Tarikh: Khamis, 3 Julai 2025
Sudah 2-3 kali nak merajuk dengan kedai nasi kandar ni. Tapi, bila tak ada tempat nak dituju, kita teringat kat dia juga. Bukan apa, suka hati dia je. Ada sekali tu, kami pergi hari Sabtu. Hujung minggu, dia pi tutup kedai. Kempunan acik. Kalau ikut google, kedai ni tutup hari Selasa.
Tapi sekejap je la merajuk. Cari dia balik. Mana lagi? Restoran Nasi Kandar Pantai la, di Pantai Remis, Perak.
Nasib baik hari tu, dia buka. Orang pula tak berapa ramai. Cantik!
![]() |
Pinggan nasi kandar saya. |
Saya ambil lauk daging, telur masin dan bendi. Saja, nak cuba lauk daging pula. Sebelum-sebelum ni, kalau datang sini, biasanya saya ambil lauk ayam kandar atau ayam goreng atau lauk kambing.
Di sini, kari dia rasa special sikit. Tak sama dan tak pernah rasa macam di kedai nasi kandar lain.
![]() |
Pusing pinggan, mengadap daging dia pula. |
Saya, close-up sikit daging dia yang besar itu. Sedapnya... 😋 telan air liur saya, waktu taip entri ini. Nanti bila suami off kerja, nak ajak dia datang sini lagi la.
Itu je la, nak share. Pekena nasi kandaq sedap!
Jumpa lagi, ye. 💗
lama tak pekena nasi kandaq. tapi jenis tak minat kuah banjir sangat2
ReplyDeletesaya suka ambil lauk ayam goreng rempah. sedapp
Akak pun sama, suka kuah sikit je. Tapi kadang tak sempat nak cakap, laju je dia ceduk lauk sekali kuah, surrrr...
DeleteSedap tu, ayam goreng berempah. 😋
Iye laa... daging dia nampak besar juga.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera Tot.
Mekasih, kak Amie. 😊
Deletenampak lembut dagingnya tu kak tot. Uish terus lapar rasa tengok gambar tu hehehe
ReplyDeleteYa, SS, memang lembut dagingnya. Hehe.. sori.
DeleteAihhh tak baik tau tunjuk malam2 ni, termimpi2 lah dalam tidur nanti.
ReplyDeleteEsok-esok boleh cari. Hehe.. 😁
DeletePotongan dagingnya besar-besar, Mbak. Ada telur asin juga. Ah dijamin sedap...
ReplyDeleteSalam,
Alhamdulillah, sedap, Pak Asa.
DeleteTengah hari tadi pun saya pekena nasi kandar. Sedap tu..
ReplyDeleteWah... Sedap kan, Encik Fairus. 😋
DeleteLama sudah tak makan telur masin. Mengancam betul tengok.
ReplyDeleteHehe.. sila, sila, BK.
DeleteLawanya watermark dia...comel je..
ReplyDeleteLama tak makan nasi kandar...
Mekacih.
DeleteSila, sila, Linda.
Wah wah wah.. pekena nasi kandaq tak ajak ahahaha...
ReplyDeleteSy pun kalau makan nasi kandar mesti nak letak telur masin :)
Ala, PH pun, makan sedap kat Nas Bistro tu, terliur kita, tau. Hehe..
DeleteKann... macam makan nasi kerabu la, kena letak solok lada. Ahsudah, pi sebut nasi kerabu pulak.
Hari sabtu baru jer makan nasi kandar...x boleh selalu...biarla la lama2 sikit...baru rindu..haha...
ReplyDeleteSebulan sekali, ok ler.. (ye la tu) 🙈
DeleteYa Allah, kecur pagi ni tengok pinggan nasi kandar dia laaaa.
ReplyDeleteHehe... sila, sila, SK, ajak PI. 😁
Deletesedapnyaaa...terus rasa nak carik nasik kandaq
ReplyDeleteHehe... sila, sila, kakmieja.
DeleteKkita yang baca dan komen ni plak ikut terliur ha..eh...x leh..x leh...kita diet
ReplyDeleteBoleh makan, share dengan suami SA. Hehe...
Deletetak tahan kalau makan bau kari dia melekat kat tangan sebab tu kureng sikit tapi ayam goreng dia memang mantap
ReplyDeleteOh, kalau camtu, kena makan guna sudu la, kak. Hehe..
Deletebesar daging tu..biasa menu nasi kandar mmg suka ayam
ReplyDeleteAyam pun sedap. Saya je sesekali tukar selera.
DeleteAghhhhhhhhh saya rinduuuu nasi kandar 😍😍😍😍😍😄. Tak Sabaaar lah nih berangkat ke KL, mau puas2kan makan nasi kandar 😄😍
ReplyDeleteNanti ada lah tu, rejeki Fanny, makan nasi kandar di KL. Hehe..
DeleteNasi kandar sedap kerana kuahkan...saya memang jarang berpeluang makan begini kerana bukan hobi makan...hehehe
ReplyDeleteBetul, Encik Hanafi. Campuran kuah kari ikan, kari ayam, kari daging. Letak sikit-sikit. Kombinasi rasa semua kuah, meletup, dalam mulut. Hehe..
DeleteBagus la, bukan hobi makan. Jangan jadi macam saya. 😁
Fuh, sedap kaknur, sy pn x pernah ambik daging, selalunya mmg ayam goreng
ReplyDeleteMemang sedap, Kakmim. Sesekali, cuba daging.
DeleteAla.....kelaparan bila baca post ini di waktu malam. Bila ada rezeki ke Pantai Remis nanti boleh masukkan kedai ini dalam tempat makan untuk disiasat. Macam kena cari nasi kandar esok asbab post ini huhuhuhu
ReplyDeleteHehe... cari, jangan tak cari, KSarie.
DeleteTeringat pergi makan nasi kandar, ayam gorengnya digoreng panas-panas. Orang ramai datang makan tapi servis laju.
ReplyDeleteLama tidak makan nadi kandar.
Mesti sedap tu, NA. Ayam goreng panas-panas. Peh..
Deletetu dia....sebesar penumbuk dagingnya. selalu kedai potong kecik2 je
ReplyDeleteHehe.. kedai sini, daging kambing yang dipotong kecik-kecik. Daging lembu, bapak saiznya. Tapi, lembut.
DeleteLama dah tak pekena nasi kandar... Haishhh ngidam pulak hahahaha
ReplyDeleteSila, sila, Encik. Bahaya, dah mengidam tu. Hehe..
DeleteKita pulak yang terliur tengok nasi kandaq ni kak Nur. Tak jadi merajuk ek. Kang kalau merajuk tak dapat makan sedap. hihi...
ReplyDeleteHehe.. kalau merajuk, air liur meleleh malam-malam, Fizah. 😁
Delete