Makan Malam di Kin Aroi Ikan Bakar

 Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025

Kami biasanya makan malam awal, sebelum pukul 7 malam. Biasanya, Restoran Kin Aroi ni, ramai orang. Mungkin sebab lokasi dia di tepi jalan utama. Jadi, mudah untuk orang singgah. Tapi pada hari tu, tengok tak berapa ramai, jadi kami pun masuk la.

Kami pilih meja di luar. Pernah makan di dalam, rasa macam tak ada angin bergerak.

Minum air suam dan lemon ais kosong di Restoran Kin Aroi Ikan Bakar, Sitiawan, Perak.
Saya minum air suam, suami lemon ais kosong.

Suami pesan menu kesukaannya, iaitu nasi goreng kampung, telur dadar dan sambal belacan.

Nasi goreng kampung
Nasi goreng kampung

Sup kosong diberi sekali, bersama nasi goreng. Sedap sup dia.

Telur dadar
Telur dadar

Saya pesan mi bandung. Teringin, dah lama tak makan.

Mi bandung
Mi bandung

Oh, tak nampak mi-nya. Kejap. 

Mi bandung di Restoran Kin Aroi Ikan Bakar, Sitiawan, Perak.
Haa... baru nampak mi. 

Alhamdulillah, sedap, keduanya, nasi goreng kampung dan mi bandung. 

Restoran Kin Aroi Ikan Bakar, Sitiawan, Perak.
Restoran Kin Aroi Ikan Bakar, Sitiawan, Perak.

Dalam bahasa Thai, Kin bermaksud makan.

Aroi, bermaksud sedap.

Jadi, Kin Aroi bermaksud makan sedap atau enak dimakan. 😊

Cuaca pun tak berapa panas, pada petang itu.

Ada saya nampak beberapa pilihan ikan segar di dalam kedai, bagi yang pilih menu ikan bakar. Kami lebih minat menu goreng-goreng

Baiklah. Sekian cerita.

Jumpa lagi, ye. 💗

Catat Ulasan

36 Ulasan

  1. Oo itu maksudnya. Memang kenalah dengan nama kedainya, makanan yang dipesan semua sedap. Nasi goreng ada sup sedap baru best makan kan. Mi bandung dia nampak macam mi bandung kuah sos tapi kalau sedap, kira okay sangat dah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Fizah. Sedap nasi goreng ada sup sekali. Hirup panas-panas memang nikmat. Ok, mi bandung dia. Tapi nak banding dengan mi bandung muor, jauh ler beza. Hehe..

      Padam
  2. konten yang ringan dan seronok dibaca...saya pun rasa teringin nak makan mi bandung...sekali dalam beberapa bulan sudah memadai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Encik.
      Ye, bukan makan selalu pun. Bila teringin saja kan, Encik.

      Padam
  3. Macam pernah lalu pula depan kedai nie,tapi tak igt exactly lokasi dia..
    Kalau sedap memang pasti repeat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat sebelah nursery pokok bunga Bujang Garden. Traffik light Aeon Manjung tu, Linda. Kalau on the way ke Ipoh, belah kiri, Kin Aroi ni.

      Padam
  4. Dapat tambah perkataan kin dan aroi.
    Sedap pulak tengok telur dadar tu.

    BalasPadam
  5. ingatkan ada order ikan bakar jugak, hehe

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah vrezeki sedap dimakan ..kita bersyukur ada makanan yang enak bila kita nak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Encik. Alhamdulillah, rezeki Allah beri.

      Padam
  7. Sy pun kalau ke kedai makan, menu selalu order sama dgn husband Nur tu la... Asyik nasi goreng je jadi pilihan :3

    BalasPadam
  8. Uncle suka betul telur dadar cam tu... rangup!

    BalasPadam
  9. Oh, memang jelas Kin Aroi tu terutama mee bandung. Banyak kuah mee bandung, kena selak baru nampak mee.

    BalasPadam
  10. Luas laman kedai. Mesti ramai customer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, sini memang ramai orang. Tapi, makanan semua cepat siap.

      Padam
  11. Puas hati kalau makanan sedap. Rupanya kedai tomyam ada jual mi bandung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, NA. Saya kalau teringin, pergi kedai tomyam. Nak buat sendiri di rumah, saya seorang je yang suka mi bandung.

      Padam
  12. Telur dadar tuh nampak handsome betul. Happy kan kalau dapat makan makanan yang ada rasa dan sedap bila perut tengah lapar.

    BalasPadam
  13. sedap tgk mee bandung tu...lama tk mkn

    BalasPadam
  14. Sedap nya semua especially Mee Bandung tu.

    BalasPadam
  15. Tenguk gambar last tu kalau lepak kat luar nyaman betul sambil mencicipi makanan yang di order.

    BalasPadam
  16. Suka makan kalau di warung macam ni... ada vibe kampung sikit... Mee Bandung tu terleleh air liur.. hahahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. memang sedap, Encik. Ha ah, lokasi kedai tomyam ni, dekat kawasan kampung, banyak pokok-pokok.

      Padam
  17. SA suka vibes macam ni...dah tentu2 makanannya sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sedap, SA. Dan efficient juga, tak tunggu lama.

      Padam
  18. Uwaaaah menariiik menunyaaaa kak. Saya sukaaa mi yg begitu. Haiiish, ini jauh tak dari Ipoh. Saya akan ke Ipoh soalnya November. Teringin juga nak kulineran di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh juga, Fanny. Dalam 1 jam setengah dari Ipoh nak ke Manjung. Oh.. nak datang Ipoh. Wow, memang banyak tempat menarik di Ipoh. Kena rancang elok-elok, Fanny.

      Padam