Assalamualaikum, semua...
Salam Jumaat yang mulia. 😊
Saya tukar template blog. Saya guna yang blogspot punya saja. Saja je gatal, ingin muka baru pada blog. Besar kan, font entri blog. Sesuai untuk orang tua rabun macam saya. Barulah senang nak baca. Tidak perlu zoom-in kalau tulisan halus. Saya baru test view blog ini guna laptop. Belum tengok lagi di handphone macamana. Harap ok. Silakan beri komen maklumbalas tentang rupa baru blog saya ini, supaya saya boleh buat penambahbaikan. Chewah.
Hari ini, saya nak cerita tentang pokok kunyit. Sudah lama saya tanam kunyit dalam pasu. Baru-baru ini, saya korek pokok. Saya terbaca, jika daun sudah layu, kekuningan atau tua, makna, kita boleh tuai kunyit dalam tanah.
Pengenalan
Sedikit pengenalan tentang pokok kunyit, pokok kunyit ialah tumbuhan herba daripada keluarga halia. Bahagian yang digunakan paling utama ialah rizom (isi kunyit di bawah tanah) dan juga daun kunyit untuk masakan.
Pokok kunyit membiak melalui rizom (ubi kunyit).
Saya tuai kunyit
Saya korek-korek sikit jer, di sekeliling pasu, menggunakan sudip tangan atau sekop tanah. Lepas tu, saya cuba angkat sebatang yang paling besar, terus terkeluar dari pasu dengan mudahnya.
 |
| Ha, ambik kau, terkeluar terus, dari pasu. |
Korek-korek la, tanah tu, boleh digunakan semula untuk menanam. Akar-akar, saya buang ke tepi. Sekali kan, terkeluarlah binatang lembut tidak berkaki ini.
 |
| Jumpa cacing |
Ada tiga ekor, kome. Yang seekor tu laju bergerak, bila saya kuis dia, melompat sikit. Cacing lompat, serentak saya pun melompat sekali. Yang lagi dua ekor, macam sudah cedera waktu saya mengorek tanah. Sorry, cacing.
Saya sertakan video cacing.
 |
| Baru keluarkan dari tanah |
Tadaa.... dalam gambar di atas adalah kunyit yang ada. Tak banyak. Saya pernah tengok orang tuai kunyit, sejambak kau, sudah rupa macam sejambak bunga, penuh.
 |
| Asingkan untuk kegunaan dapur dan tanam semula. |
Dalam plastik hijau, untuk guna masak. Yang dalam tipuware tu, untuk tanam semula. Untuk tanam semula, kita tengok bahagian yang ada mata tunas. Bila hendak tanam, tunas itu mengadap ke atas, tanam sedalam 3-5 cm. Siram secukupnya. Jangan terlalu basah (takut reput). Letak tempat separa teduh. Kunyit suka cahaya matahari 60-70%, bukan panas terik sepanjang hari.
Selang beberapa hari, saya tuai pokok kunyit lain pula. Berikut hasil kunyit yang dapat.
 |
| Tuai pokok kunyit lain |
Dalam gambar di atas, saya kumpulkan yang saya hendak tanam semula. Saya letak tisu basah di bawah kunyit yang ada mata tunas.
 |
| Gambar ambil hari ini. Saya sekalikan dalam satu bekas. |
Ada yang sudah keluar tunas. Boleh lah tanam nanti. Bila cuaca mengizinkan. Pagi ini, saya sempat tengok pokok sekejap saja. Hujan pun turun. Esok lusa la pulak.
Betul ke kalau ambil daun kunyit banyak, isi kunyit dalam tanah jadi sedikit?
Ya, betul, cakap encik google, tapi bergantung pada kadar ambilan.
Daun kunyit kan berfungsi untuk fotosintesis, menghasilkan tenaga bagi pokok membina rizom. Kalau kita ambil terlalu banyak daun (macam saya hari tu, guna daun kunyit buat balut ikan bakar), atau daun itu dipotong muda, tenaga untuk rizom berkurang. Akibatnya, hasil rizom akan jadi kecil atau kurang.
Tapi kalau ambil beberapa helai saja (1 hingga 2 daun matang) dari satu pokok, tak banyak kesan pada hasil pokok. Elakkan ambil daun pada 4-6 bulan pertama, sebab waktu ini, rizom sedang membesar aktif.
Kalau tanam pokok kunyit dalam pasu, guna pasu besar. Lagi besar ruang, lagi banyak rizom terbentuk.
Kitaran hidup pokok kunyit
- Tanam (bulan 0 hingga 1) : Rizom bercambah
- Tumbuh daun (bulan 2 hingga 4) : Pembentukan daun aktif
- Pembesaran rizom (bulan 5 hingga 8) : Daun banyak, rizom membesar
- Penuaan (bulan 9 hingga 10) : Daun mula kering, sedia dituai.
Tips tanam kunyit
🍃 Kalau tanam untuk daun kunyit saja, boleh tanam lebih rapat dan tuai daun kerap.
🍃 Kalau nak isi kunyit banyak, bagi ruang antara 30 hingga 40 cm antara pokok. Atau satu pokok, satu pasu besar.
Sekian cerita tentang pokok kunyit. Saya pun baru belajar macamana nak tambah hasil kunyit. Ada rezeki dapat tuai kunyit banyak lain kali, boleh jemur kunyit, kisar, dapat serbuk kunyit asli. Tak perlu beli dah.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
Kawan saya dari Kedah pernah ajar saya makan nasi ulam kunyit muda. Saya pula suka bunga kunyit buat ulam.
ReplyDeletewah banyak benihnya. Boleh tanam banyak2 ni dalam pasu.
ReplyDeletebertambah sedap masakan guna kunyit hidup...dah lama x nmpk cacing tanah tu..
ReplyDeleteOh, tak boleh ambil selalu la ya daun kunyit. Dulu selalu ambil daun kunyit kat office, skrg beli aje sebab yg kat office dah innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.
ReplyDeleteSy rasa cerah biji mata masuk blog Tot ni. Yg dulu pun ok aje, Tot.
Kunyit ni banyak khasiatnya....selalu beli je kunyit ni.
ReplyDeleteKebetulan, saya mintak suami bongkar pasu pokok kunyit esok sebab daunnya dah kering. Nak tuai dan tanam baru.
ReplyDeleteBaru tau kaitan daun kunyit dan isi kunyit tu. Terima kasih kongsi cerita kunyit.
Tulisan template yang ni sesuai dengan mata saya - mudah baca.