Salam Maulidur Rasul - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, September 5, 2025

Salam Maulidur Rasul

 Jumaat, 5 September 2025.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua.. selamat bercuti dan beristirehat di rumah. Cuti umum sempena Maulidur Rasul.

Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Lafaz selawat ringkas

Rasullullah SAW sayang kita. Allah pun sayang kita.

Setiap pagi selagi Allah masih izinkan kita untuk bernafas, bermakna kita masih berpeluang untuk bertaubat, perbaiki diri kita dan dekatkan diri padaNya. 

Saya teringat masa saya pergi umrah, semasa di Masjid Nabawi, bila lalu depan kubah hijau makam Rasulullah SAW je, mesti air mata meleleh. Rindunya nak kembali ke sana. 

Semoga kita semua dilindungi Allah dan dalam rahmat Allah sentiasa. 

Jumpa lagi, ye. 💗

24 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul Nur... Sama2 kita hayati sirah perjuangan Baginda SAW dan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul, PH. Insya-Allah... 🤗

      Delete
  2. Salam Maulidur Rasul. Semoga akak diberi rezeki untuk berkunjung ke sana lagi. 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul, BK. Aminn... terima kasih, BK, atas doanya. Semoga yang baik-baik berbalik semula pada BK.

      Delete
  3. Salam Maulidur Rasul..
    Semoga ada rezeki Linda ke tanah suci juga..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul, Linda.
      Aminn... Insya-Allah, ada tu nanti, rejeki Linda.

      Delete
  4. Salam Maulidur Rasul. Semoga kita sentiasa jadi umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa dirindukan baginda. Semoga amalan berselawat memberi syafaat kita diakhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul, SK. Aminnn, YRA. 🤲

      Delete
  5. semoga Rasulullah akan mengurniakan syafaatnya kpd kita umatnya pada hari akhirat kelak. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. Semalam rasa sedih ingat anak-anak yatim ingat Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar... saya pun rasa sayu dalam hati.

      Delete
  7. Sebagai umatnya, kita usahakan untuk selalu shalawat setiap hari kepada beliau ❤️

    ReplyDelete
  8. Aamiin...
    Semoga kita terus istiqomah berselawat setiap hari jadikan rutin amalan harian. Semoga kita mendapat syafaat atau pertolongan dari Nabi Muhammad SAW kelak.

    ReplyDelete
  9. Insyaallah, semoga Allah kurniakan rezeki untuk kita ke sana lagi

    ReplyDelete
  10. Semoga kita semua ada rezeki ke Masjid Nabawi ye

    ReplyDelete