Bercerai badan - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, August 21, 2025

Bercerai badan

 Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025

Bahagian atas pokok kaktus tu, dah tercabut. Dipercayai, kerja menatang beruk. Tak nampak semasa kejadian. Cuma perasan semasa nak siram pokok.

Kepala kaktus tercabut dari badan kaktus
Kepala kaktus tercabut dari badan kaktus.

Ada bekas gigitan juga. Walaupun berduri, tapi mungkin beruk ingat, boleh makan kot. Itu yang dia gigit. Lepas tu, dia cabut.

Saya tak tahu sama ada badan kaktus tu, boleh tumbuh kepala baru ke tak, kalau saya biar saja begitu. Yang merah tu, saya dah buang. Sekarang tinggal badan kaktus sahaja.

Nampak sangat beruk kebulur. Dia ingat bahagian merah tu, buah epal kecil kot. Hai... entahlah. Benda ada duri pun dia boleh nak makan. Saya pernah share gambar semasa pokok ini masih sihat di entri ini 👉 Anak dan buah kaktus

Oh, saya baru tanya chatGPT. Boleh tumbuh. Nasib baik saya belum cabut lagi badan kaktus dari tanah. 😊

Orait. Jumpa lagi. 💗

38 comments:

  1. Replies
    1. Itu la pasal. Mungkin waktu saya tiada di rumah.

      Delete
  2. Alaaaaa...patah dah...awak kamu beruk...biasa ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti beruk dah lapor tahap gaban, itu yang kaktus pun dia nak makan.

      Delete
  3. Beruk cik nyeh ni apa saje kalau boleh di makannya. Kat kampung kelapa jadi lawas sebab yang muda-muda dia makan jadi mana nak datang yang tua kalau yang muda dah habis dia rembat. Sabor je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggap rejeki beruks je la, ye, kak. Niat sedekah.

      Delete
  4. ala sayangnya kaktus tu.. dah la lambat dia nak membesar.. suka2 ati je dia ngap.. - -'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kaktus lambat membesar. Apa nak buat. Neighborhood sini memang banyak beruks.

      Delete
  5. Alaaa sayangnya. Betul pernah baca, kaktus tu boleh tumbuh balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Takpe. Nanti kita tunggu batang kaktus tu keluar baru. 😊

      Delete
  6. Kaktus tahan lasak..nanti dia tumbuh balik..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Baik, Encik. Jika ada perkembangan saya akan kongsikan di blog.

      Delete
  8. Allah…sabo jelah kan.
    Moga kaktusnya cepat tumbuh semula bahagian merah cantik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Ujie, sabor je la.
      Aminn... harap-harap begitu. Kalau tak tumbuh yang merah, tumbuh batang baru pun dah ok.

      Delete
  9. Dia ingat buah agaknya warna merah. Ishhh beruk ni memang beruk la.

    ReplyDelete
  10. Adoi la beruk. Mengundang panas hati je kelakuannya ye. Semoga ada rezeki tumbuh lagi kaktusnya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. harap-harap begitulah, KSarie. Memang camni la keadaannya di taman perumahan saya ni. Tempat laluan beruks.

      Delete
  11. Kesianla pulak beruk lapar. Tapi sedih tgok pokok kita pulak terbelah badannya huhu. Harap boleh tumbuh balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap begitulah, Mazni. Beruk masuk taman perumahan, sebab di hutan sudah tiada makanan. Taman Paya Bakau pun tiada pengunjung yang datang bawa makanan macam dulu, sebab sudah dikenakan bayaran untuk masuk. Dulu, percuma je.

      Delete
  12. Rakusnya beruk tu. Mesti lapar. Sampai pokok kaktus pun dimakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Boleh makan benda ada duri. Hairan sungguh.

      Delete
  13. Ala..dan ketotlah tu..tak apa akan ada tunas baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah. Kita tunggu dan lihat saja. Ada rejeki, ia tumbuh la. 😊

      Delete
  14. alahai ....beruk ni kalau dah dtg, jahanam semua

    ReplyDelete
  15. Aiiih tercabuuut pula yaa. Kasian juga si beruk, mulutnya pasti sakit terkena duri. Tapi semoga dengan begitu dia jadi kapok untuk datang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la, Fanny. Pengajaran la untuk si beruk.

      Delete
  16. Aduh, sedihnya tengok. Rasanya yang bahagian merah tu pun boleh hidup juga kan. Kalau tak silaplah. Harap tak diganggu lagilah dimasa akan datang. Nate beruk sungguh laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah, bahagian merah tu pun boleh hidup. Akak tak tahu, selamat sudah dibuang. Huhu..

      Delete
  17. Nasib baik boleh tumbuh balik yang merah itu.
    Tidak tahulah boleh marah beruk ke tidak sebab binatangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tumbuh cabang baru dari badan kaktus, NA, tapi bukan warna merah. Dahan baru warna hijau. Hehe.. ok ler..
      Tak boleh marah beruk. Sebab beruk sini educated, kalau kita marah dia, nanti dia gigit kabel unifi. Pernah berlaku dulu, sekali. Huhu... ujian.

      Delete
  18. mesti masa mencuba nak makan yg merah tu monyet melatah "oh mak kau berduri"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. agaknya la, kan. Terus dia tui tui balik, campak atas tanah.

      Delete