Cerita hari Ahad - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, October 17, 2025

Cerita hari Ahad

 💜 Hari Ahad, 28 September 2025 💜

Suami kerja shif malam. Bila suami balik kerja pukul 8 pagi, kami pergi sarapan di Restoran Kak Za. Hujung minggu biasanya tidak IF.

Sarapan saya
Sarapan saya.

Saya tak ambil nasi. Makan lauk je. Ambil ikan keli goreng, tauhu bersambal seketul dan sayur taugeh.

Tengahari, di rumah, saya masak maggi goreng. Guna maggi kosong, yang ada jual ada banyak keping dalam sebungkus tu.

Maggi goreng ada fishcake dan ayam.

Selepas Asar, kami hantar Hafizan balik poli. Suami sempat beli burger untuk Amirul dan Sulaiman yang tak ikut.

Selamat hantar Hafizan di Ipoh, kami singgah Batu Gajah untuk makan malam. Makan di kedai tomyam sebelah landasan keretapi.

Telur bungkus
Saya order telur bungkus

Tomyam ayam
Order tomyam ayam juga

Kat kedai tomyam tu, lampu dia hijau. Ambil gambar pun nampak hijau. 

Bihun kungfu
Suami makan bihun kungfu

Saya kenyang makan telur bungkus je. Patutnya tak perlu order tomyam. Tomyam suami yang habiskan. Gendut. Alhamdulillah.


Saya kongsikan video ETS lalu masa kami sedang menikmati makan malam.

Saya edit entri ni guna handphone. Kalau ada kekurangan, minta maaf ye.

Kalau saya on computer, saya takut termain Farmville 2: Country Escape. 

Ok. Jumpa lagi ye. 🩷

2 comments:

  1. Tengok pinggan sarapan Tot, tiba² kita terbayang POV : Aku selepas tengok Bon Appétit Your Majesty, hehhe. Memang betul² dah tak makan nasi ke Tot skrg? Kuat semangat betul.

    ReplyDelete
  2. sedap tu nampaknya makanan yg dipesan. jika org Thai yg masak lg sedap tomyam tu!

    ReplyDelete