Tarikh: 22 Julai 2025
Versi Pertama - Guna ayam
Ada ayam kisar dalam freezer. Saya masak pad kra pao.
Resepi pad kraw pao
💚 Bawang putih 4 ulas cincang lumat
💚 1-5 cili padi dicincang halus (ikut citarasa sendiri letak berapa banyak)
💚 1-5 bawang merah hiris nipis (ikut citarasa sendiri juga)
💚 Daging ayam cincang (saya guna 1 keping. Tebal kan, jenama Ramly. Dalam satu paket, ada 2 keping)
💚 Sos ikan, lada sulah, sos tiram, kicap pekat
💚 Daun basil (selasih)
Cara-cara:
Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi hingga keperangan.
Masukkan ayam cincang.
Bila ayam sudah masak, masukkan sos ikan, lada sulah, sos tiram, kicap pekat
Kacau rata. Last sekali, masukkan daun selasih.
Saya tak letak garam. Sebab sos ikan dan sos tiram sudah masin. Ikut kome la, nak letak gula ke garam ke, atau serbuk perasa.
Siap! 😋
![]() |
Ayam pad kra pao |
Versi kedua - Guna isi tuna dalam tin.
Masak cara sama, gantikan ayam dengan tuna dalam tin. Saya campur brokoli dan kobis bunga.
![]() |
Tuna pad kra pao |
Wangi, daun selasih tu. Saya dan suami makan versi tuna. Sulaiman seorang boleh habiskan versi ayam. Maksudnya, lauk untuk makan tengahari dan malam. Makan dengan nasi dan telur mata. Alhamdulillah.
Bila dah tak ada idea masak, tuna dalam tin pun jadi. Sebelum dia expired dalam almari, baik guna.
Kome masak apa hari ni? Makan apa tu? 😁
Jumpa lagi, ye. 💗
fav saya ni..bole cuba masak ni
ReplyDeleteSilakan, Anakdenesor.
Deleteselalu tuna tu buat isi sandwich je...
ReplyDeleteHa ah. Tapi sebab akak dah tak makan roti. Jadi, kena fikir cara lain untuk gunakan tuna, Linda.
DeleteSaya pun, kalau masakan dah letak sos tiram memang tak letak garam dah. Terkurang rasa takpe jangan terlebih masin.
ReplyDeleteSemalam masakan saya guna tuna dalam tin jugak, buat pizza guna roti naan.
Betul, Ujie. Kalau dah masin, selamat ler..
DeleteWow, sedap tu, pizza tuna. 😋
Biasa makan versi ayam... nak try tuna la pulak, nampak sedap
ReplyDeleteYe, PH, kita yang buat dia, kan. Guna je apa ada. Resepi je sama.
DeleteSedap nya Nur.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Mulan, syedap.
DeleteSaya suka makan Pad Kra Pao ni...bau daun selasih tu nyaman jer...
ReplyDeleteSama kita. Suka daun selasih.
DeleteNampak sedap pad kra pagi tu, tak pernah masak sendiri. Makan kat kedai pun kadang², tapi suka jugak.
ReplyDeleteLauk ringkas, SK, makan dengan telor mata dan nasi. Saya suka lauk ni.
DeleteSy suka lauk ni..Ade 1 daun tu..Daun selasih kot..Wangi je dlm lauk ni =D
ReplyDeleteYe, betul, Nieza, daun selasih. Memang wangi. Saya pun suka.
DeleteTelor mata pulak jenis cair.. fuh mantap ni
ReplyDeleteKannn.... 😋
DeletePernah viral menu ni. Senang rupanya nak membuat pad kra pao ni ada banyak versi isinya tu ye. Ingatkan guna ayam je. Harini masak ayam kunyit campur kacang panjang. Ayam bahagian dada. Cepat sikit masaknya. hihi...
ReplyDeleteAkak guna bahan apa ada di rumah je, Fizah. Resepi asli, dah tentu guna ayam.
DeleteSedap tu, ayam kunyit campur kacang panjang. Ringkas dan sedap!
Uncle selalu tengok menu ni... tapi tak pernah oder
ReplyDeleteCer cuba, uncle. Syedap!
DeletePernah nampak menu ni tapi tak pernah makan. Oh layan dgn nasi ye kalau dgn roti pun boleh kan buat macam sandwich
ReplyDeleteBoleh je, kak. Ikut selera masing-masing.
Deletesuka pad kra pao tp tkpernh masak..slalu mkn yg dkt boat noodle
ReplyDeleteWah, nanti boleh cuba yang boat noodle punya pad kra pao. Saya pernah makan yang Black Canyon punya je.
DeleteTidak pernah makan dan masak pad kra pao.
ReplyDeleteBoleh guna dengan tuna rupanya.
Cubalah, NA. Sedap.
DeleteItu ikut suka je, saya guna benda ada di rumah. Resepi asalnya, guna ayam, NA. 😊
Sedapnya nampak gambar-gambar yang dikongsikan ni. Nampak macam bahan-bahannya tidak banyak dan cara masak pun tidak complicated tetapi memang macam KSarie order dekat kedai aje la ye😅Entah bila la KSarie nak masak resepi macam ni
ReplyDeleteHehe.. boleh je. Lagi senang dan cepat siap. Boleh difahami, KSarie kerja.
DeleteCantik kejadian pad pra kao. Saya belum pernah masak di dapur sendiri tapi pernah makan di restoran.
ReplyDelete