Ikan berlada, kopi dan waffle - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, October 23, 2025

Ikan berlada, kopi dan waffle

💜 Khamis, 9 Oktober 2025 💜

Saya berkebun dari 7 hingga pukul 9 pagi. Waktu berkebun, angin sepoi-sepoi bahasa. Sejuk dan nyaman. Suka cuaca macam ni. 

Selesai berkebun, saya masuk rumah, memasak pula.

Ikan mabong masak berlada
Ikan mabong masak berlada

Ikan yang rupanya macam ikan kembung tetapi saiz lebih besar sedikit. 
Selesai masak lauk baru dan panaskan lauk semalam, saya jalan atas walking pad sambil tengok movie lakonan Tom Hanks, Da Vinci Code. Entah berapa kali ulang tayang di tv, cuma saya tidak pernah tengok dari awal.

Jalan atas walking pad sambil tengok movie
Jalan sampai cukup 10 ribu langkah.

Hari ni saya Intermittent Fasting lama, 23 jam. First meal of the day, pukul 4 petang, saya makan dengan suami yang baru pulang dari kerja.

Intermittent fasting saya paling lama, 23 jam
IF paling lama, 23 jam.

Percaya tak, saya tidak rasa lapar. Kecuali masa berkebun, bila bangun dari duduk lama, ada rasa 'gelap mata' beberapa saat.
Selepas Asar, saya mengopi dengan suami di Gigi Coffee, Aeon Mall Seri Manjung. Semalamnya, satu hari tak minum kopi.

Cafe latte dan americano panas Gigi Coffee
Suami minum caffe latte, saya minum americano panas 

Cafe latte harga RM12.
Americano panas harga RM9.

Mahal kopi beli di Gigi. Americano panas di Zus baru RM6.90. 🙈

Beli Big Mac croffle di Madam Croffle
Beli juga croffle di Madam Croffle.

Kedai Madam Croffle tu, berhadapan dengan Gigi Coffee sahaja. Kali kedua beli croffle. Waktu pertama kali saya beli croffle entrinya di sini 👉Pertama kali makan di Madam Croffle
Saya beli croffle BigMac. Harga RM12.90

Croffle BigMac di Madam Croffle
Tudiaa..

Keratan rentas croffle BigMac Madam Croffle
Keratan rentas croffle BigMac

Rasa dia, sebijik macam makan BigMac. Cuma ada rasa crunchy waffle di luar bila kita gigit.

Gambar candid sedang makan croffle BigMac
Gambar candid oleh suami, saya sedang makan. 

Saya makan seorang. Suami tak mahu share, sebab dia sudah makan nasi 3 kali, dua kali makan di tempat kerja ada orang belanja katanya.

The Best Korean Dessert in the Universe.

Tudiaaa.. pencuci mulut paling sedap. Ya, saya setuju. Syedap! 😋

Sekian cerita. Jumpa lagi ye. 💗

No comments:

Post a Comment