Monday, July 7, 2025

Richiamo Mart Kuala Kangsar

Tarikh: Ahad, 22 Jun 2025

Balik dari Pasar Terpanjang Kuala Kangsar, saya dan suami singgah Zus di pekan Kuala Kangsar. Biasa la, nak tapau kopi, jadi tak mengantuk dalam perjalanan balik rumah di Manjung

Di blok bangunan yang sama dengan Zus, tiba-tiba saya ternampak Richiamo Mart

Richiamo Mart, Kuala Kangsar
Richiamo Mart, Kuala Kangsar.

Wah... saya pun masuklah, nak check-it-out, tengok apa menarik, sebab di kawasan rumah saya, takde Richiamo Mart ni.

Tapi kan, saya ni, malu nak ambil gambar kedai di dalam. Sebabnya, orang ada di pelbagai sudut. Nanti, macam pelik pula orang tengok, kenapa saya ambil gambar dia orang, kan. Padahal kita nak snap pemandangan dalam kedai. 

Oleh itu, saya terangkan saja, ye.

Richiamo Mart ni, macam cafe campur kedai runcit. Boleh mengopi, dan beli pastries dia, dan minum dan makan di situ, sebab ada kerusi dan meja. 

Di samping itu, boleh juga beli barang-barang macam di kedai serbaneka 24 jam tu, semua ada. Air minuman, makanan, snek, barang keperluan asas, aiskrim, semua ada. 

Wow! Makanan panas ada pau, pelbagai jenis pastries, dan oden. Dimsum pun ada.

Ada aiskrim MokTi di dalam juga. Lepas beli, boleh duduk makan situ. Macam Family Mart

Ada frozen food juga, contohnya chicken pie. Tapi saya tak sempat nak explore, buka peti ais dia, sebab ada orang situ, dan telefon saya berbunyi, cakap kopi Zus yang saya order sudah ready untuk pick-up.

Bila Richiamo Mart nak buka di Manjung? 😁

Ok la. Itu saja nak share. Perut saya lapar, nak pergi makan tengahari. 

Jumpa lagi, ye. 💗

38 comments:

  1. Ha...kadang-kadang memang ada situasi yang buat kita segan ambil gambar kan. Kadang-kadang malas pun iya. Tak tau pun ada Richiamo Mart

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu, KSarie. Pertama kali jumpa.

      Delete
  2. Laaaa ingatkan order kat situ rupanya jenjalan cuci mata. Mesti ramai orang tu sebab tu sana orang sini orang sampaikan agaknya beratur orang nak beli kut. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Order kopi di Zus, kak, kedai hujung. Hehe... Boleh tahan ramai juga orang, dalam tu. Itu segan nak amik gambar.

      Delete
  3. Sy tak jumpa lagi Richiamo Mart. Seronok juga kalau konsepnya mcm FM tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, menarik la, PH, kedainya. Tak banyak lagi cawangannya, PH.

      Delete
  4. salam kenal blog secawan kopi...

    ReplyDelete
  5. Betul, segan nak ambil gambar kalau banyak orang. Nanti objek yang dirakam penuh aksesorinya hihihiii.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak lalu pekan Kuala Kangsar, semenjak WCE siap nie...terus je naik hgway balik Taiping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan, Linda. Akak lebih suka lalu jalan lama kadang-kadang tu. Kalau ikut highway, suami akak cepat mengantuk, takde benda menarik dia kata.

      Delete
    2. kitaorg nak cepat sampai je kak...sebab balik kampung kan..memang jimat lah masa nya..dulu takde hgway, lebih 3jam juga nak sampai, dari kg linda ke kg suami..nie dah siap, sejam setengah je...

      Delete
    3. Memang jimat masa tu. 👍

      Delete
  7. Wahhh ada richiamo mart ye? Saya baru tahu! Menarik jugak macam konsep family mart, boleh lepak2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, akak pun baru tahu, Mazni. Memang, boleh lepak-lepak la, sambil makan benda sedap. Hehe..

      Delete
  8. Tak pernah nampak lagi Richiamo Mart di JB ni. Kalau ada sy nak singgah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lagi, SK. Tak banyak lagi cawangannya.

      Delete
  9. Kat tempat saya tiada kedai nie...mana tahu saya boleh buka satu nanti hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... YRA. Insya-Allah, mana tahu, ada rezeki Encik Hanafi untuk buka kedai serbaneka sendiri, satu hari nanti. 🤲

      Delete
  10. Kalau macam FamilyMart, memang menarik lah kedainya.

    ReplyDelete
  11. First time tengok Richiamo Mart ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, saya pun. Bila nampak perkataan Richiamo, saya ingat cafe. Rupanya mart.

      Delete
  12. Ooo ada macam-macam ek dalam Richiamo Mart ni. Haritu celebrate birthday husband di Secret recipe tu, sebelah je Richiamo Martnya tapi tak rasa nak masuk dalam pula. Next time bolehlah singgah tengok apa yang menarik.

    Samalah kita kak, Rasa segan betul nak ambil gambar kalau ada ramai orang. Simpan je hasrat tu walau kadang rasa nak je ambil gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, Fizah.
      Kann... takut orang perasan kita amik dia, padahal kita amik gambar kedai atau background.

      Delete
  13. wahhh dah ada Richiamo Mart besnya!

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Haa... jauh, Wak. Sekali-sekala bila sampai sana, boleh la, Wak.

      Delete
  15. Jadi penasaran bagaimana bagian dalam Richiamo mart ini Mbak.
    Tapi banyak orang ya disana, jadi khawatir kalau difoto akan bermasalah.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Pak. Malu nak ambil gambar, ramai orang. Hehe..

      Delete
  16. Sekarang ni Richiamo ni dah semakin banyak kedai nya

    ReplyDelete
  17. Waaah makin luas bidang usaha richiamo ini ya.. ada mart pula. Tp saya belum coba kopinya. Kemarin tuh hanya sempat coba Zus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki datang Malaysia lagi, Fanny boleh cuba, ye.

      Delete
  18. Sini takde pula Richiamo Mart. Menarik dengar ada jual paj sejukbeku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Senang, masuk oven atau mocrowave je. Macam-macam lagi la, ada. Makanan frozen.

      Delete