Wednesday, July 9, 2025

Makan yong tau foo sup

 Tarikh: Isnin, 23 Jun 2025

Petang hari, lepas Asar, jalan-jalan cari makan bersama suami. Pusing punya pusing dalam kereta, sembang punya sembang, kami tiba di kedai yong tau foo di Medan Selera Astaka, Sitiawan

Lama pula tak makan yong tau foo. Apa lagi, jom lah!


Yong Tau Foo dan Masakan Ala Thai Astaka, Sitiawan
Yong Tau Foo dan Masakan Ala Thai Astaka

Papan tanda kedai dia sudah pudar. Kalau tengok betul-betul, boleh baca lagi, Yong Tau Foo dan Masakan Ala Thai Astaka. 

Di kedai ni, ada yong tau foo sup sahaja. Tiada sos hitam tu, ye. Tapi, sedap, kome! Kalau rasa macam nak demam tu, mai la sini, pekena yong tau foo sup. Hirup sup panas-panas, terus tak jadi demam. 

Ada beberapa kedai makan buka di sepanjang medan selera ni. Nak makan masakan ala Thai pun ada, sate pun ada.


Duduk di meja luar, kedai Yong Tau Foo dan masakan ala Thai Astaka
Duduk di meja luar

Yang bumbung biru comel tu, ada orang berniaga sate. Di hujung sana, ada court bersimen, ada budak-budak main. 

Cuaca ok la. Nak kata panas, tak panas sangat. Kami pilih untuk duduk di meja luar. Konon nak rasa angin. Tapi petang tu, angin pun takde. 

Kami pergi pilih dulu apa bahan yang nak makan. Ambil guna penyepit, dan letak dalam raga. Kemudian bagi pada kakak tu, dia tolong celurkan. 

Yong tau foo sup di kedai Yong Tau Foo dan Masakan Ala Thai Astaka
Sudah sampai, yong tau foo sup. 

Nanti dulu, jangan terus cedok masuk dalam mangkuk untuk makan. Tuang dulu sambal yang diberi, kacau-kacau, barulah ceduk untuk makan, ye. 

Kami tuang habis semua sambal yang diberi. Barulah kick! 

Sambal untuk campur dalam Yong Tau Foo Sup di Kedai Yong Tau Foo dan Masakan Ala Thai Astaka
Sambal yang diberi


Mangkuk yang diberi untuk cedok Yong Tau Foo sup
Mangkuk untuk kita ceduk yong tau foo sup untuk makan

Lepas kacau-kacau sambal dalam yong tau foo sup kita hingga rata, barulah ceduk dan makan. 


Yong Tau Foo sup di Kedai Yong Tau Foo dan masakan Ala Thai Astaka, Sitiawan
Jemput makan..

Leganya rasa. Sup dia sedap. Simple je, macam takde banyak rempah pun. Warna sup pun jernih, tapi lepas campur sambal diberi, bertambah sedap! 😋

Alhamdulillah. Saya lebih suka lagi yong tau foo sup ni, banding yang sos hitam tu. Sebab ada pengalaman kurang best, bila makan yong tau foo bersama sos hitam tu, sosnya ada rasa masam la, dan  kurang sedap. 

Lepas makan, saya pergi jalan-jalan sekejap di kawasan bersebelahan medan selera Astaka ni. Ada tempat riadah baru siap. Jadi, kalau hari hujan dan padang Astaka lecak, boleh jalan di kawasan baru ni, siap ada track berjalan dan alat-alat untuk bersenam.


Tempat riadah bersebelahan medan selera Astaka, Sitiawan
Jalan kaki, ambil angin petang di taman riadah sebelah medan selera Astaka.


Kucing tidur di tempat riadah sebelah medan selera Astaka, Sitiawan
Sedap betul tengok dia tidur. 

Alhamdulillah. Sedapnya, dapat pekena yong tau foo sup, setelah sekian lama tak makan.

Untuk pengetahuan pembaca, kedai ini sudah beroperasi selama 25 tahun, warisan keluarga. 

Yong Tau Foo Sup dan Masakan Ala Thai Astaka

Gerai No. 5, Medan Selera Padang Astaka, Sitiawan, Perak.

Masa operasi: 5 petang hingga 10 malam

Cuti setiap Selasa

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

34 comments:

  1. Tiba-tiba rasa macam dah lama juga tak makan yong tau fu. Tapi saya suka makan dua versi, sos hitam dan juga sup. Saya pun suka makan sup tak banyak rempah. Sup plain dan clear macam ni memang nikmat. First time nampak yong tau fu ada sambal. Menarik juga macam ni. Satu kelainan untuk kedai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Fizah, kan. Akak pun hairan juga camana sup dia boleh sedap. Ada special ramuan ni, yang kita tak tahu. Sedangkan sup jernih je, tak banyak bahan.

      Delete
  2. Lepas makan yong tau fu mesra sambal mesti lepas tu menendang-nendang sebab kick sangat. Kat johor biasa sup je tapi bila jadi warga Kota KL rasa ada sos hitam dan sambal terus suka yang ni, Tapi sesekali pekena sup dia nyaman tekaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itu yang saya lepas pekena yongtaufu, pergi jalan-jalan tu. Extra energy, kak. 😁 Setuju, nyaman tekak dapat hirup sup sedap dan panas.

      Delete
  3. lama tk mkn yongtau foo slalu bli kt pasar malam tp sejak tapak pasar malam dh pindah jauh tkde la mkn dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak cari port yong tau fu sedap kan, mama tisya. Jauh la pulak perginya.

      Delete
  4. YTF soup memang all time fav SA...memang mencari ni karang ni....acaner la leh daftar program loose weight ni...padahal x leh tgok orang makan sedap skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... makan masa cheat day, takpe, SA. Lepas tu, pulun exercise dan IF the next day. Chaiyok, SA. 💪

      Delete
  5. sedapnya...lama tak makan...dulu kakmieja tak pandai makan, tetiba anak suka terus tersuka.....sedap....paling comels sibulus tu tidur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, tapi tak boleh makan selalu kan, yong tau foo ni, sebab sejenis processed food.
      Itu la, comei je budak bulu tidor. Saya panggil dia, telinga je gerak, mata tak buka. Hehe..

      Delete
  6. Adoi, teringin nak makan YTF juga ni... Kuah sup YTF ni kena ringan rasanya baru umph kan...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya YTF ni, lama pulak tak jumpa. Lama tu dah 25 tahun beroperasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Saya pun tahu bila google. Jumpa video kedai ni di TT.

      Delete
  8. Selalu isteri yang makan....sy tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  9. Follow dulu blog ni..salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, sudi follow blog saya. Nanti saya singgah balas, ye.

      Delete
  10. Teringat YTF sedap kat pasar malam rumah uncle... sekarang tak niaga lagi... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... susah nak cari orang niaga YTF sedap sekarang kan, uncle.

      Delete
  11. Linda tak pernah cuba yang sup..lebih suka sos hitam.. alhamdulillah tak pernah lagi terkena sos yang masam..cuma sos kurang kick tu ada lah..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rejeki Linda. Susah nak jumpa YTF sedap kat sini. Kat Tepeng tu, adalah, yang famous dekat bomba tu kan, Linda.

      Delete
  12. Saya selalu makan YTF yg kuah hitam tu, tak pernah rasa sup punya. Kat area bomba taiping ada YTF legend dari zaman saya kecik lagi. Lama rasanya tk makan kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, akak pun dah lama tak pekena YTF Tepeng. Sana, ramai orang. Dan sebab buka petang, susah sikit nak pergi.

      Delete
  13. Sos hitam YTF saya belum pernah coba. Tiap ke Malaysia asik yg clear soup ini saja yg jumpa. Jadi tak bisa bilang akan suka atau tak. Nantilah nak cari YTF yg pakai sos hitam 😄

    Tp yg clear soup ini saya sukaaa. Apalagi kalau pedas. Cuma kdg kalo sharing, sambal saya tuang di piring saya saja. Sebab suami tak suka terlalu pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, begitu. Yang akak makan ni, sambalnya tak terlalu pedas sangat. Just nice.

      Delete
  14. Sama dgn ammi, prefer YTF soup. Masa duduk KL dulu ada satu kedai YTF faveret kami kalau ke pasar malam. Sempoii. Kat seremban ada juga kedai YTF soup tp ammi tak suka sangat sbb soupnya berminyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. susah juga nak cari yang menepati citarasa kita, kan, Ammi.

      Delete
  15. Seharian bersenam harus lah penat sampai tertidur kat taman. 😄

    ReplyDelete
  16. Suka bersup juga. Kuah hitam ini manis. Selalu beli diasingkan sup, sos hitam dan merah jadi memang guna sedikit sos hitam itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, biasa kalau beli sos hitam, mesti dia bagi asing.

      Delete
  17. Bila baca post ni baru teringat lamanya tidak makan yong tau fu. Nampaknya kena la ke pasar malam kejap lagi. Kalau resepi turun temurun 25 tahun tentu sedap teruk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, KSarie, memang sedap sup dia. Tak sama macam sup kedai tomyam, atau sup biasa kita masak.

      Delete