Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025
Saya keluarkan entri satu persatu, dari draft, mengikut tarikh ia berlaku. Jadi, blog ini memaparkan cerita yang dah lepas atau throwback. Tidak terkini. Minta maaf, ye. Mungkin saya perlu update lebih dari satu entri, jadi cepat sikit sampai ke cerita terkini. Entah, tengok ler.
Berikut adalah gambar sarapan pada hari tersebut. Dua hidangan tak habis dalam peti ais dipanaskan, dan dua hidangan baru disediakan.
![]() |
Spagetti goreng, roti ban keju tinggal separuh dari semalam, kuetiau goreng semalam dan salad telur rebus. |
Tapi, tidaklah lama, kerana tangan saya rasa gatal nak mengait. Lalu saya sambung projek kait sudah berapa tahun tak siap-siap, iaitu projek granny square.
![]() |
Progress terkini granny square |
Saya habiskan loop paling luar, warna kelabu. Sudah besar. Tapi belum cukup besar. Kita teruskan lagi la.
![]() |
Close-up, siapkan yang warna kelabu, loop paling luar. |
Wow..Cantik..Ni kalau tunjuk dkt che mek ni mesti dia suka =)
ReplyDeleteTerima kasih, Nieza. Cer suruh Che Mek buat granny square. Mesti cepat siap, sebab orang muda buat kerja laju. 😁
Deleterajinnya...
ReplyDeleteSuka, kak. 😊
DeleteTeringat blogger 'kait dan lari'
ReplyDeleteHeheheh
DeleteSaya la blogger kait dan lari, Wak.
Deletehttps://hiduptot.blogspot.com/2025/01/tot-adalah-nur.html
Boleh je bila nak update pun blog kita. Hihi
ReplyDeleteHehe.. betul juga tu.
DeleteSaya pun takdelah update terkini kak Nur. Ada cerita adalah, tak ada cerita kita senyap kejap cari ilham. Hari Ahad hari santai untuk bersenang lenang. Tapi dah biasa buat kerja, rasa tak best pulak rehat lama-lama kan. Mana yang ada kita panaskan, baru tak membazir.
ReplyDeleteSlowly but surely Kak Nur, mata dah kena jaga juga tu. Lama-lama nanti siaplah tu. Yang tepi² tu panggil tali air kan. Dulu pernah mengait pattern macam ni buat alas tv, bentuk segitiga macam segugus anggur.
Belum siap lagi dah cantik, dah siap nanti apatah lagi.
Betul, Fizah, tali air namanya. Wah, mesti cantik. Kalau masih ada, share la di blog, nak tengok juga. 😊
DeleteTerima kasih, Fizah.
Entah mana perginya kak Nur. Lama sudah berlalu. Rumah kampung pun dah renovate dulu, jadi tak tahu mana pergi. Yang saya ingat tu je lah, bentuk anggur warna ungu.
DeleteOh ye ke... takpe la. Sudah MIA projek kait lama ya. 😊
DeleteUpdate blog any time, tak apa buat yang lebih penting ..happy nampak blog ni..header cantik..nampak header rasa nak minum kopi..terbaik dah ni ya
ReplyDeleteBaik, Encik.
DeleteTerima kasih, Encik. Alhamdulillah.
Terima kasih ya bloglist kan blog PE..sungguh hargainya
ReplyDeleteSama-sama, Encik. 😊
DeletePernah mengait dulu buat chair back. Sekarang emmm jarum entah kemana benang entah ke mana. hehehe
ReplyDeleteWah! Buat chair back. Mesti cantik.
DeleteLawa la Nur. Makanan yg dihidang pun sedap, bagus panaskan, kalau tak panaskan nanti lama² berkulat dalam esbox, hehehe.
ReplyDeleteMekasih, SK. Hehe.. itu la, saya suka habiskan dulu makanan dalam peti ais, baru masak benda baru.
DeleteTu la tu.... Mengait ni perlukan kesabaran tahap perdana kan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBetul sangat, uncle.
DeleteWah dah start enjin mengait semula ke Nur?
ReplyDeleteUmur² kita ni mata cepat letih kan...
Tangan gatal, PH. Itu la.
DeleteJadi la, setakat lepas gian.
Granny square cantiknya...
ReplyDeleteMekasih, Mulan. Alhamdulillah.. pelan-pelan kayuh.
DeleteOtulah sayapun tinggal sorangpun akan panas makanan dalam peti sejuk sampai habis baru masak baru. Seronok tengok peti sejuk lapang ruangnya.
ReplyDeleteTakpelah buat perlahan-lahan granny square itu.
Kan, NA. Tiada pembaziran.
DeleteBaik. Insya-Allah, saya cuba.
Cantik la tu Nur...eh..dia besar tu ke atau besar lagi tu
ReplyDeleteMekasih, SA.
DeleteSaya nak besarkan lagi, granny square tu. Nak bagi cover atas sofa. Hehe..
Cantiknya kak...takpelah.. makan tahun pun,janji siap..
ReplyDeleteMekasih, Linda. Itu la, slow-slow akak buat bila free.
Deletetkpe tk update ikut terkini...kita byk entry dlm draf makan tahun juga kdg2 save dlu lps tu tk sempat nk update...later2 pn bole..janji ada kenangan
ReplyDeleteMakan tahun ye, mama tisya. Aduh... ye la, ikut mana kesempatan waktu yang ada, kan. Boleh update, kita update. Kalu busy, esok lusa la.
DeleteCantiknya kait granny square tu. Dia kira kita update blog ikut apa yang kita hendak cerita dan mood begitu ye. Kadang-kadang ada perkara yang tidak rasa hendak dikongsikan 5 tahun lepas. Tetapi eh tahun ini hendak dicoretkan di dalam blog pula. Konsepnya apa yang terlintas kita tulis ye. Semoga terus semangat menulis ye💪💪💪
ReplyDeleteMekasih, KSarie. Ye, akan cuba update blog setiap hari. Insya-Allah. Marilah kita berusaha. Huhu...
DeleteUnik kaitannya. Macam bergerak-gerak petak-petak tu.
ReplyDeleteHehe.. itulah uniknya granny square ni. Tapi nak menyiapkannya, jenuh..
DeletePelakon Kajol pun suka mengait.
ReplyDeleteOh ye ke.. info yang menarik. Thank you for sharing, kak. 😊
DeleteIsssh, saya pun apa kurang. Kalo posting tulisan pasti tulisan lamaaaa semua 🤣🤣🤣. Memang tak bisa update langsung. Butuh mood kadang 😅.
ReplyDeleteBaguuuus sangaaat kak. Rapiii pula. 😍😍😍👍
Hehe... sebab kurang update, jadi cerita pun sudah lama berlalu ya, Fanny.
DeleteTerima kasih, Fanny. 🤗