Semalam, saya terima sekeping poskad istimewa dari seorang rakan blogger kita, iaitu NA. Alhamdulillah, rasa sangat seronok bila check peti pos, dan nampak poskad bergambar cantik ni. Tapi waktu saya check peti pos rumah saya, hujan baru lepas reda, waktu petang. Jadi, poskad tu sedikit terjejas. Terima kasih banyak-banyak kepada NA yang susah-susah poskan poskad ini pada saya.
![]() |
Poskad Istanbul - Gate of Salutation di Istana Topkapi |
Di bahagian hadapan poskad ni, tertera gambar Gate of Salutation, atau dalam bahasa Turki, dikenali sebagai Babรผsselam iaitu salah satu pintu utama di Istana Topkapi (Topkapi Palace), Istanbul, Turkiye.
Apa itu Gate of Salutation?
Ia merupakan pintu kedua yang menghubungkan halaman pertama dan kedua Istana Topkapi. Ia dibina sekitar abad ke-15, semasa zaman pemerintahan Sultan Mehmed II, selepas penaklukan Constantinople.
Jika kita berpeluang untuk pergi melawat Istana Topkapi, inilah pintu (refer gambar poskad atas) yang kita akan lalui selepas Imperial Gate (pintu utama luar).
Gate of Salutation ada dua menara berbentuk kon yang sangat ikonik dan mudah dikenali. Di sebalik pintu ni, dahulunya, para pegawai tinggi kerajaan, duta asing, dan tetamu istana akan dipersilakan masuk untuk urusan rasmi bersama Sultan.
Pintu ini juga melambangkan kemegahan dan kekuatan Empayar Uthmaniyyah, yang memerintah selama lebih 400 tahun dari istana ini.
Kalau ada info yang salah, maafkan saya ye. Gigih saya men-google. Bila dapat poskad dari luar negara, lebih-lebih lagi tempat yang kita tak pernah sampai, rasa seolah-olah kita sampai pula kat sana. At least dapat tengok tempat orang, walaupun melalui gambar poskad. Hehe..
Kisah di sebalik poskad dan harga setem sekarang
Selain suka dapat poskad ni, saya juga tertarik tengok setem yang NA gunakan dan harga setem untuk menghantar poskad di Malaysia. Harga setem lebih mahal banding dulu.
![]() |
Lawa tulisan NA. |
Saya ingat lagi, sebab dulu pun saya pernah hantar poskad pada kawan-kawan. Tak silap, masa tu, sekolah rendah. Bukan hantar kat boyfriend la, zaman sekolah rendah mana tahu apa-apa lagi. Hantar poskad pada kawan baik yang pindah sekolah. Masa tu, saya guna setem harga 20 sen sahaja. Kalau surat pula, guna setem 30 sen.
Mengikut poskad yang NA kirimkan, setem yang digunakan adalah 80 sen. Wah, nampaknya poskad semakin jadi satu bentuk kiriman eksklusif!
Namun bagi saya, walaupun kosnya naik, rasa seronok terima poskad begini buat ianya sangat berbaloi. Ada sentuhan personal dari pengirim. Berbeza la, dari terima mesej melalui Whatsapp atau media sosial.
Kenapa saya suka terima poskad?
Saya memang suka poskad sejak dari kecil. Ada beberapa keping poskad yang saya simpan, tapi merata-rata la dalam rumah. Ada yang saya simpan dalam album gambar. Ada juga yang sudah hilang, masa pindah rumah. Tak tahu mana orang tua saya letak.
Selain poskad, setem pun saya suka juga. Saya ada 3 biji album setem, tau! Hahaha... setiap kali terima poskad dari luar negara, saya simpan sebagai kenangan. Selain tu, sambil belajar sedikit tentang tempat-tempat menarik di dunia.
Poskad bukan sekadar sekeping kertas, tapi penuh cerita dan usaha. Bayangkan ye, pengirim poskad perlu pilih gambar yang cantik, tulis mesej dengan tangan, pergi pejabat pos dan beli setem, dan pastikan ia sampai ke tangan penerima. Dalam dunia digital hari ni, ini satu pengalaman yang sangat dihargai. ๐
Gate of Salutation - Tempat menarik untuk dilawati
Bagi pembaca yang merancang untuk ke Istanbul, Istana Topkapi memang antara destinasi menarik untuk dilawati. Gate of Salutation ini adalah salah satu sudut yang paling banyak diabadikan dalam fotografi, menurut Encik Google.
Selain itu, dalam Istana Topkapi, kita juga boleh tengok:
- Relik suci umat Islam
- Barangan peribadi Sultan
- Pemandangan indah Selat Bosphorus dari balkoni istana
Satu fakta menarik, pada tahun 1985, Istana Topkapi dimasukkan ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Penutup
Sekali lagi, terima kasih kepada blogger NA atas kiriman poskad yang sangat istimewa ni. ๐ Semoga satu hari nanti, saya juga dapat jejakkan kaki ke Istanbul dan melawat Gate of Salutation secara depan-depan. Insya-Allah.
Untuk kawan-kawan pembaca yang ada bercuti di luar negara, nanti jangan lupa poskan satu poskad untuk saya, ya. Hehe...
Jumpa lagi. ๐
Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Topkapฤฑ_Palace
P/S: Nampak macam skema sikit tak entri saya ni? Saya sedang dalam usaha untuk dapat approval adsense. Itu yang kena taip entri panjang-panjang tu. Ada ke dia kata, blog saya ni low value content? Hahaha.. ye la. Baiklah. Saya sedar blog saya ni masih baru, dan banyak tulis diari surirumah dan tiada info berguna pun yang orang ramai cari. Baiklah. Itu yang saya sedang cuba perbaiki tu. Orait. Mekasih kerana membaca.
Tahniah dapat poskad yang cantik.
ReplyDeleteIn syaa Allah, suatu hari nanti akan jejak juga ke negara antara dua benua itu.
Terima kasih, Kak Amie.
DeleteInsya-Allah. ๐
wah sronok dpt poskad dr rakan blogger
ReplyDeleteHa ah, seronok. Alhamdulillah.
DeleteLast cek peti surat, rabu lepas.. Takde lagi.. Harap2 poskad linda tk tersesat jalan... Susah betul nak pos surat guna alamat hospital nie.. Hilang saja..
ReplyDeleteGood luck kak Nur, moga dapat ad sense approval..
Semoga poskad Linda selamat sampai.
DeleteMekasih, Linda. Akak cuba.
Cantik tulisan tangan NA dan cantik setem.
ReplyDeleteSaya pun pernah jadi pengumpul setem. Sekarang dah lama tak belek. Entah nak wariskan kepada siapa. Dah rasa tak minat simpan.
Gelihati pulak baca perenggan akhir tu. Perasan jugak ada kelainan dalam penulisan Tot kali ni. Semoga berjaya dapat approval adsense tu ya. Saya pulak dah lama tak pasang iklan sebab kadang naik iklan tak senonoh gambarnya ๐
Kan, suka tengok setem baru.
DeleteSimpan album setem jadi khazanah generasi akan datang. Kalau tak minat simpan, boleh jual online.
Mekasih, Ujie. Oh, boleh tukar kat setting adsense, kalau gambar tak senonoh keluar. Sayang Ujie, tak guna, sebab dah lulus. Sekarang, google dah makin strict, susah dah nak approve.
waahhhh bestnya dpt poskad dari NA! pernah dpt poskad dari student yg study kat Jerman dulu rasa teruja betul hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kan, rasa seronok terima poskad ni. Sebab jarang dapat. ๐คญ
DeleteYa sayapun terkejut harga setem. Asal-asal saya tanya RM1.30. Saya cakap nak pos poskad. Dia tanya terperinci, hantar ke pejabat atau rumah. Poskad ada sampul surat ke tidak, barulah kata RM0.80. Haha betullah dahulu rasa 20 sen. Tapi saya masa itu banyak hantar poskad ke luar negara. ๐
ReplyDeleteTerperinci penerangan tentang Gate of Salutation. Bagus juga bagi maklumat untuk mereka yang datang baca.
Well I will my mind, kalau saya ada poskad tempat lain, boleh poskan pada Nur. Insya Allah.
Tercicir perkataan keep sebelum my mind.
DeleteWah.. NA ada pengalaman hantar poskad ke luar negara.
DeleteHa ah, untuk info saya juga, sebab musykil nak tahu lanjut tentang gambar poskad. Mekasih, NA. ๐ค♥️
Teringat dulu dapat beberapa postcard dari rakan blogger yg belajar di luar negara, sampai sekarang saya simpan. Sbb diorglah saya sekarang pegi mana2 mesti nak beli poskad hehe.
ReplyDeleteBest kan dapat handwritten postcard yg org tulis utk kita. Rasa special giteww.
Hehe. Poskad tu, cenderahati sesuatu negara yang unik, kan.
DeleteBetul! Sangat suka.
wah giliran saya dapat kapan ya, saya kan juga sudah ngajuin
ReplyDeleteSaya suka dengan kartu pos
sempat mengoleksi juga
Mesti ambil masa sedikit, sebab lokasi jauh.
DeleteOh, begitu. Semoga poskadnya selamat sampai.
Wahhhhhh bestnya dapat poskad cantik. Terima kasih atas info tentang tempat menarik di Istanbul. Nanti Tot kongsikan koleksi poskadnya ye kalau sudi. 3 album setem...wow sangat ni๐ช๐ช๐ช
ReplyDeleteNanti saya kena belek dulu harta karun dalam almari, kumpul-kumpul mana yang jumpa dan buat entri, Insya-Allah. Tengok bila free boleh buat, ye, KSarie. Itu la dulu zaman sekolah senang dapat setem, ada ramai penpal. Sekarang udah macam susah nak dapat benda yang ada setem.
DeleteCantik poskad dan tulisan kak Wina. Tambah lagi poskad tu dari oversea walaupun kiriman di Malaysia. Betul, ada sentimental valuenya. Ooo sekarang dah mahal ye untuk hantar sekeping poskad.
ReplyDeleteBetul, Fizah. Itulah, harga setem sudah naik, untuk hantar poskad.
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah dapat poskad cantik.
ReplyDeleteTerima kasih, Mulan. Alhamdulillah.
DeleteSaya pernah berfoto di depan gate ini 2010 saat ke Istanbul . Tp saat itu saya belum suka fotografi, dan mengambil gambar hanya seadanya. So ternyata terpotong pula bagian atas gate ๐คฃ๐คฃ. Memang nak kesana lagi utk foto ulang ๐
ReplyDeleteSaya juga minta ke kak na postcard dikirim ke tempat saya. Tp sampai skr blm ada. Tak terlalu berharap, sebab ntah kenapa dengan Pos Indonesia. Kebanyakan postcard yg dikirim lamaaaaaa sangat baru sampai, atau paling sering hilang di jalan. Dah sering postcard yg saya kirim memang tak sampai ke tujuan.
Wah! Beruntung Fanny, pernah sampai di sana. Ooo.. tak nampak menara bentuk kon tu ya.
DeleteAduh.. sayang la begitu. Kalau sampai tak apa, walaupun ambil masa lama. Kalau hilang, tak ada rezeki maknanya.
Akak dulu time sekolah jadi band gurl. Jadi suka kumpul lencana sekolah lain yang besi tu. Sekarang lencana kain tak best tapi mudah untuk jahit kat baju. Tak hilang. Banyak juga dulu dapat macam2 tapi tu lah dah berpindah randah tak tahu mane dia lesap. Lepas tu simpan keychain. Tu pun entah mana di campaknya. Lepas tu frigemagnet tapi tak tampal kat peti sejuk sebab katanya effect makanan. Jadi simpan le dalam peti karun. entah mane dia sembunyi. Kalau simpan emas jadi harta karun bagus juga kan boleh jual time emas tengah naik ni. hehehe
ReplyDeleteWah, banyak juga tu, kumpul barang, dari lencana, keychain, dan fridge magnet.
DeleteCantik betul kad tu..SA pun dapat gak poskad kawan office bagi...dia pi Australia tahun lepas...
ReplyDeleteMesti lawa, poskad dari Australia.
DeleteWah, poskad dari Istanbul , CCL terus terbayang suasana indah kota bersejarah tu, masjid-masjid yang agung, bau kopi Turki, dan angin Bosphorus yang tenang
ReplyDeleteKan... bestnya... kalau dapat bercuti di sana.
Delete