Friday, July 11, 2025

Sudah jumpa!

 Semalam, Khamis, 10 Julai 2025, sudah jumpa Gardenia Quick Bites perisa durian ni. 😁

Jumpa dalam 7-Eleven. Suami saya tolong carikan. Saya rajin makan je. 

Tapi, selama saya pergi ke pasaraya dan kedai runcit, saya memang tak pernah jumpa lagi, perisa strawberi atau durian.

Ceritanya, semalam waktu tawaf pekan Lumut, suami saya perasan, dia kata, ada lori Gardenia depan 7-Eleven. Tapi, kami tak berhenti waktu tu. Pergi pasar dulu, beli barang basah. Pergi kedai Ayam Ori dulu, beli ayam seekor. Pergi kedai Cosmos dulu, beli telur 2 papan, barulah pergi Lumut lagi sekali.

Ha ah, kami memang rajin tawaf pekan Lumut tu. Kat sini, mana lagi tempat nak pergi. Situ je la, yang dekat. Jalan-jalan naik kereta, sambil boleh nampak view laut.


Roti Gardenia Quick Bites perisa durian
Roti Gardenia Quick Bites perisa Durian.

Minta maaf la, suami saya belikan sampai 3. Walaupun dia tak bawa shopping bag, dan dia kena bawa 5 ketul roti ni guna tangan je. 

Selain 3 biji perisa durian, suami beli juga perisa jagung untuk Sulaiman, dan perisa vanila untuk Hafizan.

Saya tanya suami, dah dia beli sampai 3, ada banyak lagi tak di rak 7-Eleven, perisa durian yang tinggal? 

Dia kata, banyak lagi, adalah lebih 15 biji. Yang ni, dia sembang dengan pekerja 7-Eleven tu, pekerja tu pun kata kali ni, orang Gardenia letak banyak. Agaknya, deme dah tahu yang perisa durian ni, jadi rebutan dan selalu cepat habis.


Roti gardenia Quick Bites perisa durian
Saya belah dua roti 

Roti dia lembut dan gebu. Ye la kan, roti baru. Warnanya slightly hijau, macam ada pandan

Siapa pernah cuba yang perisa pandan gula melaka? Ha, roti dia hijau macam roti tu. Tengok bila belah roti, macam sikit je inti durian tu. Tapi, ok la. Mencukupi.

Saya menikmati seketul roti gardenia quick bites perisa durian ini, bersama secawan americano kosong panas. Alhamdulillah. Sedap. 

Sebab lepas tu, sendawa, ada rasa durian. 🙈

Harga roti ni, ialah RM1.20. Kome perasan tak, harga dia lain-lain? Yang biasa ni, standard, RM1.20. Tapi perisa black forest, karamel masin, coklat kacang hazel dan pandan gula melaka, harganya RM1.70? 

Ha, 4 perisa yang saya sebut tadi tu, adalah Quick Bites Gold, itulah harga dia lain. 

Ok, sekarang kita cari yang perisa strawberi pula. Hehe..

Jumpa lagi, ye. 💗

38 comments:

  1. Anak cerita hari tu ada perisa baru durian. Tapi belum ada nampak di lipis ni. Belum sampai agaknya tempat kecil2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. ye ke. Kalau ada lori Gardenia, ada la tu nanti, masuk kedai.

      Delete
  2. Sekali dapat, 3 terus dibelinya. Perisa durian yang tengah terlajak laris susah nak dapat di pasaran sekarang. Rezeki akaklah dapat 3 sekaligus. Pandai dorang buat marketing masa tengah musim durian ni. A'ah quick Bites Gold series ni memang mahal sikit sebab premium gold tu. Mostly yang gold ni agak manis juga bagi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. Akak pun sesekali je beli. Bila lapar, at least ada benda nak lapik perut.

      Delete
  3. Ha perasan beza harga tu. Apsal yg itu mahal? Sbb si bongsu tu suka yg ada coklat hazel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Special sikit, yang Gold series tu, gamaknya, Ammi.

      Delete
  4. roti gardenia premium ni kadang susah nak dapat. Akak lebih suka Puazz sambal bilis dengan kari ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke. Roti sambal bilis tu, dah makin pedas, ye kak.

      Delete
  5. Viral ek roti ni..merata2 org berebut beli...saya x beli sebab x makan durian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... perisa strawberi dia pun sedap, Sueann. Hehe..

      Delete
  6. ahahhh Ana blm dpt jumpa lagi yang perisa durian.. baru jumpa yg strawberry & pandan gula melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun baru jumpa yang strawberry. 😊

      Delete
  7. Eh eh.. memang kombinasi yang best tu, roti durian dgn americano. Durian dia rasa sedap ke, rasa durian sebenar atau rasa serawa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa durian sebenar. Macam hokkaido cheese tart yang perisa durian tu. Lebih kurang. Hehe..

      Delete
  8. bestnya.....ini roti luar biasa, dekat sini tk dak jual uhuk

    ReplyDelete
  9. tk jmpa lg yg perisa durian...ada la tgk org share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, mama tisya, jarang jumpa di kedai. Ni pun, nasib baik sebab lori gardenia baru hantar.

      Delete
  10. Alhamdulillah, syukur nikmat..dapat bayangkan rasanya mesti ada rasa durian..

    ReplyDelete
  11. sy x makan durian tp boleh je makan roti perisa durian ni nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Abe Kie. Bila lapar, boleh juga lapik perut.

      Delete
  12. linda tak jumpa lagi perisa yang baru2 nie..takde rase nak hunting, jadi takdelah mencari...tapi, kalau terjumpa, beli juga la..nk rasa2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Linda. Akak pun terjangkit juga, sebab perisa jarang keluar.

      Delete
  13. Saya suka durian, pasti saya akan suka juga dengan roti rasa durian ini Mbak.
    Melihat fotonya saja sudah terbayang sedapnya roti ini.

    Salam,

    ReplyDelete
  14. Tahniah! Saya baru lepas makan. Sedap jugak.

    ReplyDelete
  15. Hehe saya tengah sakan makan durian segar. Mungkin kena tunggu apabila lama tidak makan durian baru boleh beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la NA.. dapat makan durian segar hasil kebun famili dan sendiri. 😍👍

      Delete
  16. Tengah viral roti ni dekat ofis KSarie sekarang. Ramai yang dok update status makan roti ni. Nak kena buat siasatan nampak gayanya ni

    ReplyDelete
  17. rasa duriannya kuat jugaklah kan sampaikan sendawa pun boleh berbau durian?
    selalu kalau benda2 camni rasa macam krim kosong je, lagi2 makanan harga murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Sekali je la, sendawa rasa durian. Lepas tu, dah tak, Mazni. Hehe..
      Ok, roti gardenia durian ni, Mazni. Cer try sendiri.

      Delete
  18. Aiiiih, saya pasti cari di KL nantiiii ❤️😍😍😍. Saya ingat dulu zaman kuliah di Penang, pastiii selalu beli roti Gardenia . Utk cemilan di kamar 😄. Memang sukaaa dari dulu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fanny. Roti ni paling senang dibeli, bila lapar saja, boleh lapik perut.

      Delete
  19. tudiaaa...sekali 3 dibelinya...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ater.. udah benda kita jarang jumpa, angkutlah lebih. 😁

      Delete