Tarikh: 8 Julai 2025
Bila suami off kerja, ada peluang untuk jalan jauh sikit. Takde lah jauh sangat. Masih negeri yang sama. Tapi, dia punya persiapan tu, macam la nak berjalan sampai ke KL nun.
Pada hari tersebut, nak pergi jalan ke Taiping. Nak ke Taiping dari Manjung, mengikut Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lebih kurang 90 kilometer. Tapi kami spesies yang kurang suka ikut lebuhraya, lebih suka ikut jalan kampung. Memandu pun tidak lah laju, kelajuan sederhana saja, sambil menikmati pemandangan bukit bukau, tengok rumah orang kampung, pokok-pokok di dusun tepi jalan, dan sebagainya.
Sebelum keluar Manjung, singgah dulu ke CU Mart, nak beli kudap-kudapan, boleh makan dalam kereta, di waktu mengantuk. 🙈 Hehe.. janganlah gelak. Itu baru nak pergi Taiping kan, belum lagi pergi KL atau balik kampung Kelantan, bayangkanlah makanan apa kami beli masa dalam perjalanan. Eh, suka aaa... hidup untuk dinikmati.
CU Mart adalah kedai serbaneka yang dibuka 24 jam. Selain barang keperluan, ada makanan juga, macam Family Mart dan 7-Eleven Cafe.
![]() |
Lepas pesan makanan, tunggu sekejap di kerusi yang disediakan. |
Pernah beli untuk anak-anak. Tapi, tak pernah merasa. Ini kali, mahu cuba juga. Kalau anak tahu ni, mau kena gelak dek deme. Bukan main lagi mama, nak makan real food only, tengok-tengok kita pun bantai makanan ringan. Hahaha... senyap-senyap, ok. Kome jangan bagitahu kat Hafizan, tau. 😉
Saya pesan corn sausage dan sotong goreng.
![]() |
Jumlah harga, RM15 |
Tak lama pun tunggu makanan siap, sebab pagi-pagi, cuma saya seorang pelanggan dalam mart.
![]() |
Siap, corn sausage dan sotong goreng. |
Saya lupa ambil gambar sotong goreng atau fried squid tu. Lebih kurang macam sotong celup tepung yang dipesan di kedai tomyam. Tapi, potongan sotongnya, besar. Sotong ada 4 potongan sahaja. Empat ketul. Saya makan dua, suami makan dua. Tahu dah, kalau sotong goreng, kena makan panas-panas. Kalau tunggu lama, mesti liat. Itu la, gambar pun lupa ambil. Teruja punya pasal, tengok potongan sotong besar.
Corn sausage ingat, untuk ambil gambar.
![]() |
Corn sausage CU Mart |
Besar. Nasib baik beli satu sahaja. Atas corn sausage, ada sos cili dan keju.
Ok. Alhamdulillah, dapat merasa.
Itu je la cerita. Jumpa lagi, ye. 💗
owhh tak pernah lagi singgah ni
ReplyDeleteCer try masuk, macam-macam ada, Encik. 😁
DeleteCorn sausage tu anak saya suka..
ReplyDeleteYe la, budak-budak memang suka yek, menu camni.
DeleteTahniah! Saya belum pernah rasa lagi sosej gini kat CU. Selalu beli jajan je dalam tu.
ReplyDeleteJajan pun, ada macam-macam ye, BK. Ralit tengok barang dalam tu.
DeleteKat area rumah SA ada CU Mart ni tapi Dania je yang selalu pergi situ...SA macam biasa la malas nak lepak lama- lama
ReplyDeleteItu la, budak-budak muda suka masuk tempat macam ni, kan.
Deleteoh mcm corndog la ye ...CU mart ni bdk2 mmg suka
ReplyDeleteHa ah. Kalau kita, memang panggil corndog. Nama dalam menu, corn sausage.
DeleteSuka makan dalam kereta ya. Saya macam kurang suka sebab tidak selesa, berlengas rasa.
ReplyDeleteTidak ingat CU Mart ke Family Mart, adik beli corn dogs juga.
Sediakan la wet tissue dan dry tissue dalam kereta, NA. Plain water pun perlu. Kereta kami dah macam rumah dah. Tikar pun ada, kot nak berhenti piknik makan di luar. 😁Family Mart pun ada juga corndog. Lebih kurang juga rupanya.
DeleteApa salahnya sekali-sekala makan macam ni, kan. Lagilah sambil jalan² ikut jalan kampung tu, menikmati keindahan alam sambil meraikan isi perit, hihi.
ReplyDeleteHaha... betul, betul. Hidup untuk dinikmati. Kita enjoy! 😁
DeleteDekat bangunan endocrine HPJ ada CU Mart tu. Tapi kenapa ye kiter tak pergi terjah. Bila dah tenguk ni emm kena terjah le. TQ
ReplyDeleteSila, sila, Kak. Banyak benda dalam tu, macam-macam jenis ada.
Deletekita tak bagitau hafizan, tapi takut hafizan baca blog mama dia ni hahaha
ReplyDeletecu mart ni best mcm family mart jugak. saya pernah makan rose tteokbokki dia, sedap. corn dog tk pernah rasa lagii
Hehe.. Hafizan tak tahu link blog mama dia. Cuba la search, tak jumpa punya. Haha..
DeleteAkak tak reti makan menu korea tu, tteokbokki. Sebab pernah rasa sos korea, pedas yang amat.
Adik beradik family mart x c u mart ni? Hihi
ReplyDeleteAgaknya la, kan, kakmim. Sebab lebih kurang juga barang-barang dia. Harga je, berbeza.
DeleteOkay baiklah, saya tak bagitahu Hafizan. Sesekali mak mak pun nak rasa makanan generasi sekarang kan. Saya tak pernah masuk lagi Cu ni. Sekarang dah banyak convenience store macam ni. Tak tahu dah nak masuk yang mana satu. hihi..
ReplyDeleteHehe.. iya la, orang tua pun teringin juga, makan.
DeleteBetul la, Fizah. Akak tengok mana yang takde ramai orang, itu la yang akak masuk. 😁
Hahahaha sesekali tak apa kak. Pasti ada cheating day kan 😄. Corn dog nih saya sukaaaaa. Apalagi makan saat masih panas. Kejunya muluuuur, sedap 😍👍
ReplyDeleteIya, enak kan, Fanny. 😋
DeleteRasanya CU Mart tak ada di LD. Kena balik Malaya dulu ni baru boleh jumpa.
ReplyDeleteNanti ada la tu, rezeki bila kak Amie balik Malaya, boleh jumpa CU Mart.
Delete