Result ujian darah klinik - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Saturday, October 4, 2025

Result ujian darah klinik

 💜 Tarikh: Jumaat, 29 Ogos 2025 💜

Repeat ujian darah di klinik dekat rumah. Sebab masa buat di hospital, tak tahu keputusan detail. Hanya test untuk tiroid dan kolesterol. Buat di klinik, lebih menyeluruh. Selain darah, air kencing pun test juga.

Puasa sebelum ambil darah. Ambil masa 3-4 hari dari ambil darah dan tahu keputusan. Bila keputusan ujian sudah sampai, klinik telefon, boleh datang ambil dan jumpa doktor. Klinik panel suami, jadi, tak perlu bayar.

Berikut keputusannya.

Sel darah putih kurang
Sel darah putih kurang.

Doktor tanya, baru baik demam ke. Biasanya, benda ni terjadi bila kita baru baik demam. Ha ah, masa tu, jangkit demam dari budak Sulaiman. Tapi, tak ada lah serius sangat. Masih boleh memasak dan buat kerja macam biasa. Cuma bila rasa kepala dan dahi, rasa panas. Fever sikit saja. Kalau risau, boleh ulang buat ujian darah 2-3 bulan lagi. Tapi kalau sihat je, tak perlu risau. Sel darah putih itu akan kembali normal sendiri, doktor cakap.

Buah pinggang sihat. Harus lebih banyak dari 90.
Buah pinggang sihat. Harus lebih banyak dari 90.

Alhamdulillah. 

Urid acid ok. No gout.
Urid acid normal. Tiada gout.

Total kolesterol normal. Alhamdulillah. Hari tu, sedih bukan main, sebab result kolesterol sampai 8 lebih. Boleh refer entri ini. Test di klinik, normal. Saya rasa, sebab hari sebelum buat ujian darah tu, saya makan benda tak sihat. Saya makan ramen. Jadi, lain kali, kalau nak ambil ujian darah, jagalah makan dalam 2-3 hari sebelum itu. 

Kolesterol jahat (LDL) near optimal. Terlebih sikit. LDL patut kurang dari 2.6. Saya, 2.78 

Perlu control makan ke? Doktor kata, biasa. Faktor usia pun main peranan.

Gula normal.
Gula normal.

Alhamdulillah. Saya sihat. Doktor kata, tak perlu makan apa-apa ubat.

Hospital kan bagi saya ubat kolesterol, statin, sebab kolesterol saya 8 lebih. Saya sempat makan sepapan. Kemudian saya berhenti. Masa saya buat ujian darah di klinik ni, saya dah berhenti ubat Statin tu. Kenapa saya tak makan ubat kolesterol?

Sebab saya kan follow Formula Dr. Mani. Dia kata, statin tu, tak elok kesannya. Bukan saja rendahkan kolesterol jahat, kolesterol baik pun turut jadi rendah. Sedangkan badan kita sendiri produce kolesterol untuk kegunaan otak. Kesan makan ubat statin, termasuklah demensia dan alzheimer. Buat lah carian tentang ubat statin ni. 

Kalau kita jaga makan saja pun, kita boleh kawal kolesterol, mengikut Formula Dr. Mani. 

Saya tak tahu yang kolesterol tu, boleh cepat je ambil masa untuk turun. Sebab saya dah ambil darah bertahun-tahun untuk check tiroid, benda tu ambil masa untuk normalkan, kalau result tinggi. Tapi untuk kolesterol, sekejap je. 

Result darah hospital, 7 Ogos, kolesterol tinggi, 8 lebih.

Result darah klinik, 29 Ogos, kolesterol 4.84. Normal.

Bulan yang sama. 

Saya baru tahu ni. Saya tulis di sini. Untuk rekod saya.

Sejak berhenti ubat kolesterol, saya ambil supplement omega3 fish oil, vitamin K2danD3 dan garlic oil. 

Bab jaga makan saja saya tak kuat. Saya tak mampu ikut Formula Dr. Mani tu betul-betul. Masih makan makanan diproses, masih makan roti dan kuih dari tepung, cuma tidaklah hari-hari. Bila teringin, dan benda tu ada di rumah. Boleh saya simpulkan, yang saya cuba mana mampu yang saya boleh ikut dari Formula Dr. Mani dan panduan makanan tinggi kolesterol yang doktor hospital bagi. Saya sudah tak makan makanan laut dan organ dalaman haiwan (bye-bye sambal paru nasi lemak yang syedap itu 😢). 

Formula Dr. Mani, saya ada kongsikan di entri ini 👉 Insaf.

Senarai Makanan Tinggi Kolesterol, senarai doktor hospital bagi, di entri ini 👉 Jumpa doktor.

Alhamdulillah. Saya akan terus cuba mana yang mampu untuk jaga makan dan kesihatan. Terima kasih, ya Allah. Lega saya, bila dapat result ujian darah klinik ni. 

Jumpa lagi, ye. 💗

2 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Betullah ada orang kata, apabila kita diberitahu ada penyakit bermakna itu adalah permulaan yang baik sebab kita mula mencari penyelesaian dan amalkan gaya hidup sihat. Terima kasih banyak perkongsiannya ye Nur. Sihat selalu.... dah memang sihat dah pun heheheee.

    ReplyDelete
  2. Cie hari tu lebih 0.1 je rasanya dari normal line. Dr suruh control diet je. Masa tu makan Omega Guard Shaklee je sebulan sebelum next check up alhamdulillah turun je. Nak control diet ni kekadang susah jugak sebb semuanya sedap dimakan. Hihu

    ReplyDelete