukul 7. Saya terus gerak balik. Harap dapat jumpa lagi. Nak balik raya Segamat la, rumah arwah tok segamat, sekarang Mak Ngah duduk. Bukan raya haji. Raya puasa. Tengok la camana. Kena plan elok².
Selamat jalan, Pak Anjang. Tunggu kami, kami akan menyusul. Semoga roh Pak Anjang dicucuri rahmat, semoga kubur Pak Anjang cerah dan luas. Terbayang-bayang dulu Pak Anjang ni suka sakat arwah mama saya, time balik kampung. Kenangan terindah. Alfatihah...
Jumpa lagi. ♥️
Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
ReplyDeleteAminn.. YRA.
DeleteSalam takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteTerima kasih, Cie. Amin... YRA.
Deleteإِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeleteAlfatihah dibaca buat arwah Pak Anjang kak tot.
Mesti sayu je rasa suasanan selepas arwah pergi… semoga rohnya sentiasa diljmpahi rahmat Allah. Selepas ini giliran kita menyusul…
Mudahan semuanya husnul khatimah🤲🏻
Akak dari pagi tu, ada rasa sayu dalam hati, SS.
DeleteAmin.. YRA.
Innalillahi Wainna Ilahi Rajiun.. Semoga Pak Anjang ditempatkan bersama para solehin dan syuhada amin..
ReplyDeleteAminn.. YRA.
Deleteإِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeleteSalam takziah buat akak sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.
Dalam duka ada gembiranya. Semoga keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan yang besar kehilangan orang yang tersayang.
Balik kampung Segamat tu kat mana kak Nur. Sama kampung saya di Segamat.
Terima kasih, Fizah. Amin.. YRA.
DeleteKampung Sepinang, Fizah. Dekat Buloh Kasap.
Ohh dekat je lah. Sepinang dekat Gelang Chinchin dan Jabi kan. Masuk simpang kiri ke atas tu kan kalau dari Buloh Kasap.
DeleteMak saudara belah arwah abah saya ada duduk di Kg Sepinang tu.
DeleteBetul, betul. Akak dah lupa tempat nama Gelang Chinchin tu. Betul! Atas bukit.
DeleteOh, ye ke.. kalau panjang umur, ada rejeki, boleh kita jumpa kalau akak balik Segamat ye, Fizah.
Takziah buat Tot & seluruh keluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲🏻
ReplyDeleteTerima kasih, PH. Amin.. YRA.
DeleteInnalillahiwainna ilaihirojiunnn..
ReplyDeleteSalam takziah, Nur. Oh, baru tahu ramai mak pak sedara Nur tinggal di Johor rupanya.
Terima kasih, SK.
DeleteTok belah bapak saya, orang Segamat, SK.
Innalillah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
ReplyDelete2 minggu lepas pun makcik saya meninggal di hospital batu gajah. Mmng sangat mengejutkan sebab dia takde apa2 sakit teruk pun. Sesungguhnya kematian tu tak boleh dijangka
Amin.. YRA.
DeleteBetul, Mazni. Sampai waktu, pergi juga. Kita punya waktu, tak tahu bila.
Salam takziah. Segamat kat mana. Saya pernah bertugas di Hospital Segamat suatu waktu dahulu
ReplyDeleteTerima kasih, ye.
DeleteOoo... Ye ke.. dekat Kampung Sepinang.
Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh Pak Anjang.
ReplyDeleteTakziah buat Tot dan keluarga.
Amin.. YRA.
DeleteTerima kasih, Ujie.
Salam takziah...semoga arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman..aamin
ReplyDeleteTerima kasih, Linda.
DeleteAmin.. YRA.
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeletesalam takziah.. moga arwah pak anjang ditempatkan bersama org-org beriman aminnnnnnn
Terima kasih, Ana.
DeleteAmin.. YRA.
Salam takziah...semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang-orang beriman
ReplyDeleteTerima kasih, Encik Hanafi.
DeleteAmin.. YRA.
Sedihnya, dah dekat idul adha , lalu ada keluarga yg pergi. Terasa sangat sedih kluarga yg ditinggal. Semoga pak Anjang diluaskan dan diterangi kuburnya, dan segala amal baik beliau jadi bekal di alam sana.
ReplyDeleteIya, Fanny. Kesian tengok Mak Anjang, sudah tinggal seorang. Camanalah dia hari ni. Kalau dekat, sudah pergi tengok.
DeleteAmin, YRA. Makasih, Fanny.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Sedih adik-beradik emak dan abah ada yang dah pergi. Apabila mereka pergi, dah tak dapat melawat macam dahulu.
ReplyDeleteItu la. Cuma kenangan manis je jadi pengubat rindu.
DeleteInnalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Semoga arwah Pak Anjang ditempatkan di kalangan orang beriman. Semoga Allah kurniakan semuanya bertemu semula di syurga. In sya Allah
ReplyDeleteAmin... YRA. Mekasih, KSarie, atas doanya. Hugss...
DeleteInnalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah
ReplyDeleteTerima kasih, SA.
DeleteInnalillahi wainna ilaihi raji’un. Takziah atas pemergian Pakjang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman
ReplyDeleteTerima kasih, CCL. Amin, YRA. 🤲
Delete