Tarikh: Isnin, 28 Julai 2025
Petang hari, lepas Asar. Petang yang panas lit lit. Cari tempat lepak yang ada aircond kuat. Teringat kat FamilyMart. Aircondnya memang kuat, sampai cermin kedai berwap, tak jelas nak tengok dalam. Lagi satu sebenarnya, nak cuba jajangmyeon, tapi menu tu sudah takde rupanya. Ini akibat jangkit tengok KDrama banyak sangat. Orang Korea ni, bila makan mi, slurrrpp slurrrpp bunyi, telan air liur kita tengok. Bersungguh-sungguh makan, lalu membangkit selera kita untuk turut mencuba.
Sepatutnya, cuba dulu sewaktu menu jajangmyeon masih ada, tapi waktu itu, belum berminat. Saya pula jarang-jarang masuk FamilyMart. Bukan member pula. Jadi, kurang peka apa dalam menu. Hmmm.. takpelah, kita cuba menu lain. Saya pesan dry cheese ramen. Pernah tapau dulu, untuk budak Sulaiman. Tapi diri sendiri tak pernah cuba.
![]() |
Dry cheese ramen, harga RM7.50 |
Nampak sikit dalam mangkuknya. Warna merah. Bila makan, jenuh juga nak habiskan. Kongsi makan berdua dengan suami. Ramen rasa kenyal.
![]() |
Tengok pun, boleh rasa pedas. |
Memang pedas. Sampai terkeluor air hidung. Padahal saya boleh tahan pedas. Suami bangun, cari makanan lain. Dia tengok kat cashier tak ada orang. Saya ingat, dia beli sesuatu yang sejuk seperti aiskrim, tapi tidak. Dia beli set laksa ramen.
![]() |
Laksa Ramen Set, harga RM9.90 |
Yang ini, barulah boleh makan slurrrppp slurrppp, sebab berkuah.
![]() |
Ini pun besar juga portion sebab banyak bahan-bahan dalam tu. |
Kuahnya berlemak. Tapi sedap. Kurang pedas, berbanding dry ramen. Kami minum kopi juga petang itu.
![]() |
Americano panas, RM2.90 dan iced latte, RM6.90 |
Alhamdulillah. Gendut juga. Kekenyangan.
Banyak makanan orang muda ye. Sekali-sekala, boleh la, kot teringin. Ada je orang keluar masuk FamilyMart. Tak putus-putus. Cawangan yang kami pergi ni, buka 24 jam, sebab lokasi di stesen minyak. Ada satu lagi cawangan dekat rumah, yang itu buka 7 pagi, bukan 24 jam.
Sekian cerita suatu petang di FamilyMart.
Jumpa lagi, ye. 💗
Sekarang memang banyak jenama fokus kepada demografik orang muda ye. KSarie yang sudah mencecah usia senja ini dan tekak orang tua yang sajak dengan selera kampung ini selalu terkebil-kebil membaca menu versi orang muda ni. Tapi sekali sekala makan menu hipster ni sedap juga kan? Sama la kita selalu terpesona dengan makanan-makanan dalam KDrama😅
ReplyDeleteSama la kita, KSarie. Kadang diri depan kaunter, tengok menu, tak tahu apa nak order. Hehe.. Sekadar nak merasa, sekali-sekala. 😊
Deletelama tak jejak FM. selalunya kalau nak makan oden / ramen je masuk FM ni.
ReplyDeleteGitu.. sebab Cie dah jadi duta 7-Eleven. 😁
DeleteDulu excited nak masuk FM ni...sekarang banyak dh pesaing dia...
ReplyDeleteKann... banyak pilihan, tepuk dada, tanya selera.
DeleteFav SA dan suami gak ni..kami suka lepak sini makan eskrem...
ReplyDeleteAiskrim dia sedap yek, SA. 😋
DeleteAmboi, dua merpati dua sejoli, kemahen lagi dah macam lari berganti² makan ramen, hihi.
ReplyDeleteHehe.. sekali-sekala, SK. 🙈
Deletebagi peminat makanan Korea memang suka la family mart... cuma sy x suka makan ramen...
ReplyDeleteMake nasi berlauk lagi sedak ye, Abe Kie. 😊
DeleteFamily mart mmng fav saya. Semua makanan dia sedap2. Tapi betul kata kak nur, kena makan sekali sekala je
ReplyDeleteKan, Mazni. Satunya, processed food. Satu lagi, harga agak mahal.
DeleteBest lepak kalau tak ramai orang. Saya kalau datang sini, mesti cari oden dulu.
ReplyDeletePerasan juga, ramai beli oden familymart. Mesti sedap.
DeleteYes! Americano pun pilihan uncle!
ReplyDeleteWah, sama taste kita. 😊
DeletePelik2 makanan orang jaman sekarang.
ReplyDeleteHehe.. makan nasi lauk kampung lagi sedap ye, Wak.
DeleteNapak pedas ja tu..makanan cepat siap..atau makanan segera gtu memang sedap..
ReplyDeleteMemang pedas pun, Encik. Sedap, tapi kurang berkhasiat, kan.
DeletePedas diorg ni macam guna serbuk cili kan... tak macam pedas cili api kita
ReplyDeleteSy jarang masuk FM ni, tak minat. Anak2 la sekali sekala masuk
Ha ah. Pedas makanan Korea lain macam.
DeleteBagus la, PH, barang-barang dalam FM pun macam agak mahal.
Di tempat saya belum ada FamilyMart..kedai makan memang berlambak
ReplyDeleteExplore tempat makan yang ada di kawasan kita je, Encik Hanafi. Banyak yang menarik dan sedap-sedap.
Deleteperghhhhhhh terasa bahang pedasnya hehehheheh
ReplyDeleteHehe.. memang, merah menyala ramen dia.
DeleteAnak-anak saya suka makanan begini.
ReplyDeleteMakanan budak-budak sekarang. 😊
DeleteLaksa Ramen nampak sedap lah.
ReplyDeleteSedap juga, Mulan. Banyak aksesorinya.
DeleteSaya kalo Jajangmyeon tak terlalu suka. Mungkin Krn dominan manis kali yaaa. Tapi kalo ramyeon yg pedas, baruuuuu tak nak skip 😄.
ReplyDeleteHari ini saya happy kak, sebab ketemu resto Korea yg menjual tteokpokki sedap dan pedas sangaaat. Hahahahah mantaaap. Sampai kebas lidah 😄👍👍
Oh, jajangmyeon tu ada rasa manis ya, Fanny. Akak pun tak tahu, sebab tak pernah cuba.
DeleteWah... bagus la, sudah jumpa resto Korea yang bagus. Suka pedas ya, Fanny. 😁
laksa ramen menarik juga
ReplyDeleteBoleh tahan sedap, mama tisya.
DeletePengaruh drama tu benar ye kak Nur. hihi..kalau ada ramen kering, kena ada yang berkuah juga. Dapatlah rasa dua-dua. Suka jenis ramen Family Mart yang kenyal-kenyal. Sesekali okaylah buat rasa-rasa bila teringin.
ReplyDeleteHihi.. itulah, kuat godaannya, layan KDrama ni.
DeleteYe, Fizah. Sebab ramennya kenyal dan agak besar banding mi segera kita, jadi itu buat kenyang.
Selesa makan di FamilyMart ya. Saya nasib baik belum tertarik untuk cuba. Lagipun tiada FamilyMart dekat rumah.
ReplyDeleteYe, NA, sebab sejuk. Hehe.. baguslah tiada FamilyMart dekat rumah. Jimat sikit duit, NA.
Deleteanak-anak muda dan ramen mmg berpisah tiada. yg peliknya anak bongsu ammi ramen dia makan sampai pijar2 bibir, tapi bila lauk pedas sikit dia komplen. ehhhhhh banyak bunyik eh
ReplyDeleteHehe.. itu biasa... masakan mak, suka kritik. Masakan kat kedai, telan je, takde komplen-komplen. 😁
Delete