Tarikh: Selasa, 5 Ogos 2025
Resepi campak-campak - Ayam Masak Sos Sardin
🌼Mula-mula, saya goreng ayam yang telah diperap dengan serbuk kunyit.
🌼Kemudian, saya tumis bawang merah, bawang putih, dan cili api hijau. Cili api hijau kat rumah saya, berlambak-lambak. Tak habis-habis lagi. Buat masak sendiri memang terlebih. Cili hijau kecil jenis tak pedas. Siapa datang Manjung, meh singgah rumah saya, ambil cili hijau sikit.
🌼Lepas bahan tumisan di atas sudah layu, saya masukkan sambal jantan 2 sudu makan. Dalam peti ais, ada satu bekas sambal jate (bahasa Kelantan). Dia lain sikit dari sambal belacan, kerana sambal ini tiada belacan, tapi ada cuka. Sedak, wei...
🌼Akhir sekali, saya masukkan kuah sardin dalam tin. Ikan sardin saya sudah guna hari tu, buat inti roti goreng 👉Cerita Hari Isnin
🌼Kacau rata. Perasakan ikut sesedap rasa anda. Saya tak letak apa-apa garam atau cukup rasa. Sebab saya rasa, sudah ok. Siap sudah, ayam masak sos sardin.
Benda yang tidak guna, masuk dalam peti ais. Contohnya, sos sardin dalam tin tu, kan. Bila tak ada idea nak masak apa, kita campak sajalah mana yang berkenaan. Jadi resepi baru. Suami saya cakap sedap! Alhamdulillah.😋
![]() |
Ayam masak sos sardin |
Saya tak makan nasi pada hari itu. Saya IF sampai tengahari. Waktu tengahari, saya makan roti.
![]() |
Pertama kali beli Roti Sommerset Cottage Gardenia. |
Setiap kali makan, saya bakar 2 keping dalam toaster. Kemudian, saya sapu roti dengan peanut butter. Saya letak telur dadar dan pisang yang dihiris.
![]() |
Roti sapu peanut butter dan letak telur dadar bersama pisang. |
Dua hari first meal of the day, hidangan dalam gambar di atas. Kenyang. Saya memang macam ni, ada hari saya tak ada selera makan nasi. Jadi, saya gantikan dengan roti. Masak nasi dan lauk untuk orang lain. Bosan makan masakan sendiri. Time-time macam ni, rindu dengan masakan orang tua, terutama masakan mak, yang sudah tiada.
Orait. Jumpa lagi, ye. 💗
Unik ni masak ayam tapi guna sos sardin.
ReplyDeleteHa ah. Rasa sardin, tapi tengok-tengok, ayam, bukan ikan sardin. Hehe..
DeleteFirst time SA dengar ni...unik betul menu ni...boleh cuba nanti
ReplyDeleteHehe.. dah tak tahu nak masak apa, SA. Guna apa yang ada dalam peti ais je.
DeleteMemang bagus kalo dibiasakan mencoba Karbo lain. Saya pun tak selalu nasi. Kadang roti, kadang kentang. Awalnya supaya terbiasa saat traveling ke negara2 yg bukan makan nasi. Jadi ga susah nak makan 😄.
ReplyDeleteIya, Fanny, sesekali, tukar selera.
DeleteAyam masak sos sardin, panas-panas terus licin pinggan!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Memang cepat habis lauk hari tu.
DeleteBiasa dengar yang pelik, sardin cap ayam, yang ni ayam masak sos sardin. Kreatif betul, Tot.
ReplyDeleteHehe... guna benda dalam peti ais je, SK. Dah simpan sos sardin dari tin. Guna je apa yang ada.
DeleteMesti sedap ni, ayam dimasak dengan sos sardin.
ReplyDeleteSedap, Alhamdulillah.
Deleterare menu ayam sos sardin....oh roti tu ltk telur dadar juga..biasa tgk peanut + pisang
ReplyDeleteHa ah, tambah protein atas roti, lambat sikit lapar.
DeleteNanti boleh la share lokasi rumah..Kikiki..cuti sekolah nk bertapa dekat Tronoh...
ReplyDeleteHehe.. tak leh la share sini. Contact-contact, PM kat FB akak atau email. Hehe.. best la, balik Tronoh, selamat beristirehat dan bercuti nanti ye, Linda.
DeleteAda sambal jantan tak pernah dengor pun.
ReplyDeleteLebih kurang macam sambal belacan, tapi versi Kelantan, kak Notie. Biasanya, dimakan bersama nasi berlauk.
DeleteRare ni masakan Kak Nur ayam masak sos sardin. Untung juga tanam cili dapat juga untuk masakan. Samalah, kadang kita bosan dengan masakan sendiri. Rindu juga masakan-masakan kampung. Nikmat dapat makan masakan kampung yang sedap-sedap.
ReplyDeleteSayang sos sardin tu, tak guna. Itu yang cipta resepi baru tu. 😊
DeleteResepi baru ni. Boleh ksarie cuba 1 hari nanti yang tak tau bila tu😅Menu macam ni mengundang makan nasi bertambah 2 pinggan. Haruskah KSarie merajinkan diri masak petang ni🤔
ReplyDeleteHehe.. kalau rasa nak masak, masak je, KSarie. Musim cuti ni, selalu banyak gantung kuali je senang. 😁
Delete