Skip to main content

Mengopi di Hope Coffee Hutan Melintang

Assalamualaikum, semua... Semoga hari anda hari ini ceria dan kome semua sihat-sihat belaka.

Entri kali ini, tentang saya dan suami pergi jalan-jalan cari kopi pada 17 Oktober 2025 yang lepas. Suami tanya nak ke arah Teluk Intan ke, atau ke arah Taiping. Taiping sudah biasa pergi, jadi jom kita ke arah Teluk Intan pula. 

Masa hampir sampai ke simpang dari Manjung ke Teluk Intan, saya google 'kopi near me' dan cafe ini adalah antara yang tersenarai. Suami cakap, elok la tu. Kita ke arah Bagan Datuk, jadi kita boleh buat satu loop, balik ikut jambatan Bagan Datuk.

Hope Coffee, Hutan Melintang
Hope Coffee, Hutan Melintang

Cafe ini terletak di pinggir pekan Hutan Melintang. Pekan dia pun agak sibuk, macam-macam ada. Dulu sebelum ada highway WCE, inilah jalan lama kalau nak ke Klang.

Definisi coffee di luar Hope Coffee Hutan Melintang
Definisi coffee di luar cafe

Coffee - [kaw-fee] - Is a cup of hope in a world full of chaos and Mondays. 

Hope Coffee, Hutan Melintang
Hope Coffee

Kami duduk di meja. Pelayan datang hantar buku menu. Kami buat pilihan, dan panggil pelayan bila sudah bersedia untuk buat pesanan. 

Lawa, cafenya. Luas. Aircond sejuk. Tempat banyak. Masa kami sampai, ada satu pasangan di meja hujung. 

Dalam cafe Hope Coffee, Hutan Melintang
Dalam cafe

Selesa duduk sambil tengok buku menu. Port mengopi yang bagus. Ada banyak pilihan makanan.

Tempat duduk di bahagian pintu masuk
Tempat duduk di bahagian pintu masuk

Hope Coffee yang luas tempat duduk di dalam cafe
Agak luas

Kek coklat Hope Coffee
Kek coklat

Saya pesan 1 slice kek. Tapi adik tu cakap, tengah ada promosi. Beli 2 kek, dapat percuma 1. Pandai tau, dia menggoda customer untuk beli kek. Saya pun pesan la kek apa. Satu kek makan di cafe, dan lagi dua slice, bawa balik. 

Mushroom soup dengan garlic bread, with latte ais.
Pesanan suami

Suami makan mushroom soup dengan garlic bread. Minum latte ais. Ada ketulan roti sekali dalam mushroom soup tu.

Cappucino panas
Kopi saya

Saya pesan cappucino panas. Lama sudah tak minum cappucino ni. Biasa minum americano, dan kadang-kadang hazelnut latte.

Fish and chips
Makanan saya pesan

Fish and chips. Kami tukar hidangan la, jadi boleh sama-sama merasa. 

Total harga ialah RM73.20

Alhamdulillah. Sedap. 

Rasa best drive balik ikut jalan menuju ke Bagan Datuk. Semasa lalu di Jambatan Sultan Nazrin Shah (jambatan Bagan Datuk), suami stop sekejap, saya sempat ambil gambar sunset. 

Langit petang
Langit petang

Cantiknya langit. Ikutkan hati nak duduk lama. Tapi mana boleh berhenti lama atas jambatan.  

Jumpa lagi, ye. 💗

Comments

  1. Minum kopi lepas tu nampak lagitpetang ,berbaloi sekali..nampak keindahan sebegini..subahanallah..

    ReplyDelete
  2. saya pun peminat kopi.. tapi jarang minum di cafe..selalunya tapau bawa balik..

    ReplyDelete
  3. SA pun suka cafe hunting...sebenarnya kat Seremban pun ada banyak cumanya SA blom ada masa nak pergi..balik2 ngopi di tempat biasa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛 Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊 Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...  Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok! Salad telur rebus . Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula. Kari ayam. Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar. Sambal lada Kelantan. Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah l...

Cerita Berkebun lagi...

💚 Ahad, 7 September 2025 💚 Saya kan, ada tanam cili. Biji benih dari dapur sendiri. Cili kadang tak habis guna, yang dah kecut atau buruk tu, saya asingkan bijinya, dan saya campak di tanah.  Lepas tu, saya lupa bila sudah tumbuh pokok, saya tak pasti sama ada ia cili padi atau cili hidup . Seingat saya, semua biji cili saya ada campak. Cili padi hijau, dan cili hidup merah dan hijau .  Itu la, yang dalam pasu, kalau saya tanam dari biji benih, saya biasanya labelkan, letak sticker. Yang atas tanah, malas pula. 🙈 Cili hidup warna hijau . Cili besar tu, saya panggil cili hidup. Yang warna hijau, biasanya saya guna untuk masak ikan keli berlado .  Saya teringat yang dulu, blogger Bola Katok ada up entri cili , dan saya ada tinggalkan komen di blog beliau. Betul la BK cakap. Kalau kita biar cili hijau lama di pokok, dia jadi merah. Oooo... Macam tomato juga, lah. Orang guna tomato hijau masak keli berlada . Kalau biar tomato tu di pokok, dia tukar jadi merah. Saya tak...