Maruku dan berkebun - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, October 10, 2025

Maruku dan berkebun

 💚 Tarikh: Rabu, 10 September 2025 💚

 Masa pergi pasar, saya jumpa maruku.

Maruku kacang peas
Maruku kacang peas.

Perusahaan homemade ni. Pertama kali saya jumpa maruku warna hijau. Saya pun beli sebungkus. Harga RM12.

Rasanya? Rasa muruku la. Hehe... tapi, lain sikit dari muruku biasa. Ada rasa kacang peas sikit. Boleh tahan. Makan berdua dengan suami, sambil layan tv, sat jer habis.

Balik rumah dari pasar, seperti biasa, saya berkebun sekejap.

Ros kuning kembang berjemaah
Ros kuning kembang berjemaah.


Kerja pada hari tersebut.

Saya mengasingkan anak pokok tomato dan betik ke dalam polibeg. Juga tanam kunyit. 

Kalau saya nak masukkan tomato dalam telur dadar, kadang saya buang bijinya. Biji tomato, saya campak dalam tapak semaian, iaitu pasu yang ada partition. Bila dia dah tumbuh, dah besar sikit, keluar daun 2-3, saya pindahkan ke tempat lebih besar. Itu pun, kena asingkan dengan lemah lembut, supaya akar halus tidak tercabut. 

Ada satu hari, suami bawa balik betik. Saya jarang makan betik. Tapi tahu yang betik itu bagus, membantu kita buang air besar senang. Biji betik, saya minta suami asingkan. Ye, suami yang selalu potong buah. Saya malas potong buah. Makan buah rajin. 😁 Biji betik itu pun saya campak juga ke tapak semaian. Tumbuh. 

Masa saya asingkan anak pokok betik ke polibeg, suami saya cakap, tak perlulah buat banyak-banyak. Tanam banyak betik, nanti cik nyet lagi suka datang rumah. Saya saja jer test tanam. Belum tentu hidup. Kalau ada rezeki pokok membesar dan keluar buah, okay je. 

Sambil buat kerja, sambil memikir. Idea tu kadang datang tanpa diduga. Masa siram pokok, tiba-tiba dapat satu idea. Nak kena reseach dulu la. Biarlah rahsia. Hehe.. 

Salam Jumaat yang mulia. 

Jumpa lagi, ye. 💗

4 comments:

  1. linda suka makan betik..tapi tak reti nak potong sangat...kikiki

    ReplyDelete
  2. Okey ai is jeles dengan sepasu rose kuning tu....

    ReplyDelete
  3. Muruku kacang hijau tu kalau sedap, cepat je habis.

    Semoga pokok tomato tu menjadi lah. Saya tanam selalu tak jadi. Banyak bena putih kacau.

    ReplyDelete