Tarikh: Selasa, 15 Julai 2025
Pada hari itu, saya dan suami baru saja balik dari Pasar Pagi Selasa Kampung Gajah, Perak. Kami masih belum sarapan. Suami mencadangkan saya cari mana tempat mengopi terdekat. White House Coffee (WHC) ini termasuk dalam senarai pencarian 'kopi near me'.
Ini pertama kali kami cuba tempat ini. Sebagaimana namanya, White House, bermaksud Rumah Putih. Memang tak akan miss, sebab lokasi di tepi jalan sahaja, dari Kampung Gajah ke Tanjung Tualang. Atas sikit dari MRSM Pasir Salak.
![]() |
| Ada tempat duduk di luar siap berpayung. |
Mula-mula kami duduk di luar. Ada QR Code yang boleh di scan untuk paparan menu dan buat pesanan. Tapi ada kelainan antara menu online dan menu yang dipapar pada banner, jadi saya masuk dalam sajalah, untuk buat pesanan. Lagi pun, kami berdua saja pelanggan pada waktu itu.
![]() |
| Papan tanda White House Coffee, yang diletak di tepi jalan. |
Saya tanya adik yang di kaunter, boleh ke buat pesanan di dalam. Adik tu cakap, boleh je pesan di kaunter, tak perlu scan QR Code. Lepas buat pesanan, saya keluar semula, ambil beberapa gambar di luar cafe. Haruslah tinjau-tinjau dulu, apa yang ada di luar.
![]() |
| Ada tempat mengopi di dalam khemah juga. |
Khemah yang dekat tu, tempat mengopi. Dua khemah di belakang adalah surau, yang di tengah surau lelaki, khemah di belakang, surau perempuan. Nice!
Kipas besar pun ada, bagi yang memilih untuk mengopi di luar.
Kami masuk dalam la. Sebab tadi masa saya pesan di kaunter dalam, saya perasan, bahagian dalam kedai ada meja juga, dan ada aircond. Hehe...
![]() |
| Kaunter pesanan dan kabinet display kek dan pastries. |
Ada beberapa meja dan kerusi. Juga, ada tempat duduk berupa sofa juga.
![]() |
| Latte ais untuk suami dan americano panas untuk saya. |
Kedua-duanya kopi kosong, tanpa gula. Dalam gambar di atas, ada kelihatan plastik. Dalam plastik tu, ada baki keropok lekor, beli di pasar pagi sebelum itu, di Kampung Gajah.
![]() |
| Suami pesan nasi lemak biasa. |
Nasi lemak dia ada telur rebus separuh dan keropok.
![]() |
| Saya pesan set roti bakar. |
Roti bakar disapu butter dan kaya. Dalam menu dia, Roti Bako. Ye la, orang Perak, ye dak.. hehe..
![]() |
| Saya turut memesan Telor Gegor. |
Telur separuh masak ler..
![]() |
| Juga set popia carbonara |
Alhamdulillah, sedap semuanya. 😋
![]() |
| Jumlah harga sarapan RM31.20 |











38 Ulasan
Macam best mengopi di White House Coffee ni. Ada banyak pilihan tempat duduk di luar atau di dalam. Kalau ada aircond saya memilih duduk di dalam macam Kak Nur. Bagus juga ada kemudahan surau tu. Nasi lemak dia nampak menyelerakan. Ada banyak pilihan menu tu bagus juga, boleh apa yang berselera makan masa tu. Seronok pergi kalau tak ada pelanggan lain, dapatlah ambil gambar lebih sikit kan kak Nur.
BalasPadamItu la, sejuk sikit, bila ada aircond. Lagi-lagi, akak order kopi panas. Karang berpeluh. Hehe.. betul, Fizah. Macam pelancong pula, ambil gambar sana sini.
PadamRoti bako sama sebutan dengan Johor tapi telur gegor tak, hihi. Banyak menunya, kalau sy pun suka makan di ruang berhawa dingin. Rajin Tot dan suami mengopi lepas balik jalan².
BalasPadamHehe.. ha ah. Time suami off day je, boleh nyongket, SK.
Padamterliur tgk telur gegor tu...dua2 kopi tanpa gula..fuh pahit hehe
BalasPadamDah biasa minum kopi takde gula, mama tisya. 😊
Padamsemua sedap....popia makan panas-panas sedap
BalasPadamBetul, betul!
Padambanyak pilihan menunya...
BalasPadamBetul, kak.
PadamNak menyelit menyudu telur gegor dan makan popia tu...sedapnya!
BalasPadamMeh, meh.. kak. Tak cukup, boleh tambah order. 😁
PadamAduhai tertengok malam2 ni terus terliur sedap pulak nampak nasi lemak, roti bako & telur tu. Kenyang perut makan sarapan gini. Minum pulak kopi. Memang best mengopi kat situ.
BalasPadamBetul, betul! Ye. Syedap, Cie. Alhamdulillah.
Padamtelur gegor tu peberet.
BalasPadamOh, ye ke... 😋
Padamlama jugak waktu operasinya dari 7 pagi sampai 11 malam. port mengopi best ni!
BalasPadamkalau makan roti bakar, haruslah ada telur separuh masak
Ha ah. Akak rujuk di google, masa operasinya.
PadamBetul, betul!
Ada kawan Haji tilam sebelah di Batu Gajah. Best nampak WHC ni. Telur gegor tu pun, geram je.
BalasPadamHa, boleh la jalan sini, jumpa kawan Haji tilam sebelah. 😊
PadamBaru tau nama lainnya telur gegor hehe...
BalasPadamHehe..
PadamIngatkan kat white house kat amerika nun... hehehhee
BalasPadamHehe.. white house Kampung Gajah je, uncle.
PadamBukan setakat sedap tetapi harga juga amat berpatutan dengan kos hidup sekarang
BalasPadamYe, betul, Encik.
PadamPertama kali datang makanan sedap.
BalasPadamUnik surau buat dalam khemah.
Alhamdulillah, NA.
PadamKhemah sekarang tinggi. Boleh berdiri tegak dalam tu.
tempat selesa dan indah... makanan pun harga marhain... kena masuk wishlist kalau ke sana :D
BalasPadamYe, Encik. Banyak pilihan makanan juga, untuk orang tua dan anak-anak.
Padammenarik ada khemah...telur gegor nmpk sopan sikit drpd telur g*y*ng...
BalasPadamHa ah, betul, betul! 😁
Padamseronok Nur selalu ke Pasar Sabtu, pasar Selasa...next kalau pi lagi share la suasana kat situ, gambar2 ikan ke apa2 je yang ada...
BalasPadamBaiklah, SA. Saya cuba, ye. Mekasih, bagi cadangan.
PadamKalau yg telur setengah matang, dah pasti fav suami. Saya tak akan sentuh Krn tak suka kuning telur masih cair 😅. Tapi nasi lemak tuh dah pastilah yg pertama saya cariiiii 😍😍😍😍. Nampak sedaap
BalasPadamBegitu...
PadamNasi lemak dia sedap, Fanny. Sambal cukup rasa. Alhamdulillah.
Nampaknya bertambah lagi senarai cafe untuk disiasat😅Asal blogwalking ke blog Tot mesti akan terjebak dengan senarai cafe yang comel-comel. Kalau KSarie sure dah makan nasi lemak lalu lepas habis makan menyesal terkenangkan kolesterolku yang udah overload😅
BalasPadamHehe.. KSarie, sama kita. Kolesterol saya pun udah over limit. Huhu... saya baru tahu ni. Syedih juga.
Padam