💛 Tarikh: Khamis, 28 Ogos 2025 💛
Eh, hari tu, di entri Cerita Petola tu, saya ada bagitahu yang saya lupa ambil gambar tuaian pertama dua biji petola pertama yang keluar, kan. Rupa-rupanya, ada gambar saya ambil. Sendiri juga lupa. Hehe.. Ada juga kenangan.
![]() |
Tuaian pertama petola. 😍 |
Sebelum ni, saya pun tak ada lah makan petola selalu. Kalau ada, makan. Kalau tak ada, tidaklah saya mencari. Ini sebab tanam sendiri dan keluar, Alhamdulillah. Boleh buat lauk.
![]() |
Ikan siakap. |
Dah siap siang dan cuci. Nak masak apa, ya?
![]() |
Kita kukus je la |
Resepi Ikan Siakap Kukus Simple
Bahan-bahan:
🐟 Ikan siakap
🐟 3 ulas bawang putih dihiris
🐟 Cili padi hijau 3 biji, dipotong kecil-kecil.
🐟 Halia dihiris halus, ikut suka citarasa masing-masing, nak guna banyak mana
🐟 Sos tiram dalam sesudu besar
Cara Masak:
🐟 Ikan dikukus dalam pengukus.
🐟 Atas dapur, panaskan minyak masak sedikit dalam kuali.
🐟 Goreng halia yang dihiris hingga kekuningan dan naik bau. Angkat keluar.
🐟 Guna baki minyak yang ada, tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
🐟 Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau rata. Letak lada putih sikit. Saya tak letak garam. Perasa ikut citarasa masing-masing. Bila sudah menggelegak, tutup api.
🐟 Bila ikan sudah siap dikukus, bolehlah tuangkan atas ikan.
🐟 Taburkan halia yang sudah digoreng awal tadi. Boleh juga tabur daun ketumbar, kalau nak. Ikut suka sendiri juga, daun sup ke, daun bawang ke, atas ikan yang sudah siap.
🐟 Bon Appetit! 😋
![]() |
Hidangan pada hari tersebut |
Lauk ikan siakap kukus, sayur tomato, timun dan petola dicelur (petola tanam sendiri), telur dadar bercili dan ikan keli masak lemak cili api (lauk masak hari sebelumnya, panaskan).
Alhamdulillah.
Orait. Jumpa lagi, ye. 💗
Terliur tengok pepagi buta ini. Hehe tengok tengah lapar.
ReplyDeleteRatah ikan pun sodap
ReplyDelete