Sunday, July 6, 2025

Suatu pagi di Pasar Terpanjang Kuala Kangsar

 Tarikh: Ahad, 22 Jun 2025

Tak tahu nak jalan ke mana pada pagi minggu. Tapi tujuan utama, jalan-jalan cari makan. Dari Manjung, masuk highway WCE, exit di Beruas. Kalau ikut Waze, dia suruh keluar exit Taiping dan masuk lebuhraya utara-selatan. Tapi, kami tak ikut Waze la. Pagi tu, kami nak jalan-jalan ikut jalan kampung. Tengok pokok-pokok hijau. Masuk pekan Manong, dan lalu simpang ke Air Terjun Ulu Kenas. Teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar, tapi tak masuk bandar. 

Tiba saja di pasar minggu, parking di ruang depan rumah kedai. Kami pun jalan-jalan dulu. Suami tuju ke gerai Nasi Kerabu Weekend yang lokasinya, bukan dalam pasar minggu, tapi tepi jalan hujung pasar minggu. Dia kata, risau kalau beli lewat, habis. Jadi, beli nasi kerabu dulu. 


Nasi kerabu Weekend di Kuala Kangsar
Sudah dapat, nasi kerabu ingin dicuba. Nasi Kerabu Weekend nama dia.

Yang saya bulatkan dalam gambar di bawah, adalah lokasi pasar minggu. Gerai nasi kerabu ini terletak di tepi jalan. Kami perasan warung ni, waktu kali terakhir datang ke pasar minggu ni tak lama dulu, tapi tak sempat beli, sebab sudah beli banyak makanan. Oleh itu, kali kedua kami datang ke pasar minggu ini, suami cakap, beli nasi kerabu dulu.

Lokasi pasar minggu terpanjang kuala kangsar
Lokasi pasar minggu atas bukit

Sudah dapat nasi kerabu yang dihajati, kami pun jalan semula ke pasar minggu, tengok apa yang menarik.

Suasana jalan-jalan di pasar minggu terpanjang Kuala Kangsar
Suasana jalan-jalan di pasar minggu

Macam-macam ada, buah-buahan, ikan dan hasil laut dan sungai yang segar, barang-barang mentah dapur seperti bawang, cili, sayuran, dan sebagainya, makanan yang pelbagai seperti nasi lemak, kuih-muih, goreng-gorengan kuali besar, macam-macam makanan la, pakaian, tudung, kerepek, pokok-pokok tanaman, dan banyak lagi.

Ikan belanak masam, dijual di Pasar Minggu Terpanjang Kuala Kangsar
Ikan belanak masam, RM5 satu paket

Saya tertarik untuk cuba ikan belanak masam, jadi saya pun beli satu paket. Sudah cuba goreng seekor, buat lauk tambahan. Bahaya, ikan ni. Tambah selera makan nasi. 😋 Rasa macam ikan masin juga, tapi tak berapa masin, nak kata masam, tak masam sangat.


Nasi Kandar Tok Wan, Kuala Kangsar
Nasi Kandar Tok Wan, Kuala Kangsar.

Jalan punya jalan, boleh nampak ada kedai Nasi Kandar Tok Wan. Uit, camana boleh tak perasan, ada kedai nasi kandar ni, last time kita datang? Oh, last kami datang, waktu tu, masih musim cuti raya haji, jadi boleh jadi kedai tutup sebab cuti raya.


Kiosk bergerak jual jeruk madu pak Ali di Pasar minggu Terpanjang, Kuala Kangsar
Ada lori jual produk Jeruk Madu Pak Ali

Menarik tengok lori atau kiosk bergerak ni. Tapi saya tak masuk. Ambil gambar saja.

Kami beli sikit barang keperluan, hantar barang ke kereta, kemudian suami ajak makan di restoran Nasi Kandar Tok Wan, yang kami lalu tadi. Walau pun sudah beli nasi kerabu. Dia kata, nasi kerabu boleh buat makan tengahari. Nasi kandar ni, buat sarapan. Yah... itulah suamiku, peminat tegar nasi kandaq! Pantang nampak, mesti nak dicuba. 


Dalam Restoran Nasi Kandar Tok Wan
Dalam restoran Nasi Kandar Tok Wan

Ada orang, tapi tak ramai. Cantik. Kami pun ambil nasi dan duduk di meja di hadapan restoran, jadi boleh nampak orang ramai lalu lalang di pasar minggu. Hehe..


Nasi kandar makan di Restoran Nasi Kandar Tok Wan, Kuala Kangsar
Pinggan nasi kandar suami

Nasi kandar lauk ayam bawang dan bendi, makan di Restoran Nasi Kandar Tok Wan, Kuala Kangsar.
Pinggan nasi kandar saya

Nasi dia warna kuning. Saya minta nasi separuh. Sayur bendi. Lauk ayam bawang. Boleh tahan, sedap. 😋

Jarak jalan-jalan di Pasar Minggu Terpanjang Kuala Kangsar
Hasil jalan-jalan di Pasar Terpanjang Kuala Kangsar

Inilah, jumlah jarak saya berjalan pada pagi itu. 

Jarak: 2.49 kilometer

Masa: 1 jam 30 minit

Kalori terbakar: 319

Masa pertama kali kami datang ke pasar minggu terpanjang ni, saya ada banyak beli baju dan tudung. Kali ni, saya banyak beli barang dapur, seperti bawang, kentang, dan ikan belanak masam di atas. Yang lain-lain, makanan tengahari kami dan anak-anak, boleh buat makan satu hari, sampai ke malam. Tak perlu keluar dah. Hehe... sana boleh jumpa makanan yang tak ada di pasar malam dekat rumah. Mana yang lain, kami beli, nak cuba rasa. Antara yang sedap, wantan ketam ball. Makan sambil dalam perjalanan balik rumah, sekejap je habis. Sebab sedap.

Alhamdulillah. Seronok jamu mata tengok barang dan orang. 

Jumpa lagi, ye. 💗

50 comments:

  1. nasib baik rasa ikan tu tak masam kak, masuk spital nanti. ikannya makan goreng kosong gitu jela kan
    saya kalau makan nasi kandar pun tak berapa suka kuah banjir. cukuplah simbah sikit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Mazni. Macam goreng ikan masin.
      Sama la kita. Kalau banjir, takut kuahnya pedas. Baik amik kuah sikit je.

      Delete
  2. Saya suka sangat kalau dapat jalan-jalan ke pasar. Macam-macam dapat dilihat.
    Ikan belanak memang sedap kalau digoreng. Ikan belanak masam lagilah menambah selera kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul.
      Ye, kak. Rasa kalau bulan puasa, goreng waktu sahur, memang ngam.

      Delete
  3. Macam mana ye tengok orang lain makan sekali macam macam lauk nya.... Perhhhh penuh pulak 1 pinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. orang tu mesti bawa cash banyak. Sebab ambil banyak lauk. 😁

      Delete
  4. wah asek sekali bisa kulineran
    Pasar yang tertib
    Hari yang menyenangkan

    ReplyDelete
  5. Bestnya jalan² ke pasar minggu dapat tengok macam². Agaknya gerai nasi kerabu tu meniaga hujung minggu aje agaknya, tu nama NK weekend. Nasi Kandar Tok Wan tu nasi kandar melayu ke, sebab nama Tok Wan, heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SK, memang dia buka sabtu dan Ahad saja. Hehe..
      Ha ah, nasi kandar melayu. Jarang jumpa nasi kandar melayu sini, SK. Itu yang suami terus ajak test.

      Delete
  6. OOoohhhh... Ikan belanak.... (buat-buat tahu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya pun tak tahu, uncle. Baru first time beli, nak mencoba.

      Delete
  7. Best la tengok Nur jenjalan pasar minggu..semua ada..belanak masam.tu SA suka..sedappp..tapi bahaya la...

    ReplyDelete
  8. Ikan belanak masam tu favorite arwah Mak Sy Nur... Makan dgn pulut gaul kelapa parut dgn ikan ni pun sedap.
    Dulu Sy pernah pergi Kem Bina Negara dekat Ulu Kenas :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke... wah... macam ikan masin bulu ayam la ye, sedap juga makan dengan pulut dan kelapa.
      Ha? Serius la? Wah... saya pergi Ulu Kenas, mandi air terojun je. Itu pun, lama dah tak pergi.

      Delete
  9. Lamanya tak ke kuale. Dulu selalu ke sana masa opah husband masih ada. Makcik husb selalu bagi ikan belanak tu. Dia dik tepeng.

    ReplyDelete
  10. Menarik tengok kiosk bergerak jeruk Pak Ali tu.
    Seronok jalan-jalan pasar banyak gerai gini, dapat tengok macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Ujie. Jamu mata tengok macam-macam ada.

      Delete
  11. wah semangat sekali untuk membakar kalori
    saya juga ingin berolahraga dengan jalan kaki
    tapi kalah sama rasa malasnya,
    akhirnya minggu pagi hanya rebahan depan tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ini lebih kurang jalan di shopping complex. Tak terasa letihnya. Sebab mata dapat tengok macam-macam barang menarik.

      Delete
  12. Satu terapi dapat jalan-jalan di pasar panjang macam ni. Macam-macam ada. Jeruk madu Pak Ali sampai Kiosk bergerak pun ada ek. Terbang tinggi Jeruk Madu Pak Ali. Peminat nasi kandaq kalah terus ye nampak nasi kandaq, padahal dah beli nasi kerabu. hihi..okaylah tu makanan boleh membawa sampai makan malam. Dapatlah rehat memasak sehari. Ikan belanak masam tu pertama kali tahu kewujudan. Dia macam ikan masin tapi tak masin sangat tu okaylah. Masin sangat pun tak boleh jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, Fizah, akak pun pertama kali nampak kiosk bergerak Jeruk Madu Pak Ali tu. Transparent dinding lori. Jadi jakun kejap. Lain kali kot Fizah ternampak, boleh cuba ikan belanak masam tu. Sedap buat penambah selera, lagi-lagi di bulan puasa.

      Delete
  13. Lama dah tak ke pasar malam or pasar tani. Plan asal hari Sabtu lepas nak ke pasar malam tp tiba2 kakak ipar call i bg ingatkan adiknya tentang majlis kahwin dirumah sepupu. Huhuhu terus tak kadi ke pasar malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila free, boleh la Ammi pergi. Saya pun jarang sudah ke pasar malam. Sebab petang sini, panas. Pasar minggu waktu pagi, boleh tahan lagi.

      Delete
  14. mana2 pun ada nasi kandar sekarang ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la. Tapi di kawasan rumah saya, tak de nasi kandar melayu. Mamak punya, tak besh. Hehe..

      Delete
  15. rambang mata....kalau kak mieja ni semua rasa nak borong hehheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun sama, kak. Penuh tangan dua-dua, itu yang kena hantar barang belian dulu di kereta, baru pi makan. Hehe...

      Delete
  16. Macam-macam ada ni. Kalau KSarie udah pengsan menjinjit beg plastik sebab akan terpesona dengan banyak benda yang dijual😅Ikan belanak masam tuh tampak seperti salah satu yang patut dibeli ye. Nasi Kandar Tok Wan tuh bikin lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Mungkin lain kali datang kena bawak troli tarik yang makcik-makcik selalu bawak tu. Baru tak sakit tangan. Hehe..
      Iya la. Sebab sini, tak jumpa ikan belanak masam. Macam ikan pekasam juga la. Kat Kuala, segar-segar baru buat.

      Delete
  17. Waduh my peberet ni. Kalau boleh jalan dari hujung sini sampai hujung sana tenguk apa yang ada. Selalunya masakan atau kuih yang jarang di jumpa. Tapi masalahnya peberet makan pun banyak juga. Camno tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal, kak. Beli semua yang kita jarang jumpa, boleh buat makan anak-beranak, satu hari, sampai ke malam. Hehe..

      Delete
  18. Jauh dia p pasar malam...banyak dah tempat menarik dekat Kuala Kangsar nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..pasar minggu... Kikiki...

      Delete
    2. Bila suami akak off, dapat peluang ronda jauh sikit, Linda. Itu pun, dia ajak makan ikan patin tempoyak tepi sungai tu pula, kat pekan Kuale. Aduh, tak sedor diri, baru lepas pekena nasi kandaq. Entah bila perut nak kempis, tak tau la. Ingat nak melantak je kerjanya.

      Delete
  19. Saya kalau masuk pasar minggu, tak tahu nak beli apa. Banyak pilihan sampai apa yang dah plan nak beli sebelum datang, tetiba lupa. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Kalau gitu, beli yang dah plan je la. Kena fokus, BK. You can do it! 💪

      Delete
  20. Syurga untuk mereka yang bershopping dengan cara sederhana...dalam yang sama untuk membantu golongan usahawan tempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Encik Hanafi. Dapat juga membantu tingkatkan ekonomi peniaga kecil.

      Delete
  21. Lama tak KK. Singgah makan laksa dengan cendol je masa 3 tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tu, Mulan. Saya yang selalu pergi ni pun, dah bertahun tak makan laksa kuala.

      Delete
  22. Ikan yang tak hiraukan emak bapaknya, asyik bela anak aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke. Saya baru tahu ni, bila Wak cakap.

      Delete
  23. Mbak, itu disebut pasar minggu apakah pasar itu hanya di akhir minggu saja?
    Ah ini ada lagi yang membuat penasaran, nasi kandar. Kalau nasinya berwarna kuning, disini namanya nasi kuning atau nasi uduk. APakah itu ya nasi kandar?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Pak Asa. Hujung minggu, iaitu hari Ahad sahaja.
      Nasi kandar tu, asalnya, dari Pulau Pinang, pak. Perkataan kandar itu merujuk kepada cara hidangan nasi ini dahulu, di mana penjaja akan menjinjing (mengandar) galah dengan dua bekas nasi di bahu.

      Delete
  24. Sekarang ini susah untuk jumpa pasar panjang yang meriah dengan macam-macam lepas Covid di tempat saya.
    Lega di Perak masih ada sambutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. ye ke..
      Ye, sini masih ramai. In fact, kena datang awal. Kalau lewat, dalam pukul 9 pagi, makin ramai pula orang.

      Delete