💚 Isnin, 6 Oktober 2025 💚
Saya berkebun dari Sulaiman pergi sekolah pukul 7.15 sampai pukul 9 pagi.
![]() |
Cendawan liar kecil dalam pasu bunga |
Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak pasti pula saya jenis atau spesies cendawan dalam gambar, sama ada beracun atau tidak. Kalau tengok cendawan kecil, mesti teringat kartun Smurf. Sebab rumah deme bawah cendawan.
![]() |
Bunga ros pink |
Bau bunga ros pink ini wangi, tapi tidak kekal lama. Mild sahaja baunya.
![]() |
Bunga lidah kucing atau turnera ulmifolia |
Juga dikenali dengan nama Bunga Pukul Lapan. Ada semut dekat bunga tu. Lebah pun suka bunga ni.
![]() |
Bendi |
Setelah sekian lama tidak menanam bendi, saya tanam semula. Buah sulung dari pokok bendi pertama mula ditanam.
![]() |
Salad untuk tengahari dan malam. |
Break Intermittent Fasting pukul 12 tengahari. Saya IF 18 jam. Suami first attempt IF lebih 16 jam. Saya masak omelette (telur dadar) guna 2 biji telur, 2 set. Satu untuk saya, satu untuk suami. Gambar omelette takde. Lupa nak ambil, sebab lapar. 😁 Suami makan dengan roti bakar whole wheat. Saya makan telur sahaja, dengan salad di atas.
Sejak suami ikut saya buat IF, perut dia semakin mengempis. Not yet there, tapi ada susut sikit. Dia lebih lama stop air manis dari saya. Tapi macam tiada kesan pada berat badannya. Saya cakap, jangan putus asa. Mungkin tak nampak atas mesin penimbang, tapi ada turun dari segi ukuran badan. Sudah bertahun-tahun ada spare tyre, tak kan sehari dua je boleh mengecil, mesti ambil masa. Don't give up! 💪
Jumpa lagi, ye. 💗
Setuju...bila kita jaga pemakanan, atas timbang x berapa nampak tapi inch tu berkurang...macam SA la...kejap berisi, kejap turun...eh..x konsisten plak..
ReplyDeleteYang tu sokong..gemuk ambil masa bertahun, jadi nak kurus pun ambil masa juga..jadi,jangan putus asa..nasihat untuk diri sendiri juga .kikiki
ReplyDeletecantik bunga ros pink....syok tu petik je bendi dr pokok..suka juga telur and salad tp lama husband tk buat
ReplyDelete