Skip to main content

Ayam masak pedas

 💜 Ahad, 5 Oktober 2025 💜

Suami saya kalau menonton TV, dia suka buka youtube, tengok cerita China, macam soap opera drama orang dulu-dulu tu. Dialog banyak, aksi kurang. Kalau ada aksi pun, low quality CGI, bab adegan terbakar dan sebagainya. Selain itu, suami suka juga tengok orang memancing, tangkap udang, tangkap ikan, lepas tu orang tu masak on the spot. Yang ini, banyak video dari Indonesia. Lauk yang saya masak berikutnya, inspirasi dari video masak dari Indonesia yang suami saya tengok. Cuma dalam video tu, orang tu masak udang kaki biru. Saya gantikan dengan ayam.

Ayam masak pedas.
Ayam masak pedas.

Mula-mula, tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Tumis-tumis bahan ditumbuk, masukkan ayam. Tak goreng dulu pun ayam. Masukkan air dalam lesung bekas kita tumbuk tadi, tuang dalam periuk. Biar masak hingga ayam empuk. Saya guna ayam separuh ekor. 

Semenjak dua menjak ni, saya jadi rajin menggunakan lesung batu. Saja, senaman untuk tangan. 😁

Lauk tengahari dan malam
Lauk tengahari dan malam.

Lauk sayur pula, saya masak sayur petola tumis dengan cendawan tiram dan brokoli. Petola tanam sendiri

Ayam goreng kunyit dalam gambar di atas, lauk dua hari lepas, saya panaskan.

Tinggal 3 orang je di rumah. Kami suami isteri dan anak bongsu, Sulaiman. Hafizan tak balik, sebab dia ada projek berniaga, jual jagung manis. Tugasan sekolah, katanya. 

Alhamdulillah. Kome makan apa hari ni?

Jumpa lagi, ye. 💗

Comments

  1. hari nie beli dekat kafe je, anak2 dekat rumah, pandai2 lah bapak dia melayan nak makan apa...dan masak kuah durian je, tu pun hakf way, sekali gas habis...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kuah durian tak sempat masak. Mesti suami Linda sudah beli gas bila Linda balik kerja.

      Delete
    2. Alhamdulillah, dah beli kak..tapi katanya berdesir je bunyi1 gas..dah beli kepala gas baru..sekali getah dalam punat tong gas tu yg takde..tokey tong gas suruh staf dia hanto lain..dah ok lah tu..

      Delete
    3. Alhamdulillah. Bahaya kalo ada gas bocor.

      Delete
  2. Sy pun suka tengok vtt masak². Tapi, balik² masak benda yg sama jugak, terinspirasi tapi tak rajin macam Tot. Sedapnya Ayam Masak Pedas mula baca tajuk, Ayam Asam Pedas, heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sebab cara orang tu masak simple dan nampak sedap, SK. Itu yang boleh ikut.

      Delete
  3. kdg2 bila tgk video masak ni ..mcm2 nk try kn..rajin or tk je nk memasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mama Tisya. Biasa kalau simple bahan-bahan, boleh la nak cuba.

      Delete
  4. Hari ni makan mee goreng telur mata je...anak dara ngan atok dia kat rumah tu SA tanya tadi masak sup ayam...ayam laaaagiiiiiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ok la tu, SA, at least dah ada lauk. 😁

      Delete
  5. Paling malas nak guna lesung batu tapi tu la nak tumbuk cili kena pakai lesung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Cie. Kalau guna blender, dia hancur sangat.

      Delete
  6. MA memang suka tgk rancangan masak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapat idea nak masak apa ya, MA. 😊

      Delete
  7. KSarie suka baca diari memasak Tot sebab sentiasa ada bahan dari tanaman sendiri. Awesome sebab Tot termasuk dalam golongan yang create its own food security💪💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KSarie. 🤗
      Saya cuba. Memang impian saya, KSarie, untuk makan hasil tanaman dan ternakan sendiri, suatu hari nanti. Insya-Allah.

      Delete
  8. Kalau tengok YT suka tengok pasal agama dengan debat agama. Hehe masak itu takde sangat.
    Nampak menyelerakan ayam masak pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau ada kemusykilan agama, buka youtube juga.
      Alhamdulillah, NA. Syedap juga. 😋

      Delete
  9. Hari ini masam daging salai masam lemak.. puncanya tertiba jumpa sepeker dalam freezer.. terus ke psr beli bahan nak masak huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peh, sedap tu, Encik, daging salai masak lemak. 😋

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚 Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua).  Saya masak bihun goreng. Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) p ergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang.  Selepas ambil Hafizan di Poli , kami pergi Aeon Station 18 .  Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh , selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat.  Hot&Roll di Aeon Mall Station 18. Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court.  Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami. Chloe.Co Cafe Dari luar, sa...

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛 Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊 Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...  Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok! Salad telur rebus . Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula. Kari ayam. Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar. Sambal lada Kelantan. Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah l...