Saturday, September 27, 2025

Roti krim

 Tarikh: 19 Ogos 2025

Anne (perkataan Tamil, maksud abang) Kedai Murugan di Lumut, sudah kenal saya. Mungkin sebab saya selalu singgah beli roti.

Ada sekali tu, saya masuk kedai Murugan, nampak satu kotak roti gardenia quick bite ni, yang perasa durian. 

Saya cakap kat anne tu, "Uit, satu kotak roti durian oooo".

Dia gelak. "Ye la, ramai orang tanya. Saya terus minta sama orang gardenia la. Sekarang kalau sorang beli 5 biji pun tarappa, stok dia kasi banyak".

Hahaha... Waktu tu, memang ramai orang mencari roti durian dan strawberry tu. 

Gardenia quick bite pelbagai perisa
Pelbagai perasa roti gardenia quick bite.

Pada hari tersebut, saya beli perasa coklat, vanilla, jagung, strawberry dan butter sugar. Tak ambil perasa durian, sebab kalau beli, saya yang kena makan. Anak-anak tak suka perasa durian. Saya sedang usaha kurangkan makanan tepung based. Tapi kadang, saya bantai juga makan bila lapor.

Ini antara makanan bila anak-anak lapar dan saya belum siap masak. Saya masak lama. Sejenis buat kerja slow. Bila masak nasi je, air basuhan beras tu, saya simpan dalam dua bekas. Lepas tu, keluar dapur, siram pokok dengan air basuhan beras. Boleh katakan 2 jam kot ambil masa siap kerja di dapur untuk siap masak nasi, lauk satu jenis dan sayur satu jenis. Masak lauk, suka guna api perlahan. Kalau masak gulai, suka bagi dia masak lama atas dapur.  

Kalau kome, ambil masa berapa lama masak di dapur, yang complete meal? Cer citer, cer citer...

Ok. Selamat berhujung minggu, semua. 

Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

26 comments:

  1. SA plak x tentu..selalunya 1/2 jam siap dh masak..kalau lauknya x renyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat juga tu, SA dah siap masak. SA memang cekap di dapur. Lauk yang dimasak sentiasa nampak sedap.

      Delete
  2. Tudiaa ambil stok barang. Dapatlah orang yang mencari tu merasa kan. Dah banyak stoknya.
    Paling cepat kalau complete meal tak sampai 10 minit pun. Goreng ikan, rebus bendi. Sambal dah ready made. Cukup dah tu. hihi...Nasi masak awal sikit dari masak lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus, Fizah. Masak yang simple sekejap siap. Sambal dah sedia ada. Nak tiru style Fizah la. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  3. cantik lak warna colorful bersusun.
    sama macam mak saya, air basuhan beras tu dia simpan buat siram pokok. kalau saya yg masak nasi, buang je air tu kat sinki hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sayang air basuhan beras tu, Mazni. Pokok jadi subur dan sihat bila kita siram dengan air beras.

      Delete
  4. ammi pun lama gak sebab tak reti kadang2 tu nak masak sekali harung dua dapur. unless kalau dapur sebelah tu sejenis masak sup oklah untuk ditinggal-tinggal. kalau sebelah masak sambal sebelah nak goreng sayur huhuhu...mau juga ada yg hangit nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kita sama, Ammi. Kena siap masak satu persatu lauk, baru boleh fokus pada masakan kan.

      Delete
  5. Sedap ni, makan petang2 lagi sedap ..minum kopi

    ReplyDelete
  6. Saya kalau masak nasi, satu lauk, satu sayur tumis ambil masa paling lama 1/2 jam. Kalau yang masak gulai tu dekat satu jam jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amie pro chef, tak duduk lama pun kat dapur, boleh masak sedap². ๐Ÿ˜‹

      Delete
  7. roti jagung fav....kalau masak menu simple 1 lauk tk smp 30minit...kalo 2 menu yg renyah mayb dlm 1 jam

    ReplyDelete
  8. Linda kalau boleh nak cepat siap..sebab Linda tak suka masak, jadi nak kurangkan masa dekat dapur..Kikiki. Macam MIL Linda, suka masak api perlahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. akak pun kurang suka masak, Linda, tapi jenis buat kerja perlahan. Sama pulak macam MIL Linda.

      Delete
  9. MA pun mcm sis SA..kalau boleh memang nak cepat2 siap masak kat dapur tu
    bab roti ni..fav Ian..tapi dia roti coklat je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. cepat masak, cepat boleh rileks dan makan ya, MA. Anak² memang peberet roti coklat.

      Delete
  10. Kemarin ada video ttg roti Gardenia ini, dibuat influencer Indonesia. Jadi dia kaget kenapa antrian minimart di KLIA panjang sangaaat, dan ternyata beli Gardenia aneka rasa ๐Ÿ˜„. Dia pun langsung ikutan, nak tahu rasanya hahahah.

    Dari semua rasa, yg dia suka durian. Makanya saya nanti memang pas balik JKT, akan mampir Minimart cari Gardenia yg aneka rasa kak ๐Ÿคฃ. Jadi oleh2 buat anak di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah dicuba, Fanny. Especially perasa durian, ya. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  11. Banyak betl stok roti beli.
    Sayapun kadang masak macam lambat sahaja tapi kadang-kadang cepat.
    Hoho stok durian dalam peti sejukbeku ada lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah saya ramai askar, NA. Kena ada back-up makanan. ๐Ÿ˜ Wow, ada stok durian. Best tu! ๐Ÿ˜‹

      Delete
  12. Wahhhh meriah semua perisa roti ada. KSarie lama kalau masak sebab kelembapan tahap cipan yang tidak bisa dibawa berbincang. Tapi biasanya KSarie kemalasan masak hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. masak lama pun takpe kan KSarie, asal dapor berasap. KSarie korje, jadi boleh paham akan kesibukan untuk memasak.

      Delete