Perkembangan kaktus - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Tuesday, October 7, 2025

Perkembangan kaktus

💚 Khamis, 4 September 2025 💚

Perkembangan pokok kaktus yang bercerai dengan kepalanya. Ceritanya ada di entri ini 👉 Bercerai Badan.

Batang kaktus baru bercambah
Gambar diambil 31 Ogos 2025

Batang baru bercambah itu membesar, hari demi hari. 

Batang baru bercambah pokok kaktus
Gambar 4 September

Saya musykil, sama ada perlukah saya patahkan dari batang pokok induk dan tanam baru atas tanah?

Berikut jawapan dari Gemini:

Tidak perlu. Batang baru yang bercambah itu boleh dibiarkan tumbuh pada induknya.

Propagasi kaktus (menatang apa pulak, propagasi ni?) boleh dilakukan dengan cara mengambil keratan batang, tetapi ia tidak semestinya dilakukan jika batang baru itu tumbuh dengan sihat.

Propagasi ialah proses menghasilkan tanaman baru. Ooo.. Cara membiak pokok la. Ok.

Pilihan 1
Biarkan batang baru tumbuh. Jika batang baru tumbuh dengan sihat, ia boleh dibiarkan pada induk. Ini akan menghasilkan tumbuhan yang lebih besar dan lebat.

Pilihan 2: Tanam semula batang baru.
Jika anda ingin menghasilkan tumbuhan kaktus yang baharu, batang yang baru tumbuh itu boleh dipotong dan ditanam semula. Proses ini dikenali sebagai propagasi keratan batang.

Langkah-langkah
Potong batang baru dengan pisau yang bersih. Biarkan keratan tersebut kering selama beberapa hari sehingga bahagian yang dipotong membentuk kalus (lapisan keras). Kemudian, tanamkan keratan tersebut di dalam medium penanaman yang sesuai untuk kaktus

Baiklah. Tengok lah macamana. Buat masa sekarang, saya tunggu dan lihat dulu. Rasanya, blogger Mulan pun ada share tentang tanam kaktus ni. Bezanya, kaktus beliau, cabut dari akar. Yang kes saya ini, batang baru cambah.😊

Mungkin nak kena tanya dengan kedai nursery pokok, baja untuk kaktus

Kalau ada antara pembaca yang ada idea tentang kaktus saya ini, bolehlah tinggalkan di komen. Sebab saya tiada pengalaman tanaman kaktus ini. 

Orait. Jumpa lagi, ye. 💗

1 comment:

  1. Kaktus nie, guna keratan btg je kak..nanti lama² dia membiak..mcm tanam ubi

    ReplyDelete