Terima Hadiah Coffee Lover Giveaway - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Wednesday, August 27, 2025

Terima Hadiah Coffee Lover Giveaway

 Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2025

Tengahari tadi, saya terima bungkusan dari Mummy Ayu. Saya dipilih sebagai salah seorang pemenang Coffee Lover Giveaway. Alhamdulillah

Untuk lihat senarai pemenang giveaway ini, boleh klik sini 👉 Congrats kepada pemenang.

Bungkusan poslaju
Bungkusan PosLaju

Saya tahu bungkusan on the way, sebab terima mesej Whatsapp dari Poslaju, beritahu bungkusan sudah out for delivery. 

Mari kita buka bungkusan.

Kemasnya balutan kotak hadiah
Kemasnya balutan kotak hadiah 

Boleh rasa Mummy Ayu usaha membalut kotak hadiah. Kemas je. 👍

Saya buka balutan hadiah dengan berhati-hati.

Kotak hadiah
Kotak tertampal sticker Just for You

Tadaaaa.... 

Hasil crochet iaitu coaster, keychain bentuk heart dan cup cozy
Hasil crochet ibu Mummy Ayu

Ada coaster atau lapik gelas, keychain bentuk hati dan cup cozy. Sangat kemas hasil tangan ibu Mummy Ayu. Suka, suka! 😍 Hadiah handmade ini mahal, sebab melibatkan usaha dan masa, serta kos bahan mentah.

Crochet adalah kait 1 jarum, guna hook bentuk cangkuk.

Knit adalah kait 2 jarum, guna dua jarum kait.

Crocheted cup cozy
Close-up cup cozy

Cantik, kan? Benang yang digunakan juga berkualiti. Tebal. Macam benang multicolour dari oversea je. Set kait yang saya terima ini punyai warna utama coklat atau brown. Macam tahu-tahu je, yang saya suka earth color macam ni. 😊

Jenis kaitan yang digunakan, dipanggil Crocodile stitch. Nampak overlapped, macam sisik buaya atau sisik ikan, mungkin itu kot asal nama kaitan ini. Saya pernah kait kaitan macam ni dulu, zaman mata saya masih kuat mengait. Dan saya tahu, kaitan begini, pakai benang lebih banyak banding kaitan biasa.

Terima kasih, kepada Mummy Ayu dan ibu Mummy Ayu juga, kerana pilih saya sebagai salah seorang pemenang giveaway. Semoga ibu MA dan MA sihat-sihat selalu, dimurahkan rejeki dan dirahmati Allah. Saya sangat hargai pemberian ini. 😘

Sebelum undur diri, saya nak share hasil kait saya yang juga menggunakan crocodile stitch ini. 

Shawl crocodile stitch
Shawl crocodile stitch, belakang

Masih tersimpan rapi dalam peti harta karun saya. Dulu memang saya pernah buka meja, menjual hasil kait di craft fair atau tumpang booth kakak sulung saya, yang pernah jual tudung di bazaar mana-mana.

Crocodile stitch shawl, bahagian depan
Shawl crocodile stitch - depan

Kos buat shawl ni agak mahal, sebab saya guna benang wool dari oversea. Jual mahal, takde orang beli. Lagi pun, shawl ini ada weight. Jadi, mungkin tak sesuai dipakai harian, melainkan jika kerja dalam bilik server, atau sejuk dalam panggung wayang, atau bila travel ke tanah tinggi. Saya fikir, dari terbiar simpan rapi dalam peti harta karun, mungkin saya akan hadiahkan kepada salah seorang top pengomen blog saya ini, di akhir tahun nanti. Mungkin. Insya-Allah. 

Ok la. Akhir kata, marilah ke blog Mummy Ayu, memeriahkan blog MA dan menambah kenalan blogger jika anda masih belum pernah singgah ke blog beliau.

Jumpa lagi, ye. 💗

30 comments:

  1. Alhamdulillah..sampai dah & happy terima hadiahnya.
    Wah..dia pun pandai kait jugak, cantiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mummy Ayu. Saya dah guna cup cozy. Memang simpan dalam handbag, boleh pakai bila keadaan memerlukan. 🤗🥰

      Delete
  2. Tudiaa bila tukang kait sendiri buat ulasan. Penuh dengan terma kait. Saya tengok kaitan ibu dan Kak Nur, dua-dua sama hebatnya mengait dengan kemas dan teliti. Dah tentu kak Nur happy dapat hadiahnya. Alhamdulillah..Tahniah kak Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..
      Alhamdulillah, Fizah. Akak happy sangat terima hadiah macam ni, handmade. Rasa special, sebab tak boleh dapat di kedai.
      Terima kasih, Fizah. 😊

      Delete
  3. Tahniah.
    Hehe hanya jauhari mengenal manikam.

    ReplyDelete
  4. Tahniah!
    Cantik molek hadiahnya.

    ReplyDelete
  5. Tahniah pemenang! Cantiknya hasil jahitan tu bukan mudah nak siapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Cie. Betul, ambil masa nak siapkan satu-satu.

      Delete
  6. Patutlah tahu serba serbi tentang benang, rupanya pandai kait juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit-sikit, belajar dari arwah mak dulu. 😊

      Delete
  7. Cantiknya! Tahniah sekali lagi Nur...
    Sesuai sangat Nur menang sbb peminat kait juga 👍🏻

    ReplyDelete
  8. Tahniah, Nur. Inilah yg dikata, bagai sirih pulang ke gagang. Hanya jauhari yg mengenal manikam. Syoknya kalau dapat hadiah tu, hihi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SK. Hehe.. Syok, Alhamdulillah. Hadiah paling mahal ni, sebab handmade gitew. 🥰

      Delete
  9. Tahniah...comel2 hadiah tu...cantik combination warna kait tu...

    ReplyDelete
  10. Tahniah Tot 👏🏽

    Hadiah yang tepat untuk orang yang tepat. Siap boleh ulas panjang lebar. Kalau saya cuma tau ulas…cantik menarik 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie.
      Hehe.. sebab saya suka, barang-barang handmade ni, Ujie.

      Delete
  11. Alhamdulillah..
    Baru tahu beza knit Dan crochet...terima kasih infonya kak Nur..siapa lah yang bertuah dapat hadiah tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Linda.
      Hehe... kita tengok rejeki siapa hujung tahun, Insya-Allah.

      Delete
  12. alhamdulillah.. tahniah.. comel2 hasilnya kraftangan tu.. ^^

    ReplyDelete
  13. cantiknya semua hadiah! lagi2 dikait handmade, memang rasa special sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mazni. Unik, tak jumpa punya la kat kedai. Hasil kerjatangan.

      Delete
  14. Saya jadi tahu namanya crocodile stitch . Tapi memang unik, nampak bagai sisik ya kak ❤️❤️❤️. Apalagi kakak bilang berat. Saya bisa bayangkan Krn saya pernah dikasih oleh mummy ayu keychain hasil buatannya. Dan itu memang tebal, padat, dan terasa beratnya. JD saya bayangkan syal ini memang sesuai lah untuk musim dingin. Cocok jika untuk hadiah bagi orang yg tak kuat dingin atau memang suka traveling . ❤️.

    Harga mahal sebenernya Krn bahan yg dipakai juga bermutu, dan skill membuat ini pun tak sembarang orang bisa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fanny.
      Makin tahun, makin mahal harga-harga benang, Fanny. Jadi, itu lah pengusaha handmade ni, terpaksa naikkan harga juga, seperti barang groceries rumah juga.

      Delete