Monday, July 21, 2025

Bersenam, Mini Gym di Rumah dan Kebaikan Strength Training

 Tarikh: Selasa, 2 Julai 2025

Semenjak dua menjak ni, saya bersenam dalam rumah sahaja. Pertamanya, sebab cuaca panas, jadi saya agak keberatan keluar memandu ke padang riadah untuk jalan pagi. Kedua, saya malas keluar. Itu je. Hehe.. lagi pun, kat rumah, semasa cuti Awal Muharram akhir Jun hari tu, kami ada mengemas ruang tamu kedua rumah, jadikan mini gym

Orang lain long weekend, balik kampung atau pergi bercuti. Kami, pergi Mr. DIY, dua tiga cawangan, mencari gym mat

Sebelum ni, sudah ada banyak barang bersenam di rumah. Hasil dari saya, suami dan anak kedua, Hafizan, yang suka weight lifting. Tapi barang-barang semua all over the place. Tapi kini, kami letak satu tempat, khas untuk bersenam.

Oh, ada dua barang tak boleh letak di ruang bersenam ni. Sebab kena buat sambil tengok tv, iaitu walking pad dan stationary bike. 😁 Haruslah kekal di ruang tamu, supaya boleh buat sambil layan movie.


Bersenam di rumah menggunakan kettlebell 4 kg.
Bersenam pada 2 Julai lepas, menggunakan kettlebell 4kg.

Semenjak awal Julai, saya kembali ber-strength training di rumah. Saya suka menggunakan kettlebell. Saya ikut saja panduan bersenam yang ada saya print-out, refer dari Pinterest.

Bila mula buat latihan angkat beban ni, kita akan alami sakit-sakit otot atau DOMS (Delayed Onset Muscle Soreness). Itu biasa, ucapan selamat datang, kata orang. Dua tiga hari rehat, bila rasa kurang sakit, sambung balik. Suami saya kata, boleh buat keesokan harinya juga, lawan balik. Ha ah, personal trainer saya di rumah, Encik Suamiku. Dia seorang saja pernah jalani latihan di gym bawah certified personal trainer. Jadi, apa-apa hal, dia la yang tegur saya, kalau posture tak betul, cara betul buat senaman, dan sebagainya. 


Mini gym kami di rumah.
Mini gym kami di rumah.

Gym mat tu, yang warna hijau. Lepas tu, dah tak ada, jenuh cari di beberapa cawangan Mr. DIY. Mat untuk prasekolah pun boleh la, yang berwarna-warni kuning, merah, biru, dan hijau tu. Asalkan yang jenis tahan lasak dan water resistant.

Semua peralatan bersenam, kumpul sikit-sikit. Beli seketul-seketul, bila ada keperluan, sudah bertahun, semenjak zaman PKP. Peralatan yang ada, termasuklah adjustable workout bench bersama resistance bands, standing punching bag, adjustable dumbbells dan pull up bar. Merata beli, kebanyakannya beli online, atau di Decathlon, dan di Mr. DIY pun ada.

Dumbbell, barbell, pull up bar di rumah
Dumb bell, barbell, weight plates dan pull up bar.

Abaikan la, uniform suami yang tergantung tu. Dia suka sangkut kat situ, senang nak capai waktu keluar rumah. Saya tak boleh buat pull-up (lagi), Hafizan boleh. 

Iya, lokasi mini gym ini di tengah rumah. Buka pintu je, terus nampak, tempat bersenam. 😁


Mini gym di rumah
Pandangan dari atas.

Ada rasa aman damai pula tengok mini gym dari atas. Tempat untuk bersenam. Tempat untuk mencabar diri, angkat lebih berat. Bila berpeluh, ada rasa I Feel Good. 😍💪


Kettlebell 8kg dan 4kg, dumbbell dan weight plates
Susun elok-elok lepas guna. Bila nak guna, boleh ambil. 

Saya masih mencuba dengan kettlebell 8kg tu. Bukan semua senaman saya boleh guna tu. Kettlebell 4kg sudah biasa, tapi kettlebell 8kg terlalu berat. Nak buat overhead press, tak mampu nak cukupkan 12 repeat. Tapi, memang patut pun, sebab saya ada tengok video, workout yang sebenar adalah bila kita kena cuba gila-gila untuk angkat beban tu, macam muka Menteri Pasola sakit perut dalam tandas tu. Nak cukupkan repeat, peluh menitik, urat dahi terkeluar, haaa... itulah workout yang sebenar! Hmm.. mampus acik.


Warm up dengan indoor cycling, bersenam strength training dan cooling down dengan yoga
Saya punya warm-up, senaman dan cooling down pada hari itu.

Saya panaskan badan dengan berkayuh menggunakan stationary bike selama 10 minit. Diikuti dengan senaman strength training menggunakan kettlebell sebanyak 3 sets. Saya sejukkan badan dengan melakukan regangan yoga, selama lebih kurang 21 minit.

Alhamdulillah, atas nikmat sihat yang Allah pinjamkan.

Saya buat selang sehari, 3 kali seminggu, strength training. Saya biasanya tukar-tukar. Ada hari, saya panaskan badan dengan berjalan atas walking pad dulu. Tengoklah, mood camana. 

Saya sudah tak mahu fikir tentang berat badan lagi. Sebab saya seorang yang suka makan dan ingin nikmati hidup. Jadi, cara saya jaga kesihatan adalah dengan melakukan senaman secukupnya. Target saya telah berubah.

Sebelum: Capai berat 55kg.

Kini: Buang lemak. Badan lean.

Apa beza antara badan kurus dan badan lean? Badan lean, ada otot yang baik. Kurus maksud kurang berat badan secara keseluruhan. Saya tak mahu kurus keding tinggal tulang dan kulit je. Saya nak ada otot sikit. Berusaha! 💪

Berat saya, kali terakhir saya naik atas weight machine Hafizan yang digital, berat saya adalah 57.87 kg. Alhamdulillah, bawah 60kg. Berdasarkan tabiat makan saya yang macam ada bela saka, saya memang tak boleh harap aktiviti briskwalk sahaja untuk keluar peluh. Saya kena buat lebih. Untuk motivasi saya dan pembaca, saya kongsikan manfaat strength training ini.


Strength training sangat bagus untuk wanita 45 tahun ke atas kerana:

🏋Membantu meningkatkan kepadatan tulang - Strength training membantu menguatkan tulang, mengurangkan risiko osteoporosis yang biasa berlaku pada wanita selepas menopause.

🏋Mengawal berat badan - Strength training membantu membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan metabolisme, yang penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

🏋Meningkatkan kualiti hidup - Strength training membantu meningkatkan kekuatan otot, fleksibiliti dan keseimbangan, yang membolehkan wanita melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah dan mengurangkan risiko terjatuh.

🏋Menguruskan kondisi kronik - Strength training dapat membantu mengurangkan simptom arthritis, sakit belakang, obesiti, penyakit jantung, kemurungan dan diabetes.

🏋Meningkatkan fungsi kognitif - Beberapa kajian menunjukkan bahawa strength training bersama dengan senaman aerobik, boleh meningkatkan kemahiran berfikir dan belajar pada orang dewasa yang lebih tua.

🏋Lagi satu paling best - Kesan selepas senaman beban (Afterburn effect), di mana badan terus membakar kalori tambahan selepas latihan selesai.

Asalkan kita dengar cakap badan sendiri dan buat secara berkala, kita boleh nampak kesannya pada badan kita, depan cermin. Memang boleh nampak. 

Sewaktu entri ini ditaip, saya baru lepas sidai kain di luar. Ada bau asap jerebu. Lama dah tak bau jerebu ni. Nampaknya, ia kembali semula tahun ni. Nasib baiklah ada gym di rumah ni, tak perlu keluar untuk bersenam.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

48 comments:

  1. Hebat ada mini gym...saya ada tools sikit2...tapi tu la...tools tu x bergerak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takpe Sueann, hujung minggu atau free, boleh gerakkan.

      Delete
  2. wah..bagus nya...caiyok caiyok!!

    ReplyDelete
  3. Wow baca pun dah dapat bayangkan macamana tuan rumah bersenam. Semuga berjaya.

    ReplyDelete
  4. semenjak wabah korona
    Saya jarang banget berolah raga
    Perut sampai buncit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. harus olahraga, Encik, demi kesihatan diri sendiri.

      Delete
  5. Replies
    1. Tumpang anak punya, Cie. Senam di rumah lebih aman, banding kena pi gym luar.

      Delete
  6. Fuhh siap ada mini gym. Hebat satu keluarga rajin bersenam ni! Saya kalau senaman dalam rumah, selalu buat squat, lunges (tu pun buat bersebab, tak buat tiap minggu). Boleh tahan sakit2 badan walaupun buat tak sampai sejam xD

    Bila rajin workout ni, mmng badan rasa ringan n fresh jekan. Saya ni pun risau jugak selalu sakit2 badan sbb keje seharian kat ofis duduk jee. Tak elok utk posture badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Memang senaman macam squat dan lunges tu beri kesan, lagi² kalau buat sambil pegang dumbell atau kettlebell. Betul, setuju dengan Mazni. Kena bangun la, stretching, bila dah lama duduk.

      Delete
  7. Ini dah complete! Ada plan nak bukak untuk membership tak? Uncle nak enroll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tak lengkap pun. Uncle kalau mai, bole guna free je.

      Delete
  8. wah, makin sehat dan berotot ini... hehe

    ReplyDelete
  9. dasyatnya tot...rajin exercise....peralatan tu semua ada,boleh gang dgn ali lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. nampaknya, Ali bole kawan dengan Hafizan. 😊

      Delete
  10. Bagusnya Nur. Hubby ada jugak beli tapi kita kenyit mata je kat semua tu haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya pun terjebak sebab nampak kesan positif bila anak buat.

      Delete
  11. Semoga terus konsisten dengan amalan gaya hidup sihat.
    Saya ni setiap kali balik dari ladang memang terus pengsan atas katil hihihiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya coba, Insya-Allah. Ye la, penat kan, kerja. Badan perlu istirehat juga.

      Delete
  12. Bagus sekali Mbak di rumah ada fasilitas untuk gym. Saya lihat dari fotonya, lengkap juga alat-alat gym nya.
    Sehat selalu ya Mbak...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih selesa bersenam di rumah, Pak Asa. Lebih privasi. 😊. Aminn..

      Delete
  13. Wahhh bestnya kak tot dah ada mini gym. Mesti semangat je nak bersenam dan keep fit kan? Bila semua alat ada ni kadang semangat dia membara. Semoga dapat terhasil jugak mini gym macam kak tot...Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SS. Alhamdulillah, kumpul sikit². Insya-Allah, semoga ada rezeki SS untuk punya mini gym di rumah juga.

      Delete
  14. Best ada mini gym kat rumah. Boleh bersenam bila-bila masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ha ah, lebih privasi juga.

      Delete
  15. Saya suka...tapi,belum bersemangat nak buat...konon² balik kerja nak buat..tapi, dah baring² sambil skroll telefon..hahaha...
    Tabik lah kak Nur..fitt nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena paksa diri, Linda. Akak lepas settle memasak dan lipat kain, baru akak bersenam. Sebab nak rileks-rileks, tak mahu kelam kabut bersenam sambil pikio nasi belum masak. Hehe..

      Delete
  16. Bestnya ada mini gym kat rumah...SA ni office ada gym tapi x pergi2 pun...lebih selesa brisk walk sendiri je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau SA try weight lifting, lagi laju berat turun, tau. Pastu, badan boleh nampak berubah, ada bentuk. Hehe...

      Delete
  17. lama tk bersenam ....husband je rajin bersenam dlm rumah guna treadmill

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, ada treadmill di rumah, boleh bersenam di rumah je. Sekarang cuaca panas.

      Delete
  18. Kita sehatiiiii sangat kak 😍😍😍. Saya pun ada impian kalo nanti renovasi rumah, nak buat 1 ruangan khusus gym kecil. Di mana saya bisa gym sepuasnya. Skr pun ada, tp letak di ruang tamu dan ruangannya tak besar. JD alat masih terbatas. Tp saya usahakan utk selalu dipakai semuanya. Bergantian lah.

    Saya juga nak bangun otot. Krn di saat tua impian saya bisa trus traveling tanpa rasa sakit di kaki. Dan itu bisa terjadi kalo badan saya kuat dan ada otot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang workout di ruang tamu juga, ya, Fanny. Sebab mudah, boleh sambil tengok tv, kan. Hehe.. semoga terlaksana ya, Fanny, dalam misi membina muscle. 💪

      Delete
  19. saya yang minat gym pun belum ada mini gym di rumah...terbaik la Puan Nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab banyak sangat peralatan, Encik Hanafi. Itu yang rasa perlu dikumpulkan satu tempat, jadi mudah nak guna bila perlu.

      Delete
  20. Wahhhhh ada mini gym. Terbaikkkk Tot. KSarie baca pasal senaman yang Tot buat pun terkebil-kebil sebab tak pernah tahu pasal semua tuh. Nampak naw dok makan aje kerja KSarie ni😅Nanti Tot kongsikan tips untuk beginners yang tak tau apa-apa nih ye. Semoga terus semangat ye💪💪💪💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie buat zumba lagi dasyat, sampai lebih 500 kalori burn. Saya setakat 100 je. Hehe.. saya pun print out tutorial dari pinterest je, KSarie. Yang gerakan saya tak tahu, saya seach video di youtube, camana cara buat yang betul. Aminn... marilah kita usaha! 💪💪

      Delete
  21. Luas juga mini gim itu. Hehe kalau orang datang mesti kagum kata orang dalam rumah rajin bersenam.
    Tq kongsi kebaikan strength training. Tertarik dengan boleh kuatkan tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, boleh la, saya dengan Hafizan bersenam pada satu masa, sebab ruang agak luas. Rumah saya jarang terima tetamu, NA, kecuali keluarga je yang datang.
      Ya, sebab saya kan sakit lutut. Lepas saya banyak buat strength training dengan squat, rasa dah tak sakit lutut masa naik turun tangga. Alhamdulillah.

      Delete
  22. Nur buat ammi rasa berkobar nak buat walaupun cuma angkat dumbell seberat 1kg..sebab itu je yg ada kat rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu, Ammi. Kalau buat 12 repeat, ulang sampai 3 set, lenguh juga, walau pun berat 1kg. Boleh cuba buat front raise, lateral raise, dumb bell russian twist dan full body crunch. You can do it, Ammi. 💪

      Delete
  23. Mini gym mcm bukan main main hahaha.. alhamdulillah bagus utk kesihatan tu.. buat kat rumah baru lah semangat lain macam ☺️👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik. Bagi orang perempuan macam saya, lebih selesa bersenam di rumah, banding di gym.

      Delete
  24. Fuhh..dah boleh buat mini gym ni. Buat di satu ruang. Kalau macam ni sesekali je lah brisk walk di luar. Kalau buat lifting ni boleh kuatkan otot lagi. Cepat loss inch dari senaman lain kan. Mula-mula tu memang sakit, tapi lama-lama dia ok dan ketagih nak angkat berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Bila buat strenght training ni la, akak nampak perubahan pada badan. Tapi nak buatnya, seksa, Fizah. Mintak nyawa. Huhu...

      Delete