Tuesday, July 29, 2025

Makan bubur ayam

 Tarikh: 9 Julai 2025

Pada hari tersebut, saya tak berapa sihat. Demam sikit, dan sakit tekak. Lepas ke klinik, rasa macam nak makan bubur ayam

Kedai Bubur Ayam Mama, Manjung Point.
Kedai Bubur Ayam Mama, Manjung Point.

Pernah beli sekali dulu. Jadi, tahu yang bubur sini sedap.

Bubur yang ada adalah bubur kosong, bubur ayam, bubur daging dan bubur sotong. Ada lauk tambahan kita boleh add-on seperti kangkung, kentang, telur masin, ikan bilis dan sebagainya.

Selain bubur, dia ada jual nasi ayam, nasi tomato, nasi ayam kicap, nasi daging kicap, nasi ayam goreng kunyit dan nasi daging goreng kunyit.

Waktu saya masuk restoran, ada satu famili sedang menjamu selera. 

Bubur ayam di Bubur Ayam Mama, Manjung Point.
Saya bungkus 1 bubur ayam

Dia ada bagi satu paket kecil kicap cili.

Sudah tuang kicap cili atas bubur ayam beli dari Bubur Ayam Mama.
Saya tuang satu paket kicap cili atas bubur.

Penuh bekas.

Kacau mesra kicap cili dan bubur ayam
Kacau mesra kicap cili dan bubur ayam.

Makan. Sedap. 😋 Ada kacang dalam bubur dia.

Takde rasa sangat sebab sakit tekak waktu itu. Telan sajalah, sebab kena makan ubat.

Harga bubur ayam, RM6.50.

Saya tak habis makan. Kenyang. Simpan peti ais. Esoknya, panaskan, makan sampai habis. 

Alhamdulillah. Pada tarikh tersebut, saya demam satu hari je. Tak suka keadaan bila kena makan ubat klinik, macam di bawah pengaruh dadah. Rasa tindakan macam slow. Esok dan lusanya, buat air halia, minum. Lega sikit.

Tapi bubur ayam dia memang sedap.

Nama kedai: Bubur Ayam Mama

Lokasi: 50, Jalan PPMP 3/1, 32040 Seri Manjung, Perak.

Masa operasi: Setiap hari. 10 pagi hingga 10 malam.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

30 comments:

  1. meriah isinya, penuh. Semoga cepat sembuh adikk...rest well...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah sihat, kakmieja. Alhamdulillah. Terima kasih, ye.

      Delete
  2. Ammi kalau anak-anak demam mmg tak perlu offer pun dorang akan request bubur ayam. Sebab tu kat rumah tak pernah susut stok pek nasi impit tu sebab senang sikit nak hancur masa masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... guna nasi impit untuk masak bubur. Ha ah yek, sekejap je la, ambil masa sebab memang dah lembik, kan.

      Delete
  3. Dah dua orang kawan blogger sy demam ni. Dua² pulak tu makan bubur ayam. Semoga cepat sembuh ya, Tot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, SK. Saya dah sihat, Alhamdulillah.

      Delete
  4. bila tk sihat..dpt menu bubur rs lega kan

    ReplyDelete
  5. sesekali makan bubur memang sedap

    ReplyDelete
  6. Bubur kalau meriah dgn isi.. lepas sedap .. mmg puas hati makan.. ☺️

    ReplyDelete
  7. ini macam isi dia memang nampak puas hati

    ReplyDelete
  8. Wah bubur ayam ini lengkap sekali racikan nya, Mbak.
    Pasti bubur ayam ini sedap sekali.

    Btw, lekas sembuh dari sakitnya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang enak, Pak. Kerangupan dari ikan bilis, pedas sedikit dari sambal, memang lengkap. Saya sudah sihat. Alhamdulillah. Terima kasih, Pak Asa.

      Delete
  9. Ni baru betul bubur. Banyak topping.

    ReplyDelete
  10. Ya tidak suka terpaksa makan ubat. Selalu rasa terawang-awang kalau kena selsema. Otak macam kabur sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat! Baik tak payah makan ubat. Jadi semakin lemah pulak.

      Delete
  11. Semuga cepat sihat. Bubur ayam kalau banyak rencah memang sedap bertambah2. hehehehe Akak kalau demam nak tidur je. Nak bagi rehat tubuh badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah sihat kak. Alhamdulillah. Terima kasih, kak.
      Betul tu. Tidur memang perlu waktu sakit.

      Delete
  12. uishh meriah bubur tu!
    nasib baik demam sehari je. tak best rasa melepet je badan ni terbaring

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mazni. Akak Alhamdulillah, demam sikit je, takde la terbaring. Masih boleh buat kerja rumah.

      Delete
  13. Ramai juga kalangan geng blogger saya kurang sihat. Saya pun haritu kurang sihat. Musim sakit agaknya kan. Syukur demam tak lama tu. Alhamdulillah...
    Sedapnya bubur macam ni, banyak rencah. Tapi bila sakit memang tak mampu nak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, selera kurang. Tapi kena makan juga. Itu la, hari tu musim ramai yang sakit, kan.

      Delete
  14. Cepat sehaaat kak Nur ☺️.

    Bubur ayam memang paling sedap jika dimakan saat sakit. Di saat menu lain tak buat selera, pasti bubur ayam yg bisa masuk.

    Saya belum pernah coba bubur ayam yg di Malaysia. Di sinipun ada juga. Dan langganan saya juga jual bubur ayam dengan topping melimpah. Kalo dah makan seporsi, kenyangnya sampai ke malam 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fanny. Akak sudah sihat, Alhamdulillah.
      Itu la, makanan untuk orang sakit. Senang untuk ditelan walau tekak rasa perit.
      Ya, pernah nampak bubur ayam di sana, yang dikongsi Pak Asa. Lagi besar portionnya dan banyak bahan. Mesti kenyang.

      Delete
  15. Meriah buburnya. Waktu sakit beberapa hari lepas makan bubur ayam Marrybrown jew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga tu, kak, bubur ayam Marrybrown. Lama tak makan.

      Delete