💜 Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2025 💜
Kadang-kadang berkebun juga, bila cuaca tidak hujan. Selalunya, cabut rumput dalam pasu, atas tanah, menebas, trim pokok, membaja atau menyembur insect repellent.
Kalau ada benda menarik, saya ambil gambar.
![]() |
Bunga ros kuning |
Pokok ros kuning ni, suka keluar bunga secara berjemaah. Bila satu keluar, ada je beberapa rose bud atau putik yang akan muncul. 😍
![]() |
Cabang kaktus baru keluar |
Kepala kaktus sudah hilang, angkara beruk. Ada saya cerita di entri ini. Hidup juga batang kaktus ni. Nasib baik saya tak cabut keluar dari pasu.
Itu sajalah perkembangan terbaru pada hari tersebut.
Walaupun tak banyak benda menarik berlaku, tapi saya catat jugalah di blog, untuk rujukan saya.
Baiklah.
Jumpa lagi, ye. 💗
Rajin cerita apa yang Nur buat. Saya ini tulis apa yang nak sahaja.
ReplyDeleteRajin juga Nur ambil gambar.