Morning walk luar daerah - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, August 29, 2025

Morning walk luar daerah

 Tarikh: Isnin, 4 Ogos 2025.

Ke mana kita jalan-jalan? Keluar daerah Manjung, masuk daerah Perak Tengah. Ke Taman UTP (Universiti Teknologi Petronas) kita. 😊

Yeah... hidup mesti happy. Lupakan segala masalah. Percaya dengan rezeki yang Allah sudah tentukan. Kita cuba yang terbaik, jaga diri dan keluarga. Hidup mesti dinikmati. I choose to be happy. 😁

Jalan pagi di Taman UTP, Tronoh.
Jom, morning walk!

Cuaca mendung. Kurang panas. Jadi, boleh lah jalan santai-santai makan angin. Lepas tu, keluar angin bawah. Datang hari orang bekerja, sampai pun agak lewat, jadi orang tak berapa ramai.

Nak ambil gambar la dengan dinasour baik. 

Brachiosaurus di Taman UTP, Tronoh
Hello Brachiosaurus yang tinggi lampai

Dinasour ni baik, sebab dia makan daun dan tumbuhan je, tak makan manusia. Hehe.. dinasour vegetarian

Air minum tak bawa. Singgah water cooler, minum air sat.

Water cooler di Taman Tasik UTP, Tronoh.
Ada sebiji water cooler di Kayak House, Taman Tasik UTP.

Pemandangan dinasour di balik pokok di Taman UTP, Tronoh.
Duduk sekejap, tengok pemandangan dinasour di balik pokok.

Pergi tandas stesen minyak masa pusingan terakhir. Berjalan je. Stesen minyak terletak di sebelah je taman UTP ni. Saya tak sedar jam mati bila. Tengok-tengok, jam sudah blank. Masa mula jalan, masih ada 1 bar. 

Data aktiviti berjalan dari aplikasi garmin connect
Ini je yang jam sempat simpan data, sebelum ia mati tak dak bateri.

Sempat rekod 1 jam berjalan, sejauh 3.89 kilometer. Alhamdulillah. 

Sekian cerita jalan pagi pada 4 Ogos yang lalu.

Hari ni, hari Jumaat, kome. Hujung minggu panjang, sempena cuti Hari Kemerdekaan negara kita. Ada yang balik kampung ke tu? Ke, sudah sampai ke tempat percutian? 
Semoga selamat ye, hati-hati di jalanraya, dan selamat bercuti. 

Jumpa lagi, ye. 💗

29 comments:

  1. Syoknya kak Nur dapat beriadah di sini. Sesekali keluar dari tempat biasa kan. Menarik betul ada dinosaur banyak kat sini. Boleh buat bergambar bersama kan.
    Selamat Hari Merdeka dan selamat bercuti juga Kak Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fizah. Ha ah, seronok juga, dapat tengok dinasour.
      Selamat bercuti untuk hujung minggu ni pula ya, Fizah.

      Delete
  2. ahaha lain macam lepas makan angin, keluar angin bawah xD
    saya cuti ni pergi berkumpul dgn sanak saudara kat kedah. buat tahlil hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itu biasa.
      Alhamdulillah, dapat jumpa saudara mara, ye.

      Delete
  3. Ya betul pilih untuk gembira.
    Saya duduk rumah sahaja seorang. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, NA. 😊
      Seronok tu, aman damai, boleh istirehat dengan tenang.

      Delete
  4. Alhamdulillah..yg penting bahagia...seminggu cuti sekolah nanti balik sana...boleh la rojer² nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah ye, Linda. Seronok la anak-anak, cuti sekolah seminggu. Linda hari-hari boleh jogging di UTP. Hehe..

      Delete
  5. Abang Farid pun selalu juga bawa Hamzah jalan-jalan di Taman UTP.

    ReplyDelete
  6. Hari yang menyenangkan
    Dinonya gede dan tinggi, untuk makannya vegetarian :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul. Walau pun cuma makan tumbuhan, dinasour ini lah yang paling besar sekali antara dinasour yang lain, mengikut carian google.

      Delete
  7. Bestnya BW bersama dino. Hihi. Sekali sekala bertukar suasana pulak kan dah jemu kat Manjung.

    ReplyDelete
  8. I sapot you; choose to be happy yeah 👍🏻
    Have a nice longggggg weekend Nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza... 🖐 High five sikit.
      Terima kasih, PH. Selamat bercuti juga untuk PH, untuk hujung minggu ni pula. 😁

      Delete
  9. Cuti panjang pun uncle ngadp kerja... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, cian uncle. Hujung minggu ni ada cuti lagi, boleh rehat ye, uncle.

      Delete
  10. Cuti panjang SA x sihat, belikat bengkak since Khamis...jenuh menahan sakit x leh urut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar.. semoga SA cepat-cepat sembuh ya.

      Delete
  11. Saya dah niat nanti nak bawa sepatu jogging supaya di Ipoh bisa lari tiap pagi 😄. Soalnya kuliner banyak, mesti diimbangi banyak workout juga 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la, Fanny. Boleh jogging di Padang Polo, pagi-pagi nanti di Ipoh. Ada playground juga situ, anak-anak boleh lepak situ.

      Delete
  12. CCL bekerjaa.. tengok orang lain long weekend macam best ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. selamat menjalankan tugas ya, CCL.

      Delete
  13. CCL bekerjaa.. tengok orang lain long weekend macam best ..hehe

    ReplyDelete
  14. leher dia je mau 3x ketinggian ammi

    ReplyDelete
  15. Kena bawa anak saya yang sulung peminat dinosaurs ke sini jalan-jalan dekat sini. Sementara dia siasat dinosaurs tuh boleh la saya jalan-jalan pusing tasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, sesuai sangat. Banyak jenis dinasour ada dekat taman UTP tu.

      Delete